Sabtu, Februari 21, 2009

::DIMENSI kesenian islam::

assalamualaikum wbt..



bersama:








sekadar membantu sahabat-sahabat ukm..

sahabat-sahabat boleh dapatkan tiket (RM6) dari saya atau aishah..pismk 7.01..

"berhibur sambil beramal..insyaAllah"

::PPSMI; bukan isu politik::

::Bantah PPSMI bukan bermakna tentang bahasa Inggeris::

Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
Tue | Feb 17, 09 | 10:56:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah menentang usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini tetapi serentak masa yang sama menekankan bahawa dasar PPSMI adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.




Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika mengajukan pandangannya mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, hari ini.

"Kita menggalakkan kemahiran bahasa Inggeris dan kita mahu semua masyarakat kita mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris. Tetapi dasar PPSMI yang diwarisi dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau.

Malah tindakan itu, ujar Kamarudin, sebenarnya akan membunuh bahasa Melayu yang seharusnya dijadikan bahasa pengantar dalam pelajaran sains dan matematik.

Image"Ini legasi pemimpin dahulu (Tun Dr Mahathir). Apakah YB selaku Ketua Pemuda Umno sanggup dilihat oleh sejarah sebagai pemimpin Pemuda Umno yang meletakkan hukum dan fatwa bahawa bahasa Melayu sebenarnya tidak layak untuk dijadikan bahasa yang mengajar anak bangsa kita dalam pelajaran sains dan matematik," katanya.

Bagi Kamaruddin, tindakan kerajaan BN mengekalkan PPSMI hanya menunjukkan kepada dunia bahasa Melayu adalah bahasa yang lemah dan tidak layak digunakan sebagai bahasa pendidikan untuk kemajuan anak bangsa.

Sebeluym itu pada jam 10.00 pagi, Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS TUan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menerima memorandum mendesak dimansuhkan PPSMI.

Kedua-dua tokoh penting Pakatan Rakyat itu sebelum ini menerima memorandum mengenai perkara yang sama sebelum pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu daripada GMP.

Memorandum 12 halaman itu mengandungi kompilasi ringkasan hasil kajian beberapa ahli akademik tempatan berhubung pelaksanaan PPSMI diserahkan oleh pengerusi jawatankuasa induk GMP, Datuk Hassan Ahmad di Lobi Parlimen.

Anwar yang hadir menemui kumpulan itu dan menerima memorandum di pertengahan sidang media mereka, berucap ringkas: "Saya harap semua ahli parlimen Pakatan Rakyat terus memperjuangkan perkara ini (pemansuhkan PPSMI)."

Turut kelihatan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin utama Pakatan juga hadir memberikan sokongan kepada gerakan itu.

Melihat sokongan itu, Dr Hassan secara berseloroh berkata: "Tak nampak pula orang-orang Umno."

Dalam sidang media di parlimen, Dr Hassan bagaimanapun berkata, tidak akan menyerahkan memorandum kepada semua ahli Parlimen, sebaliknya akan memberikan kepada "yang terpilih dan ketua-ketua sahaja"./WANN _

~MAKLUMAN~




Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan menganjurkan 'Himpunan dan Ikrar : Mansuhkan PPSMI' pada 23 Februari ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Satu ceramah perdana "Mansuhkan PPSMI" akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan PKNS, di Kelana Jaya, Selangor pada 24 Februari ini.


Majlis yang akan bermula jam 8.45 malam itu membariskan penceramah-penceramah seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Professor Dr Ir Wan Abu Bakar (UM), Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syed Shahir Syed Mohamed (MTUC).

Sementara itu penyair Dinsman akan membaca puisi manakala ahli kumpulan Blues Gang, Ito akan menyanyikan dua buah lagu, "Bangkit Tapi Bingit" dan "Lagu Pantun" dalam majlis tersebut.

Orang ramai dijemput hadir.

sumber:
`harakahdaily.net`