Jumaat, Julai 06, 2012

::Azan,mekap,lagu...::

"Sedap juga suara.." bisik dalam hati.

Selepas memujuk, merayu, meminta dan memanggil murid-murid lelaki yang boleh melaungkan azan di hadapan kelas,akhirnya terpujuk juga seorang murid ke hadapan kelas. Sedap juga suaranya.

Sebelum boleh 'menempatkan' dia di hadapan, saya telah mendengar 'suara' azan semua murid lelaki di dalam kelas tersebut. Dalam ramai-ramai yang 'diuji' itu akhirnya saya jumpa seorang murid yang boleh azan dan ingat keseluruhan azan berbanding murid-murid lelaki yang lain. Dia juga merupakan seorang 'penyanyi' di kelas tersebut dan sebenarnya terkenal dengan 'suaranya' yang 'baik' ^^.