Rabu, Januari 29, 2014

Segarkan Mata

Alhamdulillah.

Selamat pagi sahabat, kawan, saudara, saudari, dan teman-teman pengunjung.

Pagi terasa mata kelat-kelat nak terpejam ^^.

hmm, godek-godek gambar kat handfon. :)

Semalam, selepas balik dari tempat kerja,suami singgah kedai akuarium. Wahh.. cantik.. masuk sahaja kedai terasa nyaman dan segar tengok ikan-ikan tomey-tomey semuanye. Rasa nak je.

Ada nemo, ikan sungai kecik-kecik, ada ikan emas dan banyak jugak ikan-ikan laut yang lain dengan pelbagai corak yang cantik..

^^.. segarkan mata...



Sekian..

Impian kami nak ada akuarium sendiri ^_^..

Geram -_-.

Tenang.

Boleh hilangkan strees :)

Rabu, Januari 08, 2014

::Dalam Sujud Cintaku::

Dalam Sujud Cintaku

Munsyid: Abd. Halim (Devotees)



Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

080114

~faQiRah Al-haWaRi

Selasa, Januari 07, 2014

::Maha Mendengar::

Maha Mendengar

Munsyid: Halim



Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA

Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama

Ya ALLAH
Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan

Ya ALLAH
ENGKAU Maha Memberi
Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....

070114

~faQirah aL-HawArI