Isnin, Julai 22, 2013

Indonesia:Ciri-ciri Pengikut Syiah

INDONESIA - Ciri-ciri Pengikut Syiah

Indonesia sedang menjadi sasaran Syi’ahisasi besar-besaran. Hingga kini banyak pengikutnya berada di pelbagai wilayah Indonesia, terutama di Jawa Barat dan Sulawesi Selatan.

Jumlah penganut Syiah di Indonesia Ketua Dewan Syura Ikatan Jamaah Ahlul Bait Indonesia (IJABI) Jalaluddin Rakhmat, pernah mengatakan anggaran jumlah penganut Syiah di Indonesia , “Perkiraan tertinggi, 5 juta orang. Tapi, menurut saya, sekitar 2.5 jiwa,” kata Kang Jalal, sapaan Jalaluddin Rakhmat. Pemeluk Syiah, kata Kang Jalal melanjutkan, sebahagian besar ada di Bandung, Makassar, dan Jakarta. Selain itu, ada juga kelompok Syiah di Tegal, Jepara, Pekalongan, dan Semarang; Garut; Bondowoso, Pasuruan, dan Madura.

Fatwa Haramkan Shisha

MALAYSIA - Muzakarah Fatwa Haramkan Shisha

Kuala Lumpur: Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan shisha haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang Rabu lalu, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisapnya atau apa-apa aktiviti berkaitannya.
Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam kenyataannya semalam.


“Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar dihadapi akibat shisha, muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram,” katanya.