Sabtu, Julai 21, 2012

::Menyingkap Peristiwa Kemenangan Fathul Makkah::

Menyingkap Peristiwa Kemenangan “Fathul Makkah

Salam Perjuangan ,

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT , selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW serta atas keluarganya dan juga sahabat Baginda SAW da para mukminin , mukminat yang dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah ucapan tahniah buat “Singa Islam Alaf Baru” Saudara Presiden Iran Ahmedinejad yang berjaya dikekalkan oleh rakyat Iran bagi tempoh seterusnya untuk terus berkhidmat memelihara kebajikan rakyat serta mempertahankan Islam sebagai dasar pemerintahannya.

Secara peribadi saya menggagumi beliau , jika kita menyusuri tulisan-tulisan beliau di weblognya dan juga tulisan dalam bentuk pembukuan yang menceritakan perjalanan beliau sebagai seorang Pemimpin Marhaen yang hebat kepada seoarang Mujahid yang hebat.

Alhamdulillah juga kini saya memanjatkan kesyukuran tatkala ujian yang sedang melanda di tanahair kita dengan fenomena El Nino dan ditambah dengan ujian yang maha hebat dalam kemelut fitnah serta aktiviti jahat musuh – musuh islam keatas Gerakan Islam yang kita cintai iaitu Parti Islam SeMalaysia , marilah kita bersama mendoakan kebaikan buat para pimpinan kita moga mereka terus kekal dan Istiqomah dengan pendirian yang tidak berbelah bagi menolak sebarang percubaan musuh untuk mengharubirukan dasar serta ikatan ukhuwah antara pimpinan serta sahabat dalam Pakatan Rakyat , InsyaAllah.!

Kemenangan mesti dicapai tetapi tidak semua cara dapat merestui matlamat kita khusus dalam hal-hal yang berkaitan Dawlah Islamiyah. Islam memiliki sirahnya yang tersendiri dan ianya telah pun dibuktikan melalui wahyu Allah iaitu melalui peristiwa Fathul Makkah.

Peristiwa Fathul Makkah telah membuktikan kepada dunia pada waktu itu terhadap keupayaan dan kekuatan yang dimiliki oleh Islam dan ummatnya melalui kepimpinan Baginda Rasullullah SAW.

Fathul Makkah atau Pembukaan Kota Makkah juga telah dijadikan suatu Indicator yang tidak lagi boleh dipandang ringan oleh musuh Islam diseantero dunia pada ketika itu dan iainya juga telah menjadi asas kepada jaringan Rahmat kepada seluruh alam dimana menyaksikan Syahadah mula bergema di melata pelusuk dunia sehingga hari ini.

Sungguhpun begitu Pembukaan Makkah bukanlah merujuk kepada isu persaingan kuasa atau penjajahan atau juga perebutan sebuah empayar pemerintahan namun Pemukaan Makkah ini adalah bermatlamatkan menyempurnakan misi membawa Rahmat Allah Azza Wa Jalla ke seluruh “alam”.

Justeru itu , 10 ribu Mujahidin yang dipimpin oleh Baginda Rasullullah SAW bergerak keluar dari Madinah menuju Kota Makkah pada Tanggal 10 Ramadhan Tahun ke 8 Hijrah bersamaan hari Rabu sebaik sahaja waktu Asar atar nama Allah SWT serta berpanjikan Keamanan dan Kesejahteraan bersama Islam , agama yang diredhoi Allah.

Sekaligus membuktikan adalah jauh sama sekali tindakan Baginda SAW untuk melepaskan dendam ke atas penduduk Makkah, walaupun mereka pernah di seksa dan dihalau dari Makkah ketika diperingkat awal perjuangan mereka bersama Gerakan Islam yang di pimpin oleh Rasulullah SAW.

Baginda SAW telah mengisytiharkan slogan keamanan dan kesejahteraan bersama Islam itu melalui Sabdanya;

“Barangsiapa memasuki rumah Abi Sufian maka ia aman , barangsiapa memasuki al Kaabah maka ia aman , barangsiapa memasuki Masjidil haram maka ia aman , barangsiapa memasuki rumah Hakim ibn Hizam maka ia aman dan barangsiapa mengunci pintu rumahnya maka ia aman.”

Sahabat,

Mesej Keamanan,

Perhatikanlah , amat jelas sekali apa yang terungkap melalui Sabda Baginda SAW , Ruh mesej tersebut adalah keamanan dan kesejahteraan yang datang dari Rasul ‘Nabiyyul ummah’ untuk menyelamatkan mereka dari terperangkap dan kekal dalam kegelapan Jahiliyyah kepada cahaya Hidayah serta Rahmat Allah SWT.

Saksikan juga bagaimana tindakan Baginda Rasullullah SAW, sejurus memasuki Masjidil Haram dan memusnahkan 360 berhala yang berada mengelilingi Kaabah Baginda SAW, mengisytiharkan di hadapan kaum Quraisy yang masih terpinga – pinga pada waktu dengan membaca Wahyu Allah SWT,

Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu Yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada Segala Yang Mengasihani.( Surah Yusuf . Ayat 92 )

Lalu Baginda saw. berkata :

“ Pergilah kamu semua , kamu semua dibebaskan ”

Balas Dendam ? Jauh sekali …….

Sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW menerima anak kunci pintu Kaabah daripada Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah. , Saiyidina Ali memohon agar urusan memegang amanah kunci Kaabah dan juga melayan tetamu Masjidil Haram diberikan kepadanya , sedangkan sebelumnya , amanah kunci Kaabah ini dipertanggungjawabkan oleh Keluarga Bani Abdil Daar dan kunci itu berada di tangan Othman bin Talhah Rha. yang memeluk Islam bersama Khalid ibn Walid Rha. sebelum pembukaan Kota Makkah.

Kemudian turun wahyu Allah :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah an Nisaa’ Ayat : 58)

Sebaik sahaja menerima wahyu tersebut , Baginda saw. menyerahkan anak kunci Kaabah kepada Othman bin Talhah Rha. seraya berkata : “ Ambillah selama – lamanya , siapa pun tidak boleh merampasnya daripada kamu melainkan oleh orang yang zalim . Wahai Othman ! sesungguhnya Allah meminta supaya kamu memegang amanah memelihara rumahnya , maka makanlah daripada apa yang sampai kepada kamu daripada rumah ini dengan baik .”

Peristiwa ini meninggalkan kesan keImanan yang mendalam kepada Othman bin Talhah Rha. Yang mana beliau pernah berkasar dan menghalang Nabi saw. memasuki Kaabah sebelumnya. Dia menyangka urusan memegang kunci Kaabah ini tidak mungkin diserahkan kepadanya lagi.

Inilah bukti nyata bahawa Islam adalah agama yang sangat murni dan ianya bukan ciptaan Muhammad saw. tetapi datang dari Allah Jalla wa A’la .

Peristiwa Penting ketika Fathul Makkah,

Antara detik peristiwa penting dalam Kegemilangan Fathul Makkah ialah Islamnya seorang tokoh yang begitu kuat menentang Islam sebelumnya. Tidak syak , tokoh itu ialah Abu Sufian ibn al Harb .

Berurutan dengan peristiwa besar ini , dilihat berduyun – duyun manusia menerima Islam dan beriman kepada Allah SWT, sepertimana yang tercatat dalam Al Quraan;

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa Engkau Wahai Muhammad berjaya Menguasai negeri Makkah), Dan Engkau melihat manusia masuk Dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka Ucapkanlah tasbih Dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.( Surah an Nasr . Ayat 1 – 3 )

Apa yang lebih menarik , kemenangan yang menjadi ujian besar kepada ummat Islam ini di ajar oleh Allah agar menyambut dan meraikan kemenangan tersebut dengan Tasbih dan Istighfar .

Justeru, kemenangan itu adalah kurniaan dari Allah maka bertasbihlah memuji Allah . Namun kemenangan juga adalah ujian , semoga tidak teruja lalu leka dengan kemenangan maka beristighfarlah.

Nilai Sebuah Kemenangan

Kemenangan yang dicapai oleh Nabi saw dan ummatnya ke atas Kota Makkah telah meletakkan mereka aman dan selesa untuk melaksanakan kerja – kerja agama pada waktu itu berbanding sebelum Pembukaan Kota Makkah .

Justeru itu Allah SWT telah berfirman :

Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? padahal Allah jualah Yang mewarisi langit dan bumi (serta Segala isinya). tidaklah sama di antara kamu, orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi Menguasai Makkah). mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang Yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) Yang sebaik-baiknya dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa Yang kamu kerjakan.( Surah al Hadiid . Ayat : 10 )

Iktibar dari Fathul Makkah,

Persoalannya , hari ini kita lebih seronok membicarakan soal soal retorik , furu’ dan pelbagai lagi “isu” yang dibual kosong tanpa sebarang langkah gerakerja bermanafaat serta yang tidak memberi keuntungan kepada Islam itu sendiri , kita masih berlegar-legar tanpa memahami tanggunjawab sebenar sebagai anggota Haraki untuk berjuang dan berkorban demi agama Allah SWT tanpa sebarang banyak bicara yang tidak menguntungkan pada masa yang sama sedang cabaran dan halangan yang bakal kita tempohi adalah amat berat dengan serangan-serangan yang bertali arus untuk terus menggagalkan Agenda Islam yang kita bawa oleh musuh Islam samada puak yang Orientalis mahupun Umat Islam itu sendiri.

Sepatutnya kita semua (khususnya buat semua ahli Amal jamae’i) mengambil kesempatan disegenap ruang untuk masuk kedalam masyarakat pantas memperlihatkan Islam sebagai wadah yang tepat untuk memimpin manusia dan peluang mudah yang ada di hadapan kita untuk berbakti kepada Islam dan juga kepada Allah SWT.

Lebih penting kepada kita ialah meneruskan perjuangan Nabi SAW untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dicapai tanpa sebarang alasan dan persoalan persoalan yang remeh temeh.

Bukankah hari ini kita melihat bagaimana Islam dan ummatnya ditindas dan dipersenda . Musuh berani melakukan demikian adalah kesan dari sikap ummat Islam kini tidak lagi mempunyai daya juang yang tinggi untuk memelihara dan menjulang agama mereka sendiri dan tiadanya rasa cinta untuk gugur sebagai Mujahidin mahupun Syuhada’ .

Lebih malang , terdapat mereka yang mengaku muslim tetapi menikam Islam membunuh sahabat amilin denganpelbagai nista serta fitnah (lebih-lebih lagi apabila seorang amilin yang marhaen kehidupannya) dari belakang , suka menafikan cadangan-cadangan hebat sahabat hanya kerana takutkan baying-bayang sendiri atau takut dengan beban tanggungjawab yang terpaksa dipikul bagi mencapai matlamat sesuatu agenda dan apa yang paling hina sekali sanggup menjual agama sebagai menjadi tali barut musuh yang melemahkan Islam dari dalam dengan mengaku akulah pejuang Islam.

Sahabat .seperjuangan,

Kita mesti berjuang dan terus berjuang sesungguhnya matlamat kita jelas Islam mesti menang demi maruah ummah ! untuk memastikan kemenangan buat Islam segenap kepunyaan kita mesti menjadi taruhan hatta nyawa kita untuk dipertaruhkan dan usahlah kita ragui lagi kerana Allah telah menjanjikan buat hambanya yang menyelesaikan tugasNya sepertimana dalam Firman Allah SWT;

Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.( Surah Muhammad . Ayat : 7)

Moga melalui untaian diatas maka jelas sekali ini bukannya masa untuk kita lena diulit mimpi tidak kiralah siang mahupun malam hari , ingatlah setiap dari kita telah pun diamanahkan oleh Jamaah secara khususnya dan juga diamanah oleh Allah seara terusnya maka kita mesti laksana sehingga kita berpisah nyawa dan jasad maka segala apa yang kita “tanggung” didunia pasti akan di “Jawab” di mahkamah Allah SWT kelak.

Wallahhua’lam
Khairul Che Salleh
BaitulTasnim
Taman Merdeka
Melaka.

salam ramadhan..^^

Tiada ulasan: