Jumaat, Disember 21, 2012

::Hukum Mengundi Dalam PRU dari pandangan syarak::

::HUKUM MENGUNDI DALAM PRU DARI PANDANGAN SYARAK::




Majoriti ulama’ menyatakan bahawa hukum mengundi wajib dan ia dikira berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu memberikan saksi bahawa calon yang undi tersebut adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Khamis, Oktober 11, 2012

::PERANAN MUSLIMAH DALAM MEMBINA MENTAL DAN KARAKTER BANGSA INDONESIA::

PERANAN MUSLIMAH DALAM MEMBINA MENTAL DAN KARAKTER BANGSA INDONESIA

Dimulai dari sesuatu yang indah ketika kita membayangkan kesempurnaan muslimah dari sosok bunda Khadijah yang keibuan, sosok cerdas dan kritis penuh tanya Aisyah ra., dan sosok para shahabiyah-shahabiyah lain di masa Rasulullah. Mereka adalah bintang-bintang peradaban yang pesonanya tak pernah pudar untuk memberikan sinar tauladannya masing-masing kepada para muslimah akhir zaman ini.


Isnin, September 10, 2012

::giant...::

Bismillah..~~

Sebaik habis taklimat UPSR di sebuah sekolah di pesisiran pantai.. saya menuju ke rumah dengan menumpangkan seorang kawan baru yang sekali taklimat di sekolah tersebut.. selepas menurunkan teman itu di sebuah stesen bas, saya terus pulang ke rumah.. belum lagi zohor..

Allah...kunci rumah!!~~~~ (tarik nafas..parking kereta.. sandarkan belakang ke kerusi kereta..).. syukur ada buku dalam beg.. tangan membelek buku untuk dibaca sehelai dua.. menarik dan menjentik iman:).. tangan terus mencapai laptop di belakang dan terus on..

"erm, takde wireless.. xpelah, type je dulu.." Tangan terus membuka folder, word.. dan buka folder lagu.. dengar dua buah lagu.. ambil ketenangan dan motivasi sikit^^.. terlihat pula folder 'forum'.. terus klik pada folder..memilih tajuk forum yang nak didengar saat ini.. :) dari ustazah muda bertajuk.."wanita anggun"..alhamdulillah..ucapan dan bicara yang membina dan membicarakan soal taqwa..tak best kalau sekali dengar.kena ulang-ulang supaya melekat di hati untuk diamalkan dan ambil point yang perlu untuk dikongsikan pada waktu-waktu yang diperlukan..terutama untuk ruang dakwah yang dicintai.. lepas tu, jari ini terus menaip baris-baris nota dalam buku bertajuk.."50 Pesanan Rasulullah SAW Kepada Wanita.." menariknya buku ini kerana ia turut dicatatkan individu yang 'mentakhrijkan' hadis-hadis yang disertakan sebagai dalil..

Selepas siap menaip satu tajuk pengisian.. enjin kereta saya hidupkan.. "erm, dah nak azan..nak ke masjid, takde masjid terdekat yang open untuk perempuan..".. akhirnya panduan kaki ini terus ke pusat beli belah GIANT.. sepanjang perjalanan, laptop hidup dan terus kedengaran bicara ustazah yang sedang berforum..:).. sebaik sampai di GIANT, saya off laptop..

Menuju je surau..

Alhamdulillah, ramai juga kaum perempuan yang menuju ke surau..majoriti pekerja di sini..

^^wah, ada wifi.. kena ambik laptop ni..

terus menuju ke kereta, ambil laptop, on dan menaip .. :)waktu yang amat bermakna ni..tak boleh lepaskan peluang^^

"Allah, ingatkan non-muslim..." saya terkejut melihat seseorang kakak pembantu jualan yang sebelum ini saya sangka dia non-muslim..sebab saya menafsirkan dia dari sudut penampilan pakaiannya yang ketara tidak memakai tudung. sebelum ini, selalu juga kami berbalas senyuman apabila bertembung.. dan kali ini , saya bertembung dengan beliau di dalam SURAU!!! dan beliau sedang bersiap untuk solat.. Allah.."moga hidayah terus bersamamu wahai saudariku yang dikasihi.." doaku terus mengiringi senyuman yang terukir..

jari mahu lagi meneruskan menaip dan mencoret disini..erm, namun tak dapat diteruskan..ada dah mesej memanggil pulang..

^^ "kakak tak balik" tanya seorang adik yang baru lepas solat..:) mungkin pelik sebab orang dah keluar dari surau sedangkan saya masih berada disini..

"kejap lagi akak balik.." dia berdiri, bersalam dan terus keluar..

jom.. balik..

tersngiang-ngiang bicara tazkirah forum..

"CANTIK ITU ADA PADA TAQWA..~~~~~~"

"HIDUP SANGAT BERMAKNA APABILA HIDUP MENYEMPURNAKAN TUJUAN~~~~~

sekian..semoga berjumpa lagi..insyaAllah~~~~

::BersuCi::

Bismillah..~salam mahabbah~~~

KETAHUILAH DI ANTARA HUKUM-HUKUM BERSUCI~

Diriwayatkan dari Lubabah binti al-Harith, dia berkata: Husain bin Ali berada di kamar Rasulullah SAW. Lalu Husain kencing di pangkuan beliau. Maka aku berkata:

“Kenakanlah pakaian, berikanlah kainmu kepadaku sehingga aku membasuhnya.”

Kemudian, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya dari kencing anak perempuan itu dibasuh, sedangkan dari kencing anak lelali itu cukup dituangkan.”1

Sabtu, Julai 21, 2012

::Menyingkap Peristiwa Kemenangan Fathul Makkah::

Menyingkap Peristiwa Kemenangan “Fathul Makkah

Salam Perjuangan ,

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT , selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW serta atas keluarganya dan juga sahabat Baginda SAW da para mukminin , mukminat yang dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah ucapan tahniah buat “Singa Islam Alaf Baru” Saudara Presiden Iran Ahmedinejad yang berjaya dikekalkan oleh rakyat Iran bagi tempoh seterusnya untuk terus berkhidmat memelihara kebajikan rakyat serta mempertahankan Islam sebagai dasar pemerintahannya.

Khamis, Julai 19, 2012

::coretan pagi..::

Persembahan dari akhlak..

Bismillahirrahmanirrahim..astaghfirullah wa Alhamdulillah..

Mencoret untuk manfaat bersama..mudah-mudahan^^

Saya suka melihat akhlak diri sendiri dengan melihat cara komunikasi saya dengan orang lain dan bagaimana saya berurusan dengan orang lain..konteks yang paling dekat adalah hubungan saya dengan orang-orang sekeliling saya., sikap positif atau negatif kita sebenarnya akan membentuk diri kita. Dan begitu juga dengan sikap manusia sekeliling sebenarnya akan turut mempengaruhi perwatakan seseorang., akhlak adalah buah dari sikap.. sikap merupakan tindak balas kita atau apa yang kita tunjukkan,persembahkan di dalam berhubung serta berkomunikasi sesama manusia. (^^definisi saya sendiri)

Isnin, Julai 09, 2012

::night-09072012-after 8pm:)...::

"mus, akak penatla..malasnya nak g bank.."kata sahabat..

"jom kak,saya temankan.."..

"ok jom..kita solat dulu.." malas-malas sahabatku bangun untuk sama-sama kami solat isya' jemaah.. hehe..dia minta saya jadi imam..gaya mata sudah dapat dibaca..

"akak jadi imam ye..lama tak dgr akak jadi imam.."saya memohon..^^lagipun umur beliau lebih sikit dari saya:)..

..usai sahaja solat isya', bergegas saya bersiap..

"3 saat!.."^^ kak 3 saat mana cukup..

"ok2.."

Ahad, Julai 08, 2012

::Guru KECILKU..::

hmm..kebiasaannya, tidak berapa rajin untuk membaca ayat-ayat ala-ala puisi, sajak dan seumpamanya.. sebelum ni dah tertengok hasil nukilan sahabat ini..tetapi sekadar sekali imbas..dua tiga kali imbas.. mungkin petang ini jiwa lain sikit..baru mendengar kisah-kisah penghijrahan saudara-saudara Islam..membaca kisah-kisah saudara-saudara kita di media facebook,blog..merenung-renung kehidupan mereka..memikirkan perasaan mereka dan menghayati keazaman mereka untuk TAAT dan mengambil Islam secara keseluruhan..saya mahu belajar bagaimana orang 'PEGANG' prinsip hidup..bagaimana mereka mempunyai KEKUATAN untuk berubah.. dan bagaimana HIDAYAH itu mereka hayati..

Jumaat, Julai 06, 2012

::Azan,mekap,lagu...::

"Sedap juga suara.." bisik dalam hati.

Selepas memujuk, merayu, meminta dan memanggil murid-murid lelaki yang boleh melaungkan azan di hadapan kelas,akhirnya terpujuk juga seorang murid ke hadapan kelas. Sedap juga suaranya.

Sebelum boleh 'menempatkan' dia di hadapan, saya telah mendengar 'suara' azan semua murid lelaki di dalam kelas tersebut. Dalam ramai-ramai yang 'diuji' itu akhirnya saya jumpa seorang murid yang boleh azan dan ingat keseluruhan azan berbanding murid-murid lelaki yang lain. Dia juga merupakan seorang 'penyanyi' di kelas tersebut dan sebenarnya terkenal dengan 'suaranya' yang 'baik' ^^.

Khamis, Julai 05, 2012

::Isu HUDUD di Johor: Realiti serta FAKTA bergambar::

Sekadar maklumat dan info. Moga lebih detail selepas ini..

::Mula-mula..::


::Kemudian..PAS bagi sokongan penuh..


::Tapi..ditembak oleh Chua Soi Lek..


::NAMUN, di back up Mufti Pahang..


::MALANGNYA ditepis Jawatankuasa agama..


::Sebabnya BOS dah bagitau awal-awal..::


::MAKA..inilah pengakhirannya..


sumber:http://muslimeen-united.blogspot.com/2012/07/isu-hudud-johor-realiti-beserta-fakta.html

:::DAURAH Ilmu sempena cuti IPT 2012::

Bismillah..

"kalau tanya saya, sudah tentunya TERUJA untuk berada di dalam majlis ini:).."

insyaAllah, adik-adik,saudara-saudari, rakan-rakan, dan pelajar-pelajar yang sedang bercuti atau mempunyai kelapangan atau kesudian untuk melapangkan masa bolehlah daftar pengajian pendek di taman ilmu ini.. seronok..:)




Tarikh : 13 hingga 27 Julai 2012M bersamaan 23 Sya’aban hingga 7 Ramadhan 1433H

Tempat : Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Kitab yang akan dibaca akan dimaklum kemudian

Yuran pendaftaran / makan minum / penempatan sila rujuk kepada penganjur sebagaimana maklumat yang tertera di bawah

Peserta muslimin sila telefon Us Abdul Rahim Melaka 0199746730
Peserta muslimat sila telefon Saudari Aisyah 0139377085

Terbuka kepada muslimin dan muslimat yang berminat

Sila tempah tempat dengan segera kerana tempat adalah terhad.

Wallahua'lam..

Setitis ilmu yang ikhlas kerana Allah akan mengajar kita erti CINTA dan TAQWA..

~FaqiRah aL-HaWAri~

Selasa, Jun 26, 2012

Kembali..

Allahu Allah, terlalu lama tidak menjenguk ke teratak ini. Hampir beberapa bulan ditinggalkan. Tangan terasa lambat-lambat sudah untuk menekan keypad-keypad ni. Idea? insyaAllah, perlu dikerah-kerah untuk keluar,maklumlah sudah lama ditinggalkan:).

Membaca-baca di alam maya, saya tertarik dengan satu kata-kata dari seorang ustaz..kata-kata ini membuatkan saya termenung panjang. berfikir. merenung setiap butir kalimah yang tertera..



Bukan sekali dua terasa rindu pada diri sendiri. Rindu untuk berbicara dengan diri sendiri. Kadangkala kehidupan yang sementara ini banyak melekakan dan melalaikan kita dari matlamat menuju keredhaan Ilahi seandainya tidak diperhalusi betul-betul. Alam kehidupan ini banyak menguji kecenderungan hati kita. Menguji keimanan. Menguji waktu yang ada.Semuanya menguji perjalanan kita menuju Ilahi. Lagipun bukan semua dari kita berani untuk melawan kehendak hati. Keterikatan dengan dunia dan nafsu yang jahat seringkali mengganggu proses menuju Allah. Hebat Allah yang mengurniakan ujian pada Hamba..hanya mereka yang diberi hidayah sahaja mampu meneruskan kehidupan yang fana ini dengan cahaya petunjukNya. Saya rindukan petunjuk itu. Sentiasa dalam kerinduan kepada PetunjukNya.

Kerapkali tersedar dalam tidur. Menangis sendirian. Rindu padaNya. Menangis, mulut menyebut "Allah..rindu padaMu.. terlalu banyak pengampunan yang diharapkan.. kalau boleh, mahu sahaja malam dipanjangkan. agar lambat muncul siang. tetapi semua itu sunnatullah.. Allah telah memberikan kita siang dan malam untuk hidup..dan beruntung bagi hambaNya yang menikmati hidup dengan sentiasa ingat padaNya.sangat beruntung. Allahuakbar.

Rindu pada ilmu..iya. sangat terasa.sangat rindu dalam dakapan ilmu. ilmu yang boleh menundukkan hati. semakin rindu pada diri sendiri. kadangkala terase ingin berhijrah.merantau mencari ilmu dan kenal diri sendiri sebaiknya. kenal hakikat kita diciptakan. kenal hakikat perhambaan di alam dunia ini. kenal hakikat peraturan yang Dia berikan. belajar untuk kenal hakikat kehidupan fana. kenal hakikat syariat yang Dia turunkan. kerana ketundukan hati itu akan membawa kita kembali kepadaNya..

SAlam RamadHan..
ya Allah, izinkan diri ini hidup dalam kasih sayangMua..
kurniakan limpahan keampunan kepada kami..
jangan pernah tinggalkan kami walau sedetik..
izinkan kami untuk sampai kepadaMu ya Allah..
Allah..

Isnin, April 30, 2012

::PAS dan masyarakat majmuk::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Politik :)

"PAS dan masyarakat Majmuk"

Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? . Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR ?. Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat !.

Ahad, April 29, 2012

::Niaga dengan YAHUDI OK, tapi bukan Zionis::

Assalamualaikum wbt.

"Niaga dengan Yahudi??? boleh rupanya.. baca betul-betul,. mudah-mudahan lebih memahami,.

Niaga dengan Yahudi Ok, bukan dengan Zionis.



SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini. Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Sumber: Laman rasmi Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Jumaat, April 20, 2012

::Seminar Fiqh Siasah 060512::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,.

Hidupkan jiwa..segarkan minda..bangunkan ilmu..mantapkan kefahaman.. ~Pemuda Pemudi Acuan Alquran dan Sunnah.. insyaAllah,. Hidup dengan ilmu bakal mematangkan perjalanan dan membuka ruang yang terbaik dalam menempuh medan dakwah serta bermuamalah yang terbaik sesama manusia..insyaAllah,.

::Pentas Wanita 25 April12::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,.

Dijemput teman-teman blogger ke Pentas Wanita seperti yang dapat dilihat dalam banner dibawah..


Khamis, April 19, 2012

::keychain::

Assalamualaikum wbt..

"ustazah, nah hadiah untuk ustazah..." satu keychain kartun 'bergigi' dihulurkan oleh seorang murid.

"ape ni? bagi ustazah? hehe,kamu ni, bagi pula kartun gigi sengih ni.. ok takpe.. terima kasih...comel.." dalam hati tersenyum dengan sikap anak-anak ini. Murid-murid yang berwajah jernih. Masih punyai masa hadapan yang cerah. Saya amat yakin dengannya. Proses pembentukan diri dan sahsiah dalaman anak-anak ini sangat penting.

Selasa, April 10, 2012

::PAS bergabung dengan DAP boleh,kenape tak bergabung dengan UMNO?::

Assalamualaikum wbt.. Sedikit pencerahan tentang fiqh siyasah.

::PAS bergabung dengan DAP boleh, kenapa tak bergabung dengan UMNO?::

Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? .

::Pengorbanan seorang srikandi::

Assalamualaikum wbt..

Kisah seorang srikandi..

"Pengorbanan Zainab al Ghazali"


Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

::riadah jiwa::

Assalamualaikum wbt dan salam ketenangan buat jiwa-jiwa yang sentiasa berusaha untuk hangatkan momentum perjuangan dan motivasi hidup.

Salam penuh ceria ^^

Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pengunjung teratak ini dengan sebuah video yang sangat menyentuh hati.. tiada lirik.. yang kedengaran hanyalah 'suara' piano. hayatilah dari hati yang dalam. Insan yang dikaitkan di dalam persembahan lagu ini adalah insan yang mengajarkan akhlak mulia kepada kita. Insan yang mengajarkan erti tawaduk serta rendah diri dalam menuntut ilmu.. insan yang cintakan agama dan insan yang berusaha meninggikan kalimah Allah. Terasa satu tamparan besar buat diriku apabila mengenangkan insan ini. Tamparan yang sangat besar. usahaku kecil untuk mendapatkan cinta insan agung ini. Siapakah diriku untuk meraih syafaatmu.. Setiap saat mengukuhkan azam dan tekad dalam diri untuk mengikutimu.. pandangan hatiku tersemat satu perasaan untuk terus meletakkan cinta padamu.. moga Pemilikmu terus beri kekuatan pada hati-hati kami untuk terus mengikutimu..

Dengarkanlah melodi ini.."piano cover..lau kana bainana".. (Andai Rasul ada disisi)..



Sekian:)

Jumaat, Mac 30, 2012

Kembali..

Subhaanallah..Alhamdulillah...Allahuakbar..

>Hampir empat bulan tidak menulis sesuatu disini. Kekangan dari diri mengurangkan momentum diri untuk menulis.. bukti bahawa diri lemah untuk istiqamah (tetap) melakukan sesuatu.

>Selalu juga jalan-jalan di teratak maya ini..jenguk-jenguk,berfikir, mencari sesuatu, ..kadang-kadang, jari terpaku beberapa ketika di atas papan keyboard...arrr, saya tiada daya untuk menaip. "kehilangan diri sekejap..." yang mana suatu ketika dulu, Balkishannanmzips.blogspot adalah salah satu blog yang aktif update dan menyumbang sesuatu perkongsian di alam maya. (aduhai..terpukul dengan diri sendiri..Subhaanallah.. orang lain kini berlumba menyumbang idea untuk tamadun ummat..-_- )

>Merenung kembali kepada teratak ini membuatkan diri terase 'malu' .. malu sebab kurang istiqamah.. tarbiyah untuk diri^^..

ps:

>Segala yang kita lakukan niatkanlah sebagai ibadah kepada Allah..

> untuk jadikan ia sebagai ibadaa, para ulamak menggariskan tiga rukun utama sebagai tunjangnya..:

- Adanya rasa cinta kepada Allah SWT.

- Adanya rasa harap kepada Allah SWT.

- Adanya rasa takut kepada Allah SWT.

Alhamdulillah...cukup setakat ini.. :) jumpa lagi di masa akan datang..

Assalamualaikum wbt,.