Isnin, Ogos 29, 2011

..Raya..

Mercun sana sini..

"em, kalau di Palastin, bunyi dum dam ni bukan sebab gembira meraikan raya.." terdetik dalam hati..

"xpela, seronok kanak-kanak ni main..orang dewasa pun 'terjoin' sekali nampaknya"

Mata ralit membaca mesej-mesej ucapan hari raya di skrin handfon.."em" merenung dalam-dalam membaca tulisan-tulisan, bicara-bicara,pantun-pantun, dan macam-macam kalimah yang indah-indah sempena hari raya..

Khamis, Ogos 18, 2011

::terasa dekat..::


seringkali,
saat berdiri..
tangan diangkat seiring bahu..
pandangan mata turut sujud menghadap..
jasadku bergetar..
air jernih bakal mencurah jatuh..
merasakan HARI ITU terlalu dekat..
mengenangkan peranan diri..
akhirnya diri tertunduk..
saat yang terlalu dekat dengan-Nya..
ya Rabb, kekalkan perasaan ini..
perasaan bergetar ketika mengadapMu..
kesibukan dunia tidak mampu menyekat perasaan ini..
berjalan membawa hati yang tunduk..
setiap rintihan itu dicurahkan padaMu saat berTEMU..
ya Rabb..

"tidak ada ketenangan melainkan dengan mengingatiMu ya Allah"



Salam Ramadhan (18 Ramadhan 1432h)

Selasa, Ogos 16, 2011

::dunia dia..::

"tengok tu...!!!" dia muncungkan mulutnya sambil kepala mendongak ke atas dengan tangan menunjuk sesuatu di atas.

"apa Bal?" tertanya-tanya juga.

"tu.." ditunjukkan sesuatu dengan jari telunjukknya.

"Owh.." rupanya ada belon corak kartun "Ben10" tersangkut kat pokok.

"Bal mau? " terkebil-kebil anak matanya melihat belon tu.

Sabtu, Ogos 13, 2011

::Muhasabah tugas::

Berkata al-Imam "Sesungguhnya tugas melebihi masa yang ada"

Para pengunjung@pembaca sekalian,marilah kita sama-sama muhasabah tugas-tugas yang ada. Ambil masa menekuni kerja-kerja wajib dan harus yang ada dengan tenang. Semak tugas-tugas yang belum selesai samaada tugas sebagai individu atau daie. InsyaAllah, tekunilah tugas-tugas tersebut dengan baik..usaha untuk meng'amanah'kan diri mengurus tugas-tugas harian. (",) (yang akan diHISAB nanti...)

::tafakur::

...Rahmat sudah berlalu..kini sampai kepada fasa kedua Ramadhan..keampunan..


"tawaquf mencari diri.. walau dekat dengan diri, namun sedikit kelalaian akan 'menjauhkan' diri dari diri sendiri"

Khamis, Ogos 11, 2011

::Kebersamaan...::

::Tanamkan Semangat Kebersamaan dengan Kondisi Dunia Islam::

Petikan buku CDRHAB:

Pemikiran dakwah Imam Hasan Al-Banna, boleh jadi memenuhi benak fikiran dan hatinya (Tsana). Tapi Tsana menyatakan, "Saya tidak pernah melihat ayah dalam keadaan marah di rumah." Menurutnya, yang dibina oleh Hasan al-Banna adalah suasana tafahum, iaitu saling memahami. Walau bagaimanapun, Hasan al-Banna tetap menanamkan rasa kebersamaan yang tinggi kepada keadaan kaum Muslimin terutamanya kepada mereka yang berada di Palestin. Ada satu peristiwa yang paling mampu membuat raut muka Hasan al-Banna berubah kerana memendam kesedihan sekaligus kemarahan. Peristiwa itu terjadi pada tahun 1948, ketika pasukan al-Ikhwan terlibat dalam perang di Palestin.

Isnin, Ogos 08, 2011

::Tetamu Allah di Bulan Mulia::



DENGAN nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, penghulu segala Nabi dan Rasul. Selawat dan salam juga ke atas keluarga baginda dan seluruh sahabatnya.

Sabtu, Ogos 06, 2011

::Usrah melahirkan rasa cinta kepada Allah::

Bismillah..

"Usrah" bukanlah perkara baru bagi mereka yang biasa berada dalam suasana tarbiyah atau didikan sesuatu organisasi/persatuan atau jemaah. Setiap Usrah mungkin berbeza dari sudut pendekatan dan pengisian, namun perkara asasnya adalah sama iaitu untuk mengikat hati anggota-anggota usrah dan membentuk individu yang memahami perjuangan sesuatu jemaah/organisasi serta 'berjalan' di lapangan selari dengan apa yang dikehendaki oleh dasar jemaah atau organisasi yang disertainya.