Selasa, September 30, 2008

::assalamualakum wbt...::




Dapatkan ecard NasyidFM Disini


salam 'eidulfitri semua.
semoga amalan dalam bulan ramadhan dapat diteruskan pada bulan-bulan yang seterusnya.bersederhana dan ceria-ceria selalu di hari kemenangan kita..moga semua ini dapat menjadikan kita hamba yang makin taqarrub pada-Nya...

sabda Rasulullah saw:"hiaskanlah dua hari raya dengan memperbanyakkan tahlil,takbir,tahmid, dan taqdis". dari Abu Naim.

Sabtu, September 27, 2008

::memori praktikal::

::mendidik insan perlukan ilmu,kesabaran,kemahiran,kekuatan dan pertolongan Allah jua...dalami jiwa kanak-kanak..anak kecil mutiara agama..salah didik,salahlah pembentukan mereka..kepada murabbi..jadilah murabbi di dalam kelas dan di luar kelas..mengajar kita bukan saja nak cepat habiskan sukatan..semoga kita dapat membentuk jiwa 'permata' ini menjadi insan yang rasa 'bertuhan' dan sedar dengan kewujudan agama..::











::bersalaman dengan guru-guru sebelum bercuti hari raya...sedih pula..hari terakhir kami praktikal di sini...



::tadarus tahun 6..::



::program terakhir di sekolah.26 ramadhan 1427 H..26 sept 2008..majlis khatam al-quran..pengerusi cikgu gushadi.."murid-murid,kat sini cikgu tak nak mencelah suruh kamu diam..bila kita dengar quran,kena buat apa?..diam..kalau kamu nak buka mulut..boleh..masa bacaan ayat terakhir kamu boleh sama-sama baca..sebelum tu,kamu kena..apa?...diam cikgu..kalau kamu nak tahu,kamu sedang diperhatikan.pengawas-pengawas sedang perhatikan kamu.cikgu sedang perhatikan pengawas..kita semua sedang diperhatikan..oleh siapa?..jawab murid..Allah..ucap cikgu gushadi..::



::ragam tahun 1..disuruh melukis,lain pl jadinye...







::surau sekolah.masa tasmi' al quran,penuhlah surau ni.kalau ustaz takde,main tinju pula..sekejap berlari,sekejap ,melompat,sekejap bergaduh..akhirnya ada yang menangis tu..mcam-macam dunia kanak-kanak ni...::



::perhimpunan mingguan.setiap kali mesti sebut peraturan..disiplin..diam..dimana-mana ada peraturan...::

::5 intelligence.....11 ogos 2008-26 september 2008...::

::iftor jama'ei::



::iftor jama'ie terakhir di ipis..::



::tanpa nasi..::



::adik-adik usrah...::



::bersama sahabat-sahabat..merab corner...::



::majlis buka puasa seksyen 15 bangi..pemimpin bersama mahasiswa sekitar bangi...::

Khamis, September 25, 2008

::assalamualakum wbt...::



assalamualaikum wbt sahabat semua...



ramadhan bakal meninggalkan kita...moga madrasah ramadhan kali ini dapat membentuk jiwa dan diri kita menjadi insan yang bertaqwa dan bersyukur dengan ni'mat kurniaan Allah swt....selamat kembali kepada fitrah semua...maaf zahir batin...

Khamis, September 11, 2008

::forum dan majlis berbuka puasa::

..tarikh: 6 ramadhan 1429 hijrah..sabtu
..tempat: maahad tahfiz darul fuqaha

::forum penghayatan tadarus al-quran dan majlis berbuka puasa::

..ahli panel:pengarah ILIM,YDP Persatuan Ulama' m'sia,Naib YDP Persatuan Ulama' M'sia..

tadarus..sama-sama perbetulkan bacaan..

al-quran dibuka bukan sahaja pada bulan Ramadhan..dan ditutup habis saja ramadhan..tapi selama-lamanya tadarus al-Quran..

::simfoni merdeka 31 ogos::

bertempat : masjid KLCC ..

saat muhasabah diri dengan kemerdekaan..saat melepaskan diri dari sekularisme,pluralisme,liberalisme....hilang sudah penjajah dari tanah kita..tapi 'isme-isme' ni nampaknya makin cuba menjajah jiwa dan kehidupan kita...wassalam

::ya Allah.....::

ya Allah ya Tuhan kami...peliharalah diri kami..agama kami..kehidupan kami dari fitnah dunia-Mu..sesungguhnya kudrat kami tiada mampu menghadapi ujian dunia ini tanpa petunjuk-Mu..

Rabu, September 10, 2008

::untuk anak-anak klate di perantauan...::

Tarikh: 13 September 2008
Hari: Sabtu
Pukul: 4:30 Petang
Tempat: Komplek Muhibbah, Taman Bolton,
Bt. Caves, Gombak, Selangor.
Anjuran: Perakan Malaysia

Tetamu Kehormat:

Y.A.B Tuan Guru Datuk Menteri Besar Kelantan
YB Dato' Husam Musa ( Exco Kelantan)
YB Dato' Dr Hasan Ali (Exco Selangor)

Semua dijemput hadir ... sila bowok sajadah...

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

012 319 5435
(Ir. Hamdzah - Setiausaha Perakan Malaysia)

P/s: SEBARKAN MATLUMAT INI PADA SEMUA SAIM2 melalui email, sms, forum,
ym, blog dan lain-lain.............................

Untuk perbincangan sila ke forum:-
http://www.perakan.org.my/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=62&forum=5&post_id=498