Khamis, Julai 19, 2012

::coretan pagi..::

Persembahan dari akhlak..

Bismillahirrahmanirrahim..astaghfirullah wa Alhamdulillah..

Mencoret untuk manfaat bersama..mudah-mudahan^^

Saya suka melihat akhlak diri sendiri dengan melihat cara komunikasi saya dengan orang lain dan bagaimana saya berurusan dengan orang lain..konteks yang paling dekat adalah hubungan saya dengan orang-orang sekeliling saya., sikap positif atau negatif kita sebenarnya akan membentuk diri kita. Dan begitu juga dengan sikap manusia sekeliling sebenarnya akan turut mempengaruhi perwatakan seseorang., akhlak adalah buah dari sikap.. sikap merupakan tindak balas kita atau apa yang kita tunjukkan,persembahkan di dalam berhubung serta berkomunikasi sesama manusia. (^^definisi saya sendiri)

Sikap ini boleh terbentuk melalui pemerhatian terhadap sesuatu tindakan dan kecenderungan untuk mengikutinya kerana dirasakan serasi dengan diri. Dan ada juga sikap yang dibentuk secara terancang. Kebiasaannya ibu bapalah yang berperanan di dalam melakukan pembentukan secara terancang. Ibu bapa yang merancang bentuk akhlak anak-anak ini lebih cenderung menggunakan panduan yang dirasakan perlu serta menginginkan anak-anak yang mempunyai akhlak sebagaimana yang diinginkan. Andaikata ibu bapa yang mempunyai kecenderungan kepada pembentukan akhlak islami serta kuat pegangan agama, sudah tentu akan mengambil panduan dari bentuk akhlak yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menggunakan segala panduan yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Ibu bapa yang sebegini akan menjaga diri sendiri..menjaga diri mereka lahir dan batin semata-mata untuk generasi yang dicintai. Bukan senang untuk melahirkan anak-anak yang menyumbang kepada kebaikan ummah melainkan dengan strategi dan perancangan yang bukan sahaja berbentuk ideal malah praktikal dengan anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa yang cenderung kepada agama dan mempunyai kesedaran bukan sahaja menginginkan anak-anak yang mempunyai akhlak terpuji di dunia malah menginginkan anak-anak yang mempunyai pandang sisi kepada akhirat. Anak-anak yang sebegini perlu dibentuk bukan DIBIARKAN terbentuk dengan sendirinya. Tengoklah Rasulullah SAW yang dibimbing oleh Allah Taala secara langsung melalui malaikat Jibril. Diajar tentang kehidupan secara langsung. Dididik mengenal Allah taala. Dididik untuk berfungsi kepada Ummat manusia. Dididik untuk hidup menghambakan diri hanya kepada Allah. Allahuakbar.

Rentetan daripada matlamat dan kepentinga>
Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada yang paling besar.,

Indahnya persembahan kita andai dihiasi dengan akhlak mulia,.

Sebab itu arasi yang bakal memimpin ummat semoga selamat dunia dan akhirat. Pentingnya membina jatidiri yang kuat berpegang kepada ajaran islam. Pentingnya membina jiwa yang cintakan Allah dan RasulNya. Pentingnya membina insan yang tunduk serta patuh pada suruhan Allah. Pentingnya membentuk manusia Rabbani yang tahu hala tuju hidupnya di dunia. Serta pentingnya membentuk anak-anak yang ‘BERHATI-HATI’ dengan sebarang ancaman dunia yang sementara ini. Disinilah perlunya kekuatan ilmu serta iman yang mantap. Perlunya mengemudi kapal dengan segenap kepakaran. Perlunya kemahiran melawan segala ‘OMBAK’ yang menghalang. Perlunya kepada satu sumber kehidupan. Tidak dapat tidak ketika inilah kita perlukan panduan yang sangat syumul iaitu Al-Quran dan Sunnah. Allahuakbar.

“APA AKAN BERLAKU APABILA MANUSIA TIDAK BERAKHLAK DENGAN DIRI DAN TUHANNYA”

Ketika manusia tidak berakhlak, maka lahirlah fenomena-fenomena yang melanggar fitrah insani samaada dalam aspek pentadbiran, pengurusan, penampilan, perhambaan, sistem hidup dan sebagainya. Manusia yang tidak berakhlak dengan Tuhannya akan menjadi manusia yang tidak malu untuk melanggar apa yang dilarang oleh agama. Jati diri menjadi lemah. Saya tidak suka menyalahkan sesiapa. Tiada yang bersalah. Yang salah adalah apabila kita tidak sedar dan tidak mula berubaha sebaik sahaja menyedari kesilapan yang berlaku. Di dalam hal ini, sebagai contoh kita sedar cara hidup kita salah dan bertentangan dengan agama maka kita tidak cuba untuk berubah, bagi saya inilah yang dinamakan satu bentuk KERUGIAN. Subhaanallah.. maka beruntung sangat-sangat mereka yang sedar dan kembali kepada ajaran Allah.. Allahuakbar.

Begitu juga dengan gejala sosial yang berlaku hari ini. Kesilapan tidak boleh diletakkan 100% keatas pelaku kesalahan. Tetapi faktor yang saya lihat menyumbang kepada gejala sosial adalah bentuk didikan sejak kecil serta sejauh mana seseorang itu mempunyai rasa TAQWA dalam diri. Faktor TAQWA sebenarnya yang menjadi banteng untuk tidak melakukan kejahatan. Faktor ini dilihat paling utama terutama bagi yang mengaku Muslim. Manakala diluar kotak manusia Muslim, kita lihat fitrah manusia juga sangat menjaga nilai manusia. Andai seseorang itu bukan beragama Islam sekalipun, kemungkinan dia takut melakukan kejahatan kerana secara fitrahnya perkara salah itu adalah salah.

Kita kembali kepada tajuk.. ‘AKHLAK’ tadi..

Kenapa saya pentingkan akhlak???

Akhlak adalah persembahan..

Persembahan sepenuhnya diri kita kepada Pencipta..

Inilah pegangan manusia Muslim,.

Akhlak adalah bentuk pertunjukan kepada Allah taala..

Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada yang paling besar.,

Indahnya persembahan kita andai dihiasi dengan akhlak mulia,.

Sebab itu apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW kepada Saidatina Aisyah RA. Beliau menyatakan akhlak baginda adalah ALQURAN.. subhaanallah.. bestnya bukan seandainya kita mampu KHATAMKAN alquran kedalam diri..bestnya sekiranya dapat LEBURKAN nasihat di dalam alquran kedalam diri kita..

Disini sangat-sangat diperlukan KEYAKINAN..kerana sekiranya tiada keyakinan kepada Allah dan RasulNya, kita mungkin tidak akan sedar sehingga ke akhirnya,.. Allahu..

Akhirnya, sama-sama kita ingat bahawa kehidupan kita adalah untuk dipersembahkan kepada Allah Taala suatu waktu yang dijanjikan nanti..

..ikatlah benang-benang ketaqwaan dan benang keredhaan di sepanjang jalan menuju Ilahi..

^^nasihat untuk diri sendiri juga..

~I’m nothing without you…..-_-~

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan.. Allahuakbar

~tiada yang utama melainkan redha dan keampunanNya…..~


Tiada ulasan: