Isnin, September 10, 2012

::giant...::

Bismillah..~~

Sebaik habis taklimat UPSR di sebuah sekolah di pesisiran pantai.. saya menuju ke rumah dengan menumpangkan seorang kawan baru yang sekali taklimat di sekolah tersebut.. selepas menurunkan teman itu di sebuah stesen bas, saya terus pulang ke rumah.. belum lagi zohor..

Allah...kunci rumah!!~~~~ (tarik nafas..parking kereta.. sandarkan belakang ke kerusi kereta..).. syukur ada buku dalam beg.. tangan membelek buku untuk dibaca sehelai dua.. menarik dan menjentik iman:).. tangan terus mencapai laptop di belakang dan terus on..

"erm, takde wireless.. xpelah, type je dulu.." Tangan terus membuka folder, word.. dan buka folder lagu.. dengar dua buah lagu.. ambil ketenangan dan motivasi sikit^^.. terlihat pula folder 'forum'.. terus klik pada folder..memilih tajuk forum yang nak didengar saat ini.. :) dari ustazah muda bertajuk.."wanita anggun"..alhamdulillah..ucapan dan bicara yang membina dan membicarakan soal taqwa..tak best kalau sekali dengar.kena ulang-ulang supaya melekat di hati untuk diamalkan dan ambil point yang perlu untuk dikongsikan pada waktu-waktu yang diperlukan..terutama untuk ruang dakwah yang dicintai.. lepas tu, jari ini terus menaip baris-baris nota dalam buku bertajuk.."50 Pesanan Rasulullah SAW Kepada Wanita.." menariknya buku ini kerana ia turut dicatatkan individu yang 'mentakhrijkan' hadis-hadis yang disertakan sebagai dalil..

Selepas siap menaip satu tajuk pengisian.. enjin kereta saya hidupkan.. "erm, dah nak azan..nak ke masjid, takde masjid terdekat yang open untuk perempuan..".. akhirnya panduan kaki ini terus ke pusat beli belah GIANT.. sepanjang perjalanan, laptop hidup dan terus kedengaran bicara ustazah yang sedang berforum..:).. sebaik sampai di GIANT, saya off laptop..

Menuju je surau..

Alhamdulillah, ramai juga kaum perempuan yang menuju ke surau..majoriti pekerja di sini..

^^wah, ada wifi.. kena ambik laptop ni..

terus menuju ke kereta, ambil laptop, on dan menaip .. :)waktu yang amat bermakna ni..tak boleh lepaskan peluang^^

"Allah, ingatkan non-muslim..." saya terkejut melihat seseorang kakak pembantu jualan yang sebelum ini saya sangka dia non-muslim..sebab saya menafsirkan dia dari sudut penampilan pakaiannya yang ketara tidak memakai tudung. sebelum ini, selalu juga kami berbalas senyuman apabila bertembung.. dan kali ini , saya bertembung dengan beliau di dalam SURAU!!! dan beliau sedang bersiap untuk solat.. Allah.."moga hidayah terus bersamamu wahai saudariku yang dikasihi.." doaku terus mengiringi senyuman yang terukir..

jari mahu lagi meneruskan menaip dan mencoret disini..erm, namun tak dapat diteruskan..ada dah mesej memanggil pulang..

^^ "kakak tak balik" tanya seorang adik yang baru lepas solat..:) mungkin pelik sebab orang dah keluar dari surau sedangkan saya masih berada disini..

"kejap lagi akak balik.." dia berdiri, bersalam dan terus keluar..

jom.. balik..

tersngiang-ngiang bicara tazkirah forum..

"CANTIK ITU ADA PADA TAQWA..~~~~~~"

"HIDUP SANGAT BERMAKNA APABILA HIDUP MENYEMPURNAKAN TUJUAN~~~~~

sekian..semoga berjumpa lagi..insyaAllah~~~~

::BersuCi::

Bismillah..~salam mahabbah~~~

KETAHUILAH DI ANTARA HUKUM-HUKUM BERSUCI~

Diriwayatkan dari Lubabah binti al-Harith, dia berkata: Husain bin Ali berada di kamar Rasulullah SAW. Lalu Husain kencing di pangkuan beliau. Maka aku berkata:

“Kenakanlah pakaian, berikanlah kainmu kepadaku sehingga aku membasuhnya.”

Kemudian, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya dari kencing anak perempuan itu dibasuh, sedangkan dari kencing anak lelali itu cukup dituangkan.”1