Khamis, Januari 22, 2009

::RM::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

::Rehat Minda::

having a nice smiley without ignore the feeling of our 'ikhwn' at Palestine..



Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami : Buku apa yang sedih sangat tu?

Isteri : Buku bank abanglah..



Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua.. .adik ada apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????



Citer 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya : 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat.." Assalamualaikum" " Walaikumsalam " " Ni rumah encik Sameon ye? " Ya saya" " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni " " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 5

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi
tuan polis : selamat pagi
tuan polis : apa hal ?
orang asli : saya nak buat repot
tuan polis : fasal apa tu ?
orang asli : kawan saya di baham harimau
tuan polis : pukul berapa ?
orang asli : dia tak pukul, terkam
tuan polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala



Citer 6

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Sekian

..falyadh-hakuu qaliilanw-walyabkuu kathiira..