Rabu, Julai 30, 2008

::Islam forever::




Selasa, Julai 29, 2008

::mutiara kata dari imam dan al-Quran::

assalamualaikum wbt...

mutiara kata untuk dihayati bersama...

" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

"tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya..Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu..-at-Taghaabun:11

Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu: a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa. b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat. c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh. d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’ e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

Isnin, Julai 28, 2008

::forum kem kecemerlangan wanita III (KEKWA III) IPIS::

assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang saya sayangi...



::ust shauqi othman::pensyarah UPM::


Isnin, Julai 21, 2008

::Pak Cik Jaga, biskut dan kucing::

::CERITA:Azamin Amin::
::Thu | Jul 17, 08 | 3:00:11 pm MYT::

Dosa saya mungkin tidak tertanggung lagi. Apatah lagi perasaan bersalah akan sentiasa menghantui diri tatkala mengenangi kisah seseorang yang sering tidak dipedulikan walaupun kelibatnya ada di sisi.

Begitulah hakikat naluri hati dalam menafsirkan hubungan istimewa saya sebagai wartawan Harakah yang bersikap 'kejam' dengan pengawal keselamatan berhati manusia.

Mungkin tidak ada sesiapa yang dapat merakam perjalanan sejarah hidupnya memandangkan dia bukanlah nama besar atau tokoh ternama. Jauh sekali dikenali ramai malah tugasnya dianggap temeh, hanyalah menjaga keselamatan Bangunan dan petugas Harakah.

Peranan yang dilihat kecil kadang-kadang merupakan sumbangan besar di sisi Allah SWT, malah akan disanjung setelah merasa kehilangannya.

'Birang' namanya yang saya tidak ketahui daripada asalnya adalah merupakan teman dan rakan sepejabat para wartawan dan petugas Harakah yang bertugas lewat malam atau ke subuh terutama pada waktu 'deadline'.

" Azamin," Birang memanggil nama ketika saya sedang khusyuk mengadap peti komputer.

"Datanglah ke kedai Pak Cik, makan roti canai. Semua kawan-kawan sudah datang, Azamin sahaja yang belum," sambungnya lagi.Birang berniaga kecil-kecilan di waktu pagi manakala malamnya bertugas sebagai Pak Cik Jaga.

"Aaa...ya..ya nanti.." jawab saya acuh tak acuh. Saya tidak melayan secara betul Pak Cik Jaga yang ramah itu kerana sibuk dengan tugasan yang tidak pernah habis dan sudah.

Bukan bersikap sombong tetapi ada masanya dek kerana menumpukan kepada tugasan, saya lupa 'bercampur' dengan orang.....'macamlah bagus sangat saya ni'.

Begitulah hari demi hari berlalu dan perkenalan saya dengan pak cik Birang menjangkau usia dua tahun. Diam tak diam, dialah peneman di kala malam walaupun adakalanya saya tidak mengendahkan keramahan dan coletehnya yang panjang.

Namun tanpa kehadiran pak cik , terasa sunyi sekali. Kalau ada, terasa seperti ada radio di sisi....umpama muzik laksana irama dan lagu tak dapat dipisahkan.

Ada waktu tertentu saya rancak berbual dengannya tetapi paling banyak masa ialah mendengar ceritanya yang tiada nokhtah. Rajin juga berceloteh tentang politik malah idolanya ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Mohamad Nor. Bak kata orang dia 'hardcore- fan' atau peminat nombor satu.

Kadang-kadang sembang-sembangnya tentang politik, saya ceduk dan petik sebagai ulasan serta suara hati orang kebanyakan. Adakalanya buah fikirannya bernas, jauh lebih baik dari sesetengah ahli politik.

"Makan dulu sikit, nanti sambung balik kerja," katanya sambil menyua biskut yang dibawa dari rumah kepada saya. Bila saya menolak, dia berlalu tanpa menganggu saya lagi dan duduk di tempat penyambut tetamu.

Satu lagi kebiasaan pak cik ialah suka memberi makanan kepada kucing yang berkeliaran sekitar bangunan Harakah dan telah dilakukan semenjak beliau mula bertugas lebih tiga tahun lalu. Beliau membawa makanan kucing yang dibawa daripada rumah.

Sehinggakan jika kelibat pak cik ini tiba dengan menaiki motor untuk bertugas, pasti beberapa ekor kucing dengan pantas meluru kerana tahu 'rezeki' sudah sampai.

Nampaknya kali ini saya kehilangan seorang penganalisis politik yang mewakil suara rakyat bawahan. Kalau ada dia mungkin boleh mencebiskan satu dua pandangan tentang muzakarah PAS-Umno atau pun penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Di Malaysia. Pasti dia tidak menghampakan saya dengan lontaran idea-ideanya.

Pak Cik Birang tidak pernah mengambil cuti, setiap malam wajahnya pasti ada untuk menemani sesiapa yang bertugas malam. Dia hanya mengambil cuti seminggu sebelum Hari Raya kerana mahu beribadah 10 malam terakhir malah dia akan menyambung tugasnya di Bangunan Harakah pada Hari Raya pertama.

Saya akan kenang Birang kerana kesukaannya memberi makanan kepada kucing dan tanpa segan silu mempelawa mana-mana wartawan Harakah untuk menjamu biskut yang dibawa dari rumah.

Selain itu beliau sering memastikan saya atau rakan setugas Wan Nordin supaya tidur di tempat yang selesa setelah penat berjaga malam menyiapkan tugasan dan paling memalukan dialah yang mengejutkan kami untuk menunaikan solat subuh sebelum kami 'terbabas'.

Dua minggu lalu sewaktu bertugas, dia mengadu sakit dada lantas dibawa ke hospital.Saya diajak rakan-rakan untuk menziarahinya namun seperti 'hati- batu' saya menolak dengan alasan sama - sibuk menyiapkan tugasan. Pada andaian saya, sempat untuk melawatnya di kemudian hari.

Namun janji Allah itu benar dan andaian saya ternyata silap kerana Birang akhirnya kembali ke rahmatullah jam 2.00 pagi 17 Julai 2008...tanpa saya sempat menjamah roti canai buatannya atau menyapanya buat kali terakhir.

Benarlah kata pepatah, setelah 'kita menyedari untuk membuat kebaikan kepada seseorang, kita sebenarnya sudah terlambat'.

Dan paling 'kejam' tatkala kawan-kawan mengajak menziarahi jenazahnya buat penghabisan, saya dengan berat hati menolak buat kali yang kedua kerana ditugaskan ke Parlimen dan urusan menyiapkan berita-berita yang lain. Nampaknya saya masih punya sikap itu walaupun Birang sudah pun mendiamkan diri.

Ya....ya..kali terakhir melihat wajah sayunya ialah ketika menghulurkan biskut kepada saya....dan memercik air mata ketika berada di Parlimen, betapa saya masih bersikap 'kejam' di saat Pak Cik Jaga meninggalkan saya buat selama-lamanya....

Pemergiaannya membuat saya menukilkan semula sifat-sifat kemanusiaan yang semakin terpinggir jauh dari diri sendiri betapa saya sudah jauh tersasar...

Semoga sumbangannya menjaga keselamatan petugas Harakah, menjamu kucing, menyua biskut dan sesekali berceloteh menemani kami, dijunjung dan diganjarkan Allah.

"Dan maafkan saya Pak Cik... kerana tidak berkesempatan bersua malah tidak mampu melakukan solat jenazah.

"Pak Cik....mungkin setelah disiapkan tugas-tugas dan kerja yang tak habis-habis ini...saya akan buat solat jenazah ghaib sebagai penebus rasa bersalah saya....yang juga mungkin tidak dapat ditampung walau secebis pun," getus saya dengan hati yang cukup sebak.

Maafkan saya kerana catatan ringkas ini, dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, sebak dan penuh rasa simpati yang mungkin tidak dapat merakamkan seluruh jalan cerita kehidupan seorang manusia biasa yang tiada nama namun punya jasa....Al-Fatihah.

(cacatan ringkas ini ditulis pada hari sama Birang kembali mengadap illahi dan dikebumikan jam 10 pagi tadi)

(sebarang kritikan dan pandangan boleh dimajukan ke azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _

sumber::harakahdaily.net

p/s::sama-samalah menyayangi makhluk ciptaan Allah SWT.patutnya kita kna ada perasaan malu apabila khianati binatang-binatang ni.ermm,tak sanggup nak berhadapan dengan pencipta makhluk-makhluk ni pada satu saat nanti.Ya Allah, jauhilah kami dari sifat-sifat kejam terhadap makhluk ciptaan-Mu..::

riJaluLLAH siDe~: duhai ummah....

riJaluLLAH siDe~: duhai ummah....

::Airmata seorang Nabi...kerana Umat'nya::

::TAZKIRAH::
::Diluluskan pada Sabtu, 14 Jun 2008 @ 18:45:36 oleh tulipsakura

::Untuk Renungan Bersama::
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah.

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.” Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya lainnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

http://www.inteam.com.my

::makanan untuk minda::

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita
dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.

Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.

Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

p/s::makanan syubhah pun boleh rosakkan daya ingatan.hati-hati pilih makanan.sebab makanan akan membentuk peribadi kita.you are what you eat::

::petua elak lupa::

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yang pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

http://www.halaqah.net

p/s::usahakan untuk menjadi sesempurna insan tanpa melupakan kemuliaan yang Allah SWT kurniakan pada hamba-Nya::

::ciri-ciri sahabat yang baik::

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

p/s::insyaAllah,hidup lebih harmoni apabila kita merasakan besarnya konsep 'memberi' dan 'menerima' dalam kehidupan ini.setiap insan akan melakukan kesilapan.apa yang penting,bersama-sama saling melengkapi antara satu sama lain.kerana matlamat kehidupan di dunia ini adalah semata-mata mencari keredhaan Allh SWT..jadikan hidup ini ibadah kerana Ilahi::

Ahad, Julai 20, 2008

::Empat punca hidup manusia tidak tenteram::

Diluluskan pada Rabu, 13 Februari 2008 @ 8:37:07 oleh tulipsakura

amani85 menulis "Tertarik dengan article yang disiarkan dalam Utusan Malaysia August 26, 2006. Sedikit keratan nya untuk dijadikan pedoman dan renungan kita bersama....terutama untuk diri ana yang serba kekurangan...I-Allah, moga kita diberkati-Nya.

Jendela Hikmah: Empat punca hidup manusia tidak tenteram
Oleh Endok Sempo M Tahir

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.

Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyentuh kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.
Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.
Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: �Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

�Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!�

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini � ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
1) Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan �keseronokan� atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
2) Kita terlalu banyak komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
3) Kita terlalu mengejar kemewahan dan kemegahan hidup sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
4) Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini adalah untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: ‘Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak’.

::Membina RUMAH bernuansa iman, berisi zikrullah::


::artikel dari web inteam:: Diluluskan pada Sabtu, 12 Julai 2008 @ 23:09:36 oleh tulipsakura radziah menulis "Artikal ini sesuai bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan dalam proses untuk membuat pembelian rumah idaman keluarga. BHarian bertarikh 20.07.2007 Bagaimana untuk membina rumah menurut tuntutan islam sehingga akhir hayat kita memdudukinya.. Cuba kita renungkan keadaan rumah kita sekarang ini... Adakah mententeramkan "HATI" setiap penghuninya? Hakikatnya, tuntutan Islam mengenai adab atau tata cara menbangunkan rumah secara putus dan jelas belum diketahui... Jauhkan diri kita untuk mempercayai amalan "FUNG SHUI" yang diamalkan oleh kaum cina atau kaum-kaum lain bagi mengetahui keadaan "ONG" kediaman kita. Sebagai umat islam kita mempunyai nas yang menyentuh mengenai rumah atau tempat tinggal, dalam firman Allah yang bermaksud : "Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal". (Surah An-nahl, ayat 80). Ibnu Kathir telah mengulas mengenai ayat tersebut dengan menyatakan : "Rumah adalah sebahagian daripada kesempurnaan nikmat yang ALLAH berikan kepada manusia, sebagai tempat tinggal, tempat istirehat, dan dapat mengambil manfaat dari apa juga kebaikan dan manfaatnya". Sabda Rasullulah SAW yang diriwayatkan At-Thabrani : "Sungguh beruntung bagi siapa yang mengekang (menjaga) lidahnya, luas rumahnya dan menangis (bertaubat) atas kesalahannya". Oleh itu, apabila ALLAH memberikan kurnianya daripada keluasan rezekinya kepada kita kerana dapat memiliki rumah, maka kita perlu mengambil berat mengenainya. Kita perlu memperhatikan perkara yang berkaitan dengan susun atur atau reka bentuk yang memudahkan kita beribadat dan berinteraksi. Dari segi lokasi dan letak kedudukan, kita pastikan ia berdekatan dengan surau atau masjid. Tujuannya bukan sekadar mengingatkan kita masuknya waktu solat, tetapi memudahkan menunaikan solat berjemaah, dapat membudayakan anak dengan suasana ibadah dan aktiviti surau atau masjid. Lokasi juga penting supaya kita boleh memilih jiran tetangga yang baik sebelum memilih rumah. Jiran tetangga ibarat adik-beradik kita nanti. Selain mengambil kira faktor kesihatan, ruang udara yang memadai, kita perlu merancang ruang letak dan susun atur bilik supaya terjaga aurat dan maruah. Contohnya, bilik tidur anak lelaki dan perempuan dipisah, ruang tamu sedikit tertutup supaya aktiviti keluarga tidak terdedah dan mudah dilihat. Pembinaan tandas dipastikan tidak menghadap atau membelakangkan kiblat. Saiz bilik mandi dibina agak besar supaya mudah untuk memandikan mayat di dalam bilik berkenaan. Jika kita lihat banyak keadaan sekarang di mana mayat dimandikan di tengah ruang rumah yang hanya ditutup dengan rentangan kain sedangkan semasa hayatnya, si mati mandi di dalam bilik yang tertutup cantik dan batas auratnya terjaga, aibnya tertutup. Perkara itu akan terus terjaga jika daripada awal pembinaan bilik mandi direkabentuk untuk mandi semasa hayat dan disesuaikan untuk dimandikan mayat ketika matinya. Ulasan Artikal: 1) Dari rezeki yang dikurniakan ALLAH akan menjadikan kita berkemampuan untuk memiliki sebuah rumah idaman. Jadi, kita perlu memastikan susun atur dalamnya sesuai bagi memudahkan kita beramal ibadat di dalamnya dengan tenteram. 2) Lokasi yang berhampiran dengan rumah ALLAH seperti Masjid dan surau sebenarnya akan mendekatkan kita dengan jemaah sekeliling seperti saudara sendiri. Dan ingatlah sekiranya berlaku sebarang musibah jiranlah orang yang terlebih dahulu menghulurkan bantuan. 3) Pisahkan bilik tidur bagi anak lelaki dan perempuan supaya mereka sendiri dapat memperaktikkan batas pergaulan di rumah. Juga perlu pastikan ruang tamu tidak terlalu terbuka agar tetamu kita tidak melihat aktiviti kekeluargaan kita terlalu telus. 4) Pembinaan tandas dan bilik air yang agak luas ruangnya sejak awal pembinaan rumah tersebut akhirnya akan memudahkan proses memandikan jenazah sekiranya berlaku kematian ahli keluarga kita. Bersesuaian juga dengan hidup kita yang mandi dalam keadaan selesa semasa hayat kita. Perkara paling penting memastikan tandas dan bilik air tersebut tidak membelakangkan atau menghadap ke arah kiblat. Sekiranya kita tidak berkemampuan untuk menyediakan rumah yang selesa dengan memenuhi kretiria-kretiria yang di maklumkan seperti diatas kita boleh mencipta sebuah RUMAH YANG BERNUANSA IMAN DAN BERISI ZIKRULLAH dan berharap rumah itu memenuhi impian RUMAHKU SYURGAKU. ************************************************ Semakin banyak ilmu yang kita ketahui, semakin banyak pula ilmu yang perlu kita cari... Mencari dan menuntut ilmu adalah suatu jihad, Mati dalam pencarian ilmu, umpama suatu kematian SYAHID.

Khamis, Julai 17, 2008

::zina dan qazaf dari perspektif Islam::

assalamualaikum wbt.

saya nak kongsi artikel yang saya baca kat harakahdaily.net di dengan sahabat-sahabat yang saya sayang.semua ni perkara asas yang wajib kita tahu.lepas baca, rasa sayang pada Islam bertambah-tambah.alhamdulillah kita diberikan nikmat islam,nikmat iman..kalau ada kelapangan waktu,bacaalah artikel yang saya post ni..

Tulisan ini dipetik daripada buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam.

Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat

Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar (Pengakuan)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."

Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):

"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):

"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."

2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):

"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."

3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.

4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.

5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."

Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."

Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.

2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.

Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.

2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.

3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.

4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.

Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf

2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.

3. Islam, mengikut jumhur para ulama.

4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.

5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.

Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:

1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.

Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.

Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.

2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.

Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.- tajdid_

Rabu, Julai 16, 2008

::iklan baru::

hasil kreativiti:: sekretariat Nadi Lughah IPIS

::selamat menonton::

::

::hadis 29:amalan yang menghantarkan ke syurga::


Dari Mu'adz bin Jabbal ra. berkata: Aku berkata,"Wahai Rasulullah saw, beritahu aku amal yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka." Baginda bersabda," Engkau telah bertanya tentang masalah yang besar. Namun itu adalah perkara yang mudah bagi siapa yang dimudahkan oleh Allah SWT. Engkau harus menyembah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan,dan haji ke Baitullah." Kemudian baginda bersabda," Mahukah kamu aku tunjukkan pintu-pintu kebajikan? Puasa adalah perisai, sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, dan solat di tengah malam." Kemudian Baginda membaca ayat," Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya.." hingga firman-Nya,"...sebagai balasan apa yang telah mereka kerjakan."(As-Sajdah:16-17). Kemudian Baginda bersabda kembali," mahukah kalian ku beritahu pangkal agama, tiangnya dan puncak tertingginya?" Aku menjawab," Mahu, wahai Rasulullah," Rasulullah saw bersabda, "pangkal agama adalah ISLAM (masuk ISLAM dengan syahadah,--pent), tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad," Kemudian Baginda melanjutkan," Mahukan kalian kuberitahu tentang kendali bagi semua itu?" Saya menjawab," Mahu, wahai Rasulullah." Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda," jagalah ini." Saya berkata," Wahai Nabi Allah, apakah kita akan disiksa kerana ucapan-ucapan kita?" baginda menjawab," Celaka kamu. Bukankah banyak dari kalangan manusia yang tersungkur ke dalam api neraka dengan mukanya terlebih dahulu (dalam riwayat lain: dengan lehernya terlebih dahulu) itu gara-gara buah ucapan lisannya?" (HR Tirmdzi ia berkata," Hadits ini hasan sahih.")

sekian..

Selasa, Julai 15, 2008

::salam ukhuwah dari muslihah::


salam ukhuwah
semoga sentiasa hidup dengan tarbiah
::jadilah dalam kalangan orang-orang yang saling memahami sahabat-sahabat dan berakhlak yang baik dengan mereka::