Ahad, Julai 08, 2012

::Guru KECILKU..::

hmm..kebiasaannya, tidak berapa rajin untuk membaca ayat-ayat ala-ala puisi, sajak dan seumpamanya.. sebelum ni dah tertengok hasil nukilan sahabat ini..tetapi sekadar sekali imbas..dua tiga kali imbas.. mungkin petang ini jiwa lain sikit..baru mendengar kisah-kisah penghijrahan saudara-saudara Islam..membaca kisah-kisah saudara-saudara kita di media facebook,blog..merenung-renung kehidupan mereka..memikirkan perasaan mereka dan menghayati keazaman mereka untuk TAAT dan mengambil Islam secara keseluruhan..saya mahu belajar bagaimana orang 'PEGANG' prinsip hidup..bagaimana mereka mempunyai KEKUATAN untuk berubah.. dan bagaimana HIDAYAH itu mereka hayati..

:) Ini pula nukilan seorang sahabat yang begitu kreatif dan sasteranya agak baik untuk dipaparkan..sentimental person..someone yang begini sebenarnya suka melahirkan sesuatu yang mereka rasa melalui penulisan dan karya.. benar sebenarnya ungkapan yang mengatakan..'ketajaman pemikiran akan melahirkan kejernihan akal yang terzahir pada tindakan..'

Selamat membaca^^... credit pada sahabat saya~~~~Khadijah Osuan~~~~




GURU KECILKU

Allahuakhbar...Allahuakhbar..

Dari jauh kedengaran suara azan memanggil umat islam menyahut panggilan itu dengan sesegeranya..
Ku ajak langkah menuju ruang Masjid itu...
Dari jauh,
Ku lihat seorang kanak2 berlari-lari anak menuju ruang Masjid meninggalkan kawan-kawan sepermainannya ..
Terdetak dihatiku ingin mendekati dan berbual-bual pendek dengannya..Seusai menunaikan solat asar, ku temukan kanak-kanak itu sekali lagi..

Adik, nama adik siapa ya?
emmm....nama saya Aqil.
Aqil....boleh kak tanya sikit?
Tanya apa?
Kenapa tadi masa azan adik terus berlari pergi masjid?
kanak-kanak itu terdiam....Ruang sepi menggamit seketika..
Sebab, Aqil nak minta dengan ALLAH supaya adik dapat jumpa ayah adik di SYURGA...bergenang airmatanya...
Tidak terkata aku mendengar kata2 adil Aqil, hampir luluh airmata mendengar pengakuan jujur dan ikhlas Aqil...
Tulusnya hati adik Aqil..meletakkan pengharapan 100% kepada Allah untuk berjumpa dengan ayahnya di SANA...
Bisakah hati kita setulus hati Aqil...???? Bersegara mengingati Allah,berjumpa dengan Allah bila seruan memanggil hanya kerana mengharap redha Allah untuk kehidupan yang lebih MANIS di SANA nanti...
Aqil seumpama GURU KECILKU...Guru yang hadir dalam lingkungan umur yang berbeza tetapi penuh dengan ISI berguna untuk memberikan pengajaran dan penginsafan kpd diri yang selalu lupa ini....
Sangat terharu kerana masih ada seorang kanak-kanak sepertimu masa ini...
Terima Kasih adik Aqil....


~faqiRaH aLHawaRi~

Tiada ulasan: