Isnin, Ogos 31, 2009

::ramadhan kareem::

Bismillah… dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, penyaksian hidup hanya pada-Nya.. bersaksikan keyakinan seluruhnya pada Allah SWT.. selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ikutan sepanjang zaman dan keatas kesemua ahli serta para sahabat Baginda…

Firman Allah SWT:

“dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan memberi petunjuk ke jalan ugama-Nya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, - (ar-ra’du:27)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (ar-Ra’du: 28)

Alhamdulillah, sepanjang-panjang kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT diatas nikmat iman dan Islam yang tidak ternilai dan tiada kesamaan dengan segala pemberian manusia yang tidak kekal.. sesungguhnya nikmat Allah SWT Maha Kekal hingga ke akhir kehidupan.. subhaanallah, apabila fikiran ini mula berfikir mengenai kehidupan dan pengakhiran hidup, lantas ‘mati’ mula hadir di hati.. persoalan “macammana rasa mati? Bagaimana keadaan orang yang mati? Apa bentuk kehidupan di SANA? Mula menerjah ruang fikiran yang sangat terbatas ini. Getaran mula terasa.. ketakutan mula hadir dalam diri. Kenapa? Kenapa takut yang hadir? Allahuakbar, adakah kerana kurangnya amal dan lemahnya iman untuk menemui Pencipta, Pemilik jasad ini?.. Segala pengharapan dan doa dipanjatkan pada-Mu Rabbi agar jangan Kau hijab seruan doa kami untuk mendapat redha dan rahmat-Mu….

Firman Allah SWT:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.(1).Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (2). Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) (4). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan (5). Tunjukilah Kami jalan Yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat(7).” (Surah al-fatihah : 1-7)

Allahuakbar, indah segala kalamullah... benar kata Allah SWT dalam firman-Nya bahawa kalam Allah SWT merupakan ubat dan penawar buat para mu’min.. kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk menggantungkan segala harapan pada Tuhan Rabbul Jalil.

Firman Allah SWT:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1). Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2). Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; (3) Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya".(4)- (surah Al-Ikhlas: 1-4).

Sesungguhnya tiada tujuan lain diciptakan manusia kedunia ini. Melainkan untuk beribadah pada Allah SWT. Apabila hati kuat ikatan dan tautan pada Allah SWT, insyaAllah segala persoalan dan permasalahan hidup akan dapat diatasi dengan mudah dan penuh ketenangan.

Namun, lumrah dan fitrah manusia tetap diakui memang lemah. Allah SWT berfirman sebagaimana di dalam ayat ini:

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); (Al-balad:4).

Allah SWT sendiri menciptakan manusia dalam keadaan sebegini. sebagai insan biasa, manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.. kerana kelemahan sebagai manusia itu sendiri sentiasa ada dalam diri kita.. apa yang mampu kita lakukan adalah sentiasa ingat akan matlamat penciptaan kita di dunia ini.. Allah SWT bekalkan kita dengan akal untuk kita uruskan kehidupan disini…

Semoga kehidupan yang dilayari bukan sahaja untuk keuntungan dunia..tapi biarlah segala yang terpancar dari perbuatan kita dapat menjangkau kehidupan ukhrawi juga…

~pada semua sahabat dan pembaca yang rindukan kebenaran dan cinta Ilahi, sama-samalah kita jelmakan firman Allah SWT dan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam diri kita.. mulakan dari diri.. kerana sesuatu yang kita inginkan sukar untuk dikecapi sekiranya kita mengharapkan ia dilakukan oleh orang lain..~

~di kesempatan yang terbatas ini, segala kemaafan dipinta daripada sesiapa sahaja yang pernah mengenali diri ini. Bukan kalam bicara yang ana ingin dengar dari kalian, tetapi ana mengharapkan redha dan maaf yang tulus dari hati kalian buat diri ana. ana tak kisah pun takde ucapan atau kata-kata maaf, apa yang sangat ana harapkan ialah doa sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga tiada doa yang terhijab akibat dosa yang ana lakukan pada kalian..kerana untuk bersama di alam yang kekal, segala perselisihan di alam ini perlu diselesaikan… ~

Selamat meneruskan kehidupan..
Moga sentiasa tabah dan bersabar dengan apa yang dibentangkan di dunia ini.
Mudah-mudahan diberi kurnia oleh Allah SWT dengan segala perancangan hidup yang baik dan diberkati.
Segalanya kerana Allah SWT…



Wallahu’lam..
Ramadhan kareem..

Rabu, Ogos 26, 2009

::mahalnya CINTA Ilahi...::

::Mahalnya CINTA Ilahi...::

Allah SWT Yang Rahman lagi Rahim...



Ya Rabbi, mahalnya cinta-Mu..



azam ingin gadai diri ini untuk ditukar dengan cinta agung-Mu...



segala pengabdian hanya pada Allah Rabbul 'Izzati..



dunia yang terbentang luas adalah ladang buat mu'min..



semailah dengan benih keikhlasan dan pengabdian..

bajai dengan ketaqwaan..

untuk peroleh kemanisan iman..

~kehidupan muslim adalah 'produk' yang perlu diperbaharui dan dipromosi setiap masa..kualitinya ada naik dan turun.. terpulang pada diri untuk memberi servis yang terbaik buat produk milik Ilahi..mahu kembali dalam bentuk asal atau bagaimana..pilihan di tangan kita..~

salam mujahidah..

ramadhan kareem...

moga peroleh kemanisan iman..

rebutlah peluang mencari keikhlasan dan kesungguhan beribadah di saat ramadhan kali ini..

~di saat ini, hanya ini yang termampu ku catat di sini...~

Ahad, Ogos 23, 2009

::PENDIDIKAN ANAK::

bismillah..

selamat membaca.. kali ni ana post artikel yang agak panjang sikit.. apa pun, moga pengunjung sudi untuk memmbaca artikel ni..

::Cerdaskan Anak Dengan Al-Quran::

OLEH: Ustazah Ros Inazuri Jamaludin..

Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa pemiliknya untuk mewarnakannya dengan warna fitrah. Akal yang belum dicemari itu bersedia untuk menerima apa sahaja yang dihulurkan. Baik yang suci, mahupun yang keji.

Ibu bapa yang mithali perlu menghayati hakikat ini sedalam-dalamnya. Akal, satu ciptaan Allah SWT yang hebat dan bersih itu tentunya perlu diisi dengan sesuatu yang hebat dan bersih dari Yang Maha Agung. Memang akal mempunyai potensi untuk meneroka segala macam jenis ilmu dan cabangnya-dari matematik, sains, fizik, astronomi, metafizik, atau sebagainya. Ia juga mempunyai daya untuk menganalisa seribu satu sumber, baik bertulis, lisan, pergerakan, pemandangan, fenomena alam atau sebagainya. Namun, ia patut dimulakan dengan sesuatu yang lebih agung dan lebih unggul.

sesungguhnya tiada sumber ilmu yang hebat dan lebih tinggi dari Kalam Allah SWT iaitu al-Quran. Maka ibu bapa tidak boleh alpa untuk menghiasi minda anak-anak dengan kehebatan al-Quran.

TRADISI ATAU DHARURI?

memang menjadi kebiasaan, anak-anak Muslim di Malaysia atau dimana-mana pelosok dunia belajar al-Quran. Ibu bapa yang prihatin biasanya akan meminta anak-anak mengenal huruf dan membaca al-Quran. Bermula dari Muqaddam hinggalah kepada khatam. Lebih indah lagi diadakan pula sesi kenduri khatam al-Quran sebagai tanda bahawa anak itu telah melepasi satu tahap yang tertentu.

Persoalannya, adakah amalan mengaji dan khatam al-Quran ini satu tradisi atau dharuri (keperluan)? Pada zahirnya sesetengah ibu bapa melihat amalan ini sekadar tradisi semata-mata. Bagi mereka, mengaji al-Quran dianggap sebagai sekadar satu rutin harian bagi mengikuti tradisi sebagaimana yang mereka lakukan ketika kecil-kecil dahulu. Bila anak-anak tidak menunjukkan minat dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti lain yang lebih menyeronokkan, maka dia pun terus mengalah. Membiarkan sahaja anak buta al-Quran.

Puncany, ialah kerana ibu bapa ini tidak melihat pembelajaran al-Quran sebagai sesuatu keperluan atau dharuri. Perlu diingat bahawa, kesempurnaan ibadah hanya dapat dicapai jika seseorang Muslim mampu membaca al-Quran. Bahkan, tanpa kemampuan membaca al-Quran, seseorang Muslim itu menjadi cacat agamanya, ibarat seseorang yang hidup tanpa kedua-dua belah tangan dan kakinya.

TAJAMKAN AKAL ANAKMU

Ramai ibu bapa tidak menyedari kehebatan al-Quran dalam melatih akal fikiran secara optimum. Kaedah pembacaan al-Quran yang mensyaratkan sebutan yang tepat (makhraj), sebutan panjang dan pendek yang spesifik (mad), penjagaan nafas melalui tempat-tempat berhenti (waqaf), serta gaya hiasan melalui dengung dan sebagainya memaksa setiap anak-anak yang mempelajarinya memberikan daya tumpuan yang tinggi dan berterusan. Anak-anak diajar untuk menjadi tekun, berhati-hati, teliti, dan memberikan fokus kepada apa yang ditatapnya.

Latihan ini sebenarnya memberikan kekuatan mental yang kukuh di dalam minda anak-anak. Latihan supaya anak-anak membaca al-Quran dengan tepat menjadikan mereka menggunakan segenap kemampuan dan potensi diri untuk menggarap ilmu dan kefahaman. Amali ini amat penting dalam latihan minda. Ini menjadikan mereka tidak mengambil sikap sambil lewa dan leka dalam menuntut ilmu-ilmu yang lain.

Ini bermakna, apabila seseorang itu menguasai al-Quran bermakna dia telah menyediakan mindanya untuk menerima ilmu-ilmu yang lain. Bahkan jika anak-anak berkemampuan, ibu bapa boleh galakkan anak-anak agar menghafal al-Quran kerana cara ini mampu meningkatkan lagi daya tumpuan dan daya ingatan. Dalam konteks ini, tepatlah saranan Ibnu Khaldun yang menekankan betapa pentingnya anak-anak diajar menghafal al-Quran kerana al-Quran merupakan asas kepada penguasaan ilmu-ilmu yang lain.

Selain itu, Imam Al-Syafie pula berkata: "Sesiapa yang mempelajari al-Quran, nescaya tinggi nilai dirinya; siapa yang mendalami ilmu fiqh nescaya diangkat darjatnya; dan siapa yanng mencatat hadis, nescaya kukuh hujahnya."

Sementara ilmuan tersohor, Ibnu Sina dalam kitab Al-Siyasah menasihatkan agar pendidikan anak dimulakan dengan mengajarnya membaca al-Quran ketika dia semakin besar dan akalnya sudah bersedia untuk belajar.

TUSYEN BOLEH, MENGAJI TIDAK!

Kejayaan anak-anak menguasai al-Quran bergantung rapat kepada kesungguhan ibu bapa yang mendidiknya. Usah letakkan 100% tanggungjawab mengajar al-Quran kepada sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Hari ini berapa ramai generasi baru yang buta al-Quran. Sekolah-sekolah tentunya tidak mampu untuk memberikan perhatian secara individu dalam melatih kemahiran al-Quran. Kemampuan anak-anak menguasai al-Quran hakikatnya banyak bergantung kepada inisiatif ibu bapanya sendiri.

Belajar al-Quran memerlukan disiplin. Pihak pertama yang perlu berdisiplin ialah ibu bapa sendiri. Ketika di rumah, anak-anak perlu ditetapkan untuk belajar al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Pemantauan secara dekat amat penting bagi menjayakannya. Berikan dorongan dan motivasi kepada anak-anak untuk membaca dengan baik. Motivasi secara rotan atau 'hanger' perlu dielakkan. Jangan sampai anak-anak memandang sesi belajar al-Quran sebagai suatu saat yang menakutkan. Takut-takut hatinya menjadi jauh dengan al-Quran.

Pendekatan motivasi secara bimbingan, penghargaan serta galakan amat penting. Apa salahnya berikan pujian setiap kali bacaannya betul dan baik. Ulang-ulangkan kepentingan belajar al-Quran. Selalu ingatkan juga tentang pahala berganda untuk orang yang membacanya. Timbulkan rasa gembira dengan sepuluh pahala bagi setiap huruf yang dibaca. Serta jangan lupa ingatkan bahawa apa yang dibaca itu adalah Kalam Allah SWT, iaitu Tuhan Yang Maha Pengasih yang menjadikan kita semua.

Jika ibu bapa pun buta al-Quran, maka perlulah mereka mendapatkan guru al-Quran yang baik untuk datang mengajar mengaji. Atau, hantarlah anak-anak belajar mengaji di rumah guru atau di surau. Bagi mereka yang mahir al-Quran, usahlah kedekut ilmu untuk mengajar orang lain terutamanya anak-anak jiran sendiri. Ingatlah betapa hari ini ramai generasi baru yang buta al-Quran.

Bagi ibu bapa yang buta atau 'rabun' al-Quran pula, usah kedekut untuk menghulurkan sumbangan ikhlas kepada guru-guru al-Quran. Jika boleh habiskan beratus-rsatu ringgit untuk tusyen akademik, takkanlah tidak boleh melabur untuk pendidikan al-Quran. Ingatlah bahawa al-Quran itu adalah ibu segala sumber ilmu.

Kesimpulannya, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan al-Quran. Jika kita mahukan anak kita hebat, maka mulakanlah dengan menguasai kehebatan al-Quran. InsyaAllah asas yang kukuh bersandarkan Kalam Allah SWT ini akan memberikan laluan mudah kepada ibu bapa untuk mendidik anak seterusnya menjadi insan soleh dan solehah..



wallahua'lam..

salam mujahidah..

::sumber::- Majalah Muslimah keluaran Ogos 2009 (Sya'ban-Ramadhan)

"Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu ana TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja.."

Rabu, Ogos 05, 2009

نصف شعبان

بسم الله الرحمن الرحيم.

نصف شعبان:اي نصف من شهر شعبان في التاريخ الهجرة.. هنا بعض المقالة عن نصف شعبان.. كما في الحديث:..

-----

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan
Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah SWT menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)


---

sebenarnya malam nisfu sya'ban ni malam peringatan bahawa ramadhan tu dah dekat.. ia juga malam untuk kita suburkan ibadah sebagai persediaan untuk menghadapi bulan ramadhan.. sebab sya'ban ni hampir sangat dengan ramadhan... selamat beribadah.. dan moga selama-lamanya dalam ibadah.. hakikatnye hiduplah dengan perasaan bet'Tuhan' pada Allah SWT.. setiap masa walau di mana berada.. 'dulu,kini, dan selamanya' insyaAllah.. jadi, kene lah beribadah dan beramal...

والله أعلم...

سلام مجاهدة مني :)

مصلحه ذكى

أنا الفقير إلى الله عز وجل
..

peringatan bersama..

ANDAI KAU BERTEMAN

Apabila kau ingin berteman..
Janganlah pandang pada kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kekurangan,
Kau akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman..
Janganlah pula dinilai kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau akan membencinya.

Andai kau ingin sahabat yang satu..
Janganlah diuji ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Mungkin kau akan menyisihkannya.

Andai kau ingin berteman..
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat
yang juga hanya manusia biasa.

Andai seorang sahabat membuat
kebaikan,
Ukirlah di atas batu,
Agar tersemat di hati,
Dan kekal sebagai memori indah.

Andai seorang sahabat melakukan kesalahan,
Tulislah di atas pasir,
Agar kesalahan itu bias hilang,
Ditiup angina kemaafan….




MUHASABAH SEPANJANG MASA

Imam Nawawi mengemukakan hadith Rasulullah s.a.w (Bukhari dan Muslim) yang menyebut bahawa orang yang berakal mempunyai empat waktu:

• Waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya.
• Waktu untuk muhasabah dirinya.
• Waktu untuk berfikir mencari hikmah pada ciptaan Allah SWT.
• Waktu untuk memenuhi hajat kehidupannya di dunia iaitu mencari rezeki yang halal dan baik) untuk makan dan minum


FOR U…..

Beza RM 50 dengan RM 1

Duit seringgit telah bertemu dengan 50 ringgit dan bertanya:

“Oit, lama tak nampak. Mana ko pergi?” RM 50 menjawab, “Aku pergi merata tempat,” pergi stadium tengok bola..gi Kota Kinabalu naik Air Asia…Lepak One Utama…. Konsert…Shopping..tempat-tempat camtulah…Eh, ko cmne plk?”

RM 1 menjawab perlahan seraya menunduk, “Hrmm…biasalah…balik-balik tempat sama…surau…masjid…surau..”

*fakir-fikirkanlah…

“Semoga kamu mendapat cukup kebahagian untuk membuat kamu bahagia,cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan…”


~copy dari emel~