Isnin, Julai 09, 2012

::night-09072012-after 8pm:)...::

"mus, akak penatla..malasnya nak g bank.."kata sahabat..

"jom kak,saya temankan.."..

"ok jom..kita solat dulu.." malas-malas sahabatku bangun untuk sama-sama kami solat isya' jemaah.. hehe..dia minta saya jadi imam..gaya mata sudah dapat dibaca..

"akak jadi imam ye..lama tak dgr akak jadi imam.."saya memohon..^^lagipun umur beliau lebih sikit dari saya:)..

..usai sahaja solat isya', bergegas saya bersiap..

"3 saat!.."^^ kak 3 saat mana cukup..

"ok2.."

--siap--

Sebelum ke tempat kerja dia, kami singgah dahulu di lapangan terbang berdekatan rumah kami untuk mengiringi penerbangan kakak kepada sahabat ini yang akan mengikuti majlis konvokesyen di KL..

Selepas itu, kami bergegas ke tempat kerjanya..

Sampai sahaja di bank..

"Mus, akak rase nak makan makanan western la.." dia memandang ke arah saya.

"eh kak..tadi kata mengantuk, penat..tiba-tiba pula nak g makan ni..ok je saya..jom.."saya sebenarnya memahami kepenatan kerjanya yang melebihi waktu pejabat..dari pagi sampai petang di pejabat. Sudah tentu perlukan seseorang untuk bercerita dan berkongsi sesuatu.

"kak, penyakit ni nak makan time penat-penat ni.. namanya stress atau under control.=).." saya mengusik..

"ok je kak..boleh tengok suasana malam kat sini..saya faham^^.."

----

Selepas order makanan, saya book tempat duduk..cari tempat tepi-tepi dinding.. kami order kentang goreng dan air jus..

Saya on laptop untuk mengarang sesuatu di teratak ini.. :) saya sedang menaip lah ni.. menaip kisah kami malam ini sambil menunggu makanan tiba.. Lagu di Foodcourt ini..aduhai ber 'rock-rock' lagi =)..

Makanan sampai..

Alhamdulillah, sedap jus orennya..

Ramai keluarga-keluarga yang mengambil masa untuk makan bersama kat sini.

---

Sambil-sambil makan kami sempat 'berkenalan' dengan diri masing-masing:).. komen tentang diri masing-masing untuk lebih memahami..

Note untuk saya dan saya kongsikan disini untuk tatapan teman-teman pembaca apa yang saya dapat saya simpulkan dari perkongsian santai kami...:

-orang biasa yang dan memahami itu baik..dan orang yang memahami itu adalah sangat luar biasa..dan orang yang baik serta memahami lagi baik.. ye, benar sekali, kita memerlukan insan-insan yang memahami untuk meneruskan kehidupan ini..

-kita perlu belajar untuk meraikan orang bawahan dan meraikan orang yang berhadapan dengan kita..belajar untuk merendahkan diri..biar tegas dalam kelembutan..


Dan tidak dilupakan isu politik^^..

"akak tak suka kritik terlampau tetapi akak lebih suka memerhati dan menjadikan orang tidak faham isu politik selesa dengan kita dan tidak mudah merasakan kritikan kita mematikan niat mereka untuk bersama kita..

"ye kak, jiwa akak sama dengan saya..alhamdulillah..

---masa: 9.56malam----

"^_^ nak pukul 10 malam dah kak..jom balik.."

Sahabatku ini mengangkat makanan yang belum habis untuk dibungkus..:) sambung makan kat rumah..

---kami pulang--- dalam kereta saya teruskan sedikit menaip ...

Beberapa minit sahaja, kami sampai di rumah..

^^Sambung menaip sedikit sahaja lagi ..insyaAllah..

sekarang..tamat.. selesai dahulu perkongsian hari ini..

Pada teman-teman dan rakan-rakan pengunjung, sama-sama kita belajar memahami dan meraikan sesiapa sahaja di sekeliling kita agar timbul rasa kasih sayang dan kelembutan terhadap mereka. Saya sendiri juga sedang belajar. Belajar untuk berlembut tetapi dengan berprinsip..mudah-mudahan..

~faQiRah alHaWAri~

Tiada ulasan: