Ahad, Oktober 26, 2008

::Qudwah Seorang Artis::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

"Saya doakan Azhan jadi 'qudwah' artis di Malaysia"

Catatan Ustaz Idris Ahmad

Fri | Oct 24, 08 | 11:14:32 am MYT

1. Pada 23 Oktober 2008 Khamis malam Jumaat saya dijemput pada satu majlis sambutan hari raya PAS Kawasan Segamat di Kampung Pulai dekat rumah Firdaus Masud, Ketua Pemuda Kawasan Segamat. Seorang peguam muda lulusan UIA.
Iklan

2. Saya berkesempatan bertemu juara Akademi Nasyid 2008 Saudara Azhan Atan pada majlis tersebut. Saya sayu mendengar lagu yang dialunkan pada malam itu, oleh anak muda yang dianugerahkan Allah suara yang baik walaupun cacat sedikit penglihatannya. Saya bukan orang seni, tetapi saya menghormati orang seni kerana Allah anugerahkan kepadanya kelebihan yang tidak ada pada saya. Beliau juga mampu bertazkirah dengan baik dan menyebut beberapa ayat al-Quran dengan baik sebagai selingan. Alhamdulillah ini hasil daripada tarbiyah PAS kepada ahlinya.

3. Saya juga terasa hiba, walaupun beliau sudah bergelar artis selebriti yang terkenal di seluruh negara, beliau tidak lupa kepada Unit Amal dalam ucapan selingan beliau ketika beliau mendendangkan lagu.�CD koleksi lagu-lagu beliau dijual dikhaskan untuk Tabung Unit Amal Johor. Alhamdulillah beliau masih tidak lupa daratan kerana beliau adalah salah seorang penggerak Unit Amal di Johor.

4. Beliau juga menceritakan kepada saya mahukan ulama untuk membimbing beliau supaya tidak tergelincir. Kita lihat media perdana tidak banyak memberi liputan berkenaan dengan Azhan kerana beliau masih berpegang kepada prinsip amar makruf nahyu anil munkar.



5. Semoga Azhan diberikan oleh Allah istiqamah dan meneruskan berdakwah melalui medium seni. Beliau boleh menunjukkan suri teladan yang baik kepada artis-artis yang lain di negara ini, bahawa kita ada acuan yang tersendiri. Imej�artis mesti dipulihkan supaya anugerah yang Allah berikan kepada mereka kena diletakkan di tempat yang betul dan tepat, bukan �menurut hawa nafsu.

6. Beliau boleh membuktikan bahawa Islam bukan menentang hiburan dan keseniaan tetapi ia mesti mengikut acuan yang diizinkan oleh Allah SWT. >P>Antara syarat-syarat yang mengharuskan menyanyi atau berhibur:

a) Seni kata yang bernilai murni.

b) Pakaian penyayi yang tidak mendedahkan aurat.

c) Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang boleh merangsangkan syahwat.

d) Persembahan yang tidak menimbulkan fitnah.

e) Gaya persembahan yang tidak keterlaluan.

f) Tidak disertakan dengan perbuatan yang bercanggah dengan syarak. �

7. Semoga Azhan berjaya dengan kerjayanya dalam membuat penerokaan baru bagi membantu kemenangan perjuangan Islam di negara ini. Insya-Allah. - lanh _