Selasa, Jun 26, 2012

Kembali..

Allahu Allah, terlalu lama tidak menjenguk ke teratak ini. Hampir beberapa bulan ditinggalkan. Tangan terasa lambat-lambat sudah untuk menekan keypad-keypad ni. Idea? insyaAllah, perlu dikerah-kerah untuk keluar,maklumlah sudah lama ditinggalkan:).

Membaca-baca di alam maya, saya tertarik dengan satu kata-kata dari seorang ustaz..kata-kata ini membuatkan saya termenung panjang. berfikir. merenung setiap butir kalimah yang tertera..



Bukan sekali dua terasa rindu pada diri sendiri. Rindu untuk berbicara dengan diri sendiri. Kadangkala kehidupan yang sementara ini banyak melekakan dan melalaikan kita dari matlamat menuju keredhaan Ilahi seandainya tidak diperhalusi betul-betul. Alam kehidupan ini banyak menguji kecenderungan hati kita. Menguji keimanan. Menguji waktu yang ada.Semuanya menguji perjalanan kita menuju Ilahi. Lagipun bukan semua dari kita berani untuk melawan kehendak hati. Keterikatan dengan dunia dan nafsu yang jahat seringkali mengganggu proses menuju Allah. Hebat Allah yang mengurniakan ujian pada Hamba..hanya mereka yang diberi hidayah sahaja mampu meneruskan kehidupan yang fana ini dengan cahaya petunjukNya. Saya rindukan petunjuk itu. Sentiasa dalam kerinduan kepada PetunjukNya.

Kerapkali tersedar dalam tidur. Menangis sendirian. Rindu padaNya. Menangis, mulut menyebut "Allah..rindu padaMu.. terlalu banyak pengampunan yang diharapkan.. kalau boleh, mahu sahaja malam dipanjangkan. agar lambat muncul siang. tetapi semua itu sunnatullah.. Allah telah memberikan kita siang dan malam untuk hidup..dan beruntung bagi hambaNya yang menikmati hidup dengan sentiasa ingat padaNya.sangat beruntung. Allahuakbar.

Rindu pada ilmu..iya. sangat terasa.sangat rindu dalam dakapan ilmu. ilmu yang boleh menundukkan hati. semakin rindu pada diri sendiri. kadangkala terase ingin berhijrah.merantau mencari ilmu dan kenal diri sendiri sebaiknya. kenal hakikat kita diciptakan. kenal hakikat perhambaan di alam dunia ini. kenal hakikat peraturan yang Dia berikan. belajar untuk kenal hakikat kehidupan fana. kenal hakikat syariat yang Dia turunkan. kerana ketundukan hati itu akan membawa kita kembali kepadaNya..

SAlam RamadHan..
ya Allah, izinkan diri ini hidup dalam kasih sayangMua..
kurniakan limpahan keampunan kepada kami..
jangan pernah tinggalkan kami walau sedetik..
izinkan kami untuk sampai kepadaMu ya Allah..
Allah..