Selasa, Ogos 20, 2013

Soalan-soalan Membongkar Syiah

Soalan-Soalan Membongkar Siapa Syiah Yang Sebenarnya.

Jika berhujjah atau berdialog dengan orang-orang Syiah, kelompok Sunni pro-Syiah, Syiah dari segi politiknya atau kelompok pencinta kepada Revolusi Iran, Tanyakan kepada mereka mengenai soalan-soalan ini:

1) Kenapa tiada seorang Syiah di pusat tahanan Teluk Guatanamo?

2) Kenapa negara-negara Barat tidak menyenaraikan anggota militia Syiah dalam senarai pengganas? Contohnya seperti Hisbullat?.

3) Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Hisbullat di selatan Lubnan? ( Mereka berkubu 30 km didalam sempadan Lubnan dan memenuhkan kawasan tersebut dengan masyarakat Kristian dari UN supaya tiada pun Mujahidden Sunni datang ke kawasan tersebut untuk menyerang Israel)

4) Tahukah anda peristiwa yang berlaku pada tahun 2006 merupakan drama bertaraf antarabangsa antara Syiah dan Hisbullat untuk menjaga sempadan Israel, sama seperti yang dilakukan oleh rejim Assad.

5) Kenapa droid milik Amerika asyik mengebom anggota Al-Qaeda dn tentera-tentera Syariah setiap hari di Yemen tetapi TIDAK PERNAH mengebom tentera Huthi Syiah di Yemen walaupun mereka tahu KEDUA-DUANYA di Yemen dan terlibat dalam pergolakan di sana?

6) Kenapa Perancis masih enggan menyenaraikan Hisbullat dalam senarai pengganas antarabangsa?

7) Mengapa France melakukan "Perbincangan" setiap hari tentang menghantar senjata untuk FSA yang boleh dikawal dari jauh dan dikesan oleh GPS, tetapi masih TIDAK PERNAH menghantar sebutir peluru pun sehingga sekarang?

8 ) Mengapa barat TIDAK PERNAH membenarkan untuk membentuk mana-mana negara Islam Sunni dengan undang-undang Syariah sepenuhnya, bukan di Afghanistan, Pakistan, Somalia, Mali, Yemen walaupun majority dari mereka mahukan undang-undang Syariah ini,,,, TETAPI mereka membenarkan Iran untuk menjadi negara Syiah TERBESAR mempraktikkan sepenuhnya Undang-Undang Syariah Syiah di teluk Arab?

9) MENGAPA Syiah telah dibenarkan untuk menyebarkan agama mereka di Afrika dan menukar 50% daripada Afrika kepada Syiah tetapi SEMUA PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN ( NGO) adalah dilarang sama sekali daripada bercakap untuk menyokong Sunnah?

10) Mengapa Hisbullat, Iran, Iraq dibenarkan untuk membunuh DI KHALAYAK RAMAI di Syria tetapi Sunni dilarang sama sekali untuk mengatakan semudah perkataan "BANTULAH FSA" mereka akan ditangkap!


Kemudian tanyakan mereka soalan-soalan ini ;

1. Mengapa negara/kumpulan yang mahu menegakkan Islam tidak diiktiraf menang walaupun telah menang seperti FIS di Algeria dan Hamas.. begitu juga yang menang secara kekerasan sepertt di Afghanistan dan Somalia. Sebaliknya semasa perang Israel-Hezbollat pada 2006 yang lepas, Hezbollat (baca Hizbus Syaitan seperti yang diberikan nama oleh Sheikh Yusuf Qaradhawi) cepat-cepat diumumkan sebagai pemenang?

2. Mengapa serangan propaganda berbeza antara Sunni dan Syiah.. serangan propaganda terhadap al-Qaeda, Taliban dan jemaah-jemaah jihad yang lain adalah dengan maksud untuk memburukkan mereka tetapi serangan propaganda terhadap syiah untuk menaikkan imej mereka di mata dunia.

3. Mengapa sekatan dilakukan terhadap negara yang dikuasai Sunni yang benar-benar ingin menegakkan syariat Islam seperti sekatan penerbangan (flight tidak dibenarkan mendarat) seperti berlaku kepada Afghanistan zaman taliban dan sekatan perbankan dengan negara luar tetapi tidak dilakukan kepada Iran.

4. Mengapa kumpulan Sunni yang khusus memerangi Syiah di Pakistan iaitu Sipahi Sahabah dengan Lasykar Jankghuie dilabel pengganas oleh barat tapi sebelah syiah iaitu Tehrik Ja'fari tidak dilabel pengganas.

5. Mengapa tokoh-tokoh Syiah yang kononnya dimusuhi Barat dan Israel seperti pemimpin Iran bebas kemana-mana (boleh bermut'ah) dan boleh berucap di meja PBB..sedangkan pejuang-pejuang Islam diburu hingga ke lubang cacing hingga nak guna alat-alat selular pun tidak boleh kerana bimbang dikesan oleh satelit barat lalu dibunuh...inilah yang berlaku kepada pejuang-pejuang Sunni di Iraq, Afghan, Chechen, Palestin...


Soalan-soalan ini menjelaskan jawapannya bahawa Syiah sama ada IRAN, SYRIA, HEZBOS SYAITAN, SYIAH IRAQ bermain wayang dengan Israel disebalik peristiwa-peristiwa di Timur Tengah sekaligus mengesahkan sangatlah benar Syiah sebenarnya kakitangan Yahudi secara sedar dan Barat (Yahudi) sangat mengenali hati budi permusuhan Syiah terhadap umat Islam. Kita tidak lupa Syiah adalah berasal dari benih Yahudi Abdullah bin Saba' muncul selepas 10 tahun kewafatan Baginda S.A.W.

credit to fb
Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Isnin, Julai 22, 2013

Indonesia:Ciri-ciri Pengikut Syiah

INDONESIA - Ciri-ciri Pengikut Syiah

Indonesia sedang menjadi sasaran Syi’ahisasi besar-besaran. Hingga kini banyak pengikutnya berada di pelbagai wilayah Indonesia, terutama di Jawa Barat dan Sulawesi Selatan.

Jumlah penganut Syiah di Indonesia Ketua Dewan Syura Ikatan Jamaah Ahlul Bait Indonesia (IJABI) Jalaluddin Rakhmat, pernah mengatakan anggaran jumlah penganut Syiah di Indonesia , “Perkiraan tertinggi, 5 juta orang. Tapi, menurut saya, sekitar 2.5 jiwa,” kata Kang Jalal, sapaan Jalaluddin Rakhmat. Pemeluk Syiah, kata Kang Jalal melanjutkan, sebahagian besar ada di Bandung, Makassar, dan Jakarta. Selain itu, ada juga kelompok Syiah di Tegal, Jepara, Pekalongan, dan Semarang; Garut; Bondowoso, Pasuruan, dan Madura.

Fatwa Haramkan Shisha

MALAYSIA - Muzakarah Fatwa Haramkan Shisha

Kuala Lumpur: Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan shisha haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang Rabu lalu, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisapnya atau apa-apa aktiviti berkaitannya.
Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam kenyataannya semalam.


“Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar dihadapi akibat shisha, muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram,” katanya.

Sabtu, Jun 22, 2013

Tiga Langkah Sebelum Pintu Taubat Tertutup

Gambar hiasan

Sebusuk apa pun maksiat yang telah dilakukan dan sebanyak apa pun dosa yang telah dibuat, bila manusia kembali kepada jalan Allah, maka Allah SWT akan menerima taubatnya. Bahkan, terhadap orang yang kafir sekalipun, bila ia memeluk agama Islam, Allah akan mengampuni segala dosanya.

Pintu taubat sentiasa terbuka. Dan, Allah SWT akan senantiasa menanti kedatangan hamba-Nya yang akan bertaubat. Namun demikian, tidak selamanya pintu taubat terbuka. Ada saatnya pintu tersebut tertutup rapat, terutama pada dua keadaan.

Jumaat, Jun 21, 2013

Fatwa Kebangsaan Tentang Syiah

dari fb: Hafidzi Mohd Noor

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TELAHPUN MEMUTUSKAN BAHAWA SEMUA AJARAN SYIAH TERMASUK ZAIDIYAH DAN JAAFARIAH ADALAH SESAT. JUGA RUJUK FATWA-FATWA NEGERI BERKAITAN SYIAH SEJAK TAHUN 1992 (9 DIWARTAKAN DAN 11 TIDAK DIWARTAKAN).

(Sesiapa yang menolak pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi yang terbaru tentang Syiah dan juga pandangan ulama-ulama Saudi, maka silakan untuk merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Fatwa Negeri-negeri. Begitu juga mereka yang ingin melihat penyatuan Sunni-Syiah, sila ambil perhatian serius tentang keputusan Majlis Fatwa yang telah wujud sejak 1996
--------------------------------------------------------------------------------------
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golonganAl-Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
baca lanjut : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

Selasa, Jun 18, 2013

TPP: Kezaliman Ekonomi Kurun ke- 21



Perkongsian Negara-Negara Pesisiran Lautan Pasifik atau Trans-Pacific Partnership (TPP) bermula dengan penubuhan Pacific Three Closer Economic Partnership (P3-CEP) dianggotai Singapura, New Zealand dan Chile dalam tahun 2002. Brunei menyertai pertubuhan itu dalam tahun 2005 dan namanya ditukar kepada “Trans-Pacific Strategic Economic Partnership” (TPSEP) atau Pacific 4 (P-4).

Dalam tempoh lapan tahun (2005-2013) berikutnya, pelbagai negara pesisiran lautan Pasifik yang lain, secara beransur-ansur, menjadi ahli rundingan (negotiating member) TPP. Kini, ahli TPP berjumlah duabelas terdiri dari Australia (menjadi ahli pada tahun 2008), Brunei (2005), Canada (2012), Chile (2002), Malaysia (2010), Mexico (2012), New Zealand (2002), Peru (2008), Singapura (2002), Amerika Syarikat (2009), Vietnam (2008) dan Jepun (2013).

Khamis, April 04, 2013

Coretan Baru

Alhamdulillah..

astaghfirullah.. kali ini saya kena banyak-banyak mohon ampun. Hati terlalu cepat sensitif dengan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan. Bukan sekadar dalam hal-hal sendiri tetapi dalam hal masyarakat sekalipun. Orang-orang yang berkuasa, berkepentingan dan ada pengaruh kelihatan sewenang-wenangnya mempergunakan apa yang mereka ada untuk menindas golongan bawahan. Sebenarnya sesuatu yang amat perit apabila kita merasa penindasan tersebut. Tambahan pula, hari ini bukan semua manusia yang bertugas sebagai pemimpin belajar untuk memahami orang-orang bawahan. Hasilnya lahirlah pekerja atau staf yang kurang produktif, kurang bersemangat, rasa jatuh maruah, tidak bermotivasi dan seumpamnya. Saya mula memikirkan 'apa sebenarnya yang mempengaruhi kuasa kepemimpinan seseorang? Adakah cukup hanya sekadar mempunyai wang serta hanya berdaya mengarahkan sesuatu sudah dikira pemimpin yang betul?

Andai berterusan begini.. boleh jadi mereka yang tidak berdaya mengawal kesabaran akan..

~ kurang menghormati ketua.

~ bekerja sekadar tugas dan tidak sepenuh hati.

~ mengetepikan nilai ibadah dalam sesuatu kerja.

~ Kurang semangat untuk memberikan 100% kerjasama kepada organisasi.

~ Tidak mampu berkhidmat dengan baik.

Namun, keadaan-keadaan ini hanya mampu diatasi apabila semua pihak memahami tanpa meletakkan kepentingan peribadi dalam sesuatu urusan yang melibatkan semua. Kepercayaan perlu diberikan kepada mereka yang berikan kepercayaan kepada kita. Cubalah memahami. Tambahan lagi, andai kita Muslim ingatlah bagaimana Islam mengajar kita menguruskan manusia. Lembutnya Rasulullah SAW dalam meneladani semua umat. Indahnya begitu.

Salam sayang

Selasa, Mac 19, 2013

Coret-coret

Bismillahirrahmanirrahim.. pada pagi yang tenang ni, jari begitu teruja nak mencoret sesuatu di 'rumah' yang hampir usang sudah ni. Tengok-tengok last post 30 januari 2013.. Allah, hampir dua bulan tidak berbuat apa-apa pada laman ini. Status pun dah bertukar. Dari belum kahwin, alhamdulillah sudah berkahwin rupanya tuan punya blog ni. Allah, kehidupan sebenarnya sangat bermakna. Umur juga makin bertambah. Kini, usia penulis dah sampai ke angka 27 tahun. Jom jalan-jalan kat blog :)

28 Oktober 2012


Rabu, Januari 30, 2013

::Ketuanan Islam Menolak Ketuanan Melayu::

::KETUANAN ISLAM MENOLAK KETUANAN MELAYU::

Akademi Tarbiyah DPPM ,

22 Jan 2013

Ketuanan sesebuah bangsa, ketuanan sesebuah kaum, sejak dahulu lagi pernah dipelopori oleh tokoh-tokoh yang ekstrem, fanatik (taksub), liar dan tidak bertamadun. Taksub kebangsaan, taksub ketuanan merupakan suatu penyelewengan juga bida’ah yang wajib ditolak oleh setiap Muslimin pada zaman ini. Jika kita menganggap kemuliaannya disebabkan faktor keturunan atau bangsa, manakala orang lain lebih rendah daripada dirinya kerana tidak memiliki salasilah bangsa sepertinya, maka itu adalah kepercayaan yang batil. Samalah kiranya dakwaan bangsa itu seperti Yahudi yang menganggap mereka sebagai ‘bangsa terpilih’ (chosen race), tuan kepada bangsa-bangsa yang lain.

::Kenapa Pokok Gharqad Lindungi Yahudi::

::KENAPA POKOK GHARQAD LINDUNGI YAHUDI?::

Jawapannya sudah dijawab dalam hadis tentang pohon itu, iaitu pohon Gharqad itu adalah pohon orang Yahudi. Sehingga pokok itu akan melindungi mereka daripada dikejar umat Islam.

“Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda; Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi," Wahai muslim, inilah Yahudi di belakangku, bunuhlah! "(HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami 'As-Shaghir no. 7414)