Jumaat, Oktober 31, 2008

::ke mana mereka..??::

"أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله"

* BERITA UTAMA

7 pelajar di Australia lesap


Norzarifah

KUALA LUMPUR: Tujuh pelajar Malaysia tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di beberapa universiti di Australia dilaporkan 'lesap' tanpa diketahui ke mana mereka menghilangkan diri.

Tiga daripada pelajar terbabit termasuk Norzarifah Kamarauzaman, 21, menuntut di universiti sama - Curtin University of Technology, manakala empat lagi di universiti berasingan, semuanya di Perth.

Kehilangan pelajar itu didedahkan Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim semalam selepas menerima aduan ibu bapa mereka serta sumber di Australia.

Abdul Azeez berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana pelajar berkenaan mungkin diperdayakan pihak tertentu hingga tidak lagi berminat untuk meneruskan pengajian.

"Kita akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehilangan pelajar itu menerusi kerjasama Wisma Putra, Interpol serta kelab penuntut Malaysia di luar negara," katanya.

Abdul Azeez berkata, sekretariat berkenaan juga bersedia membantu membawa ibu bapa penuntut berkenaan ke Australia bagi mengesan dan memujuk mereka supaya meneruskan pengajian.

"Kita tidak mahu penuntut kita yang cerdik mempersiakan masa depan mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Putera Umno di sini. Hadir sama, ibu bapa Norzarifah, Kamarauzaman Nasir, 50, dan Noraini Daud, 48, dari Taman Bukit Mewah, Kajang.

Norzarifah yang mendapat 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mula menuntut di Australia tahun lalu, dilaporkan tidak menghubungi keluarganya sejak 6 Oktober lalu.

Noraini, Pembantu Perpustakaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sebelum menghilangkan diri anaknya pernah mengirim SMS kepada kakaknya, Norzawani, 24, pada 17 September lalu, memaklumkan dia menelan 50 biji panadol kerana tertekan dan dimasukkan ke hospital.

Berikutan itu, keluarganya membuat laporan di Balai Polis Kajang pada 23 September lalu.

Noraini berkata, beliau bimbang Norzarifah terpesong daripada ajaran Islam apabila mengetahui anak keduanya itu mengikuti dua lelaki warga Australia selepas keluar dari hospital.