Jumaat, Jun 21, 2013

Fatwa Kebangsaan Tentang Syiah

dari fb: Hafidzi Mohd Noor

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TELAHPUN MEMUTUSKAN BAHAWA SEMUA AJARAN SYIAH TERMASUK ZAIDIYAH DAN JAAFARIAH ADALAH SESAT. JUGA RUJUK FATWA-FATWA NEGERI BERKAITAN SYIAH SEJAK TAHUN 1992 (9 DIWARTAKAN DAN 11 TIDAK DIWARTAKAN).

(Sesiapa yang menolak pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi yang terbaru tentang Syiah dan juga pandangan ulama-ulama Saudi, maka silakan untuk merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Fatwa Negeri-negeri. Begitu juga mereka yang ingin melihat penyatuan Sunni-Syiah, sila ambil perhatian serius tentang keputusan Majlis Fatwa yang telah wujud sejak 1996
--------------------------------------------------------------------------------------
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golonganAl-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
baca lanjut : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia