Jumaat, September 23, 2011

::Masih ada kesempatan...::

Perjalanan ke suatu tempat sangat dituntut oleh Allah ta'ala.. kita dianjurkan melihat kejadian-kejadian alam, merenung ciptaan-Nya, merehatkan minda, mencari segala hikmah yang dapat mendekatkan diri kepada-Nya walau dalam keadaan apa sekali pun..

Seronok berjalan ke tempat-tempat baru..melihat orang sekeliling.. memahami kehidupan orang lain.. dan merapatkan persaudaraan.. saling bertegur sapa, menghadiahkan senyuman..dan memberi makna kepada hidup..

::Tuntutan Tidur Rasululla SAW::

Terasa lama tidak meng-update sesuatu disini..kurang konsisten..tidak berapa baik pengurusan kali ini..Allahumma solli 'ala Muhammad..

Rasulullah SAW merupakan suri teladan dalam kehidupan manusia..Baginda merupakan rahmat kepada alam ini.. Baginda diajar dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang besar..