Jumaat, Oktober 24, 2008

::bahaya menilai hukum ISLAM dengan akal::

::bahaya menilai hukum ISLAM dengan akal::

penulis: Mohd Nasir Awang (Muslimah)

Kes 1:

Sebuah keluarga dilanda konflik dalaman agak serius. Semuanya ekoran salah seorang ahli keluarga melangsungkan majlis pernikahan anak perempuannya dengan disertakan adat persandingan. Adik-adik dan ipar-duai membantah. Tradisi itu sudah lama terkubur dalam keluarga, mengambilkira tuntutan hukum Islam.Majlis perkahwinan berlangsung agak hambar. Ia dibauri pertikaman lidah dan perasaan tidak senang majoriti ahli keluarga. Mereka hadir juga,tetapi dalam keadaan terpaksa.Mereka tidak redha persandingan diadakan. " Apa sangat yang tidak kena dengan persandingan? Bukan ada maksiat apa pun!" bentak tuan empunya rumah mempertahankan keputusannya.



Kes 2:

Pihak berkuasa agama akhirnya terpaksa campurtangan apabila para pengguna dan beberapa pihak lain mengadu mengenai satu pertandingan menjanjikan hadiah lumayan. Hanya menerusi undian SMS, pengguna berpeluang dipilih sebagai pemenang. Bagaiamanapun lain-lain syarat mendapat hadiah itu menyusul. Para pengguna merasa tertipu. Peraduan itu dikaitkan dengan unsur-unsur perjudian dan penipuan. Syarikat telekomunikasi bertanggungjawab menganjurkannya bagaimanapun mempertahankan tindakan mereka. " Apa yang kami buat ini hanyalah peraduan, bukannya satu perjudian," kata mereka.



Kes 3:

Konsert oleh artis Barat mendapat bantahan beberapa kumpulan Islam. Mereka berdemonstrasi berarak menyerahkan memorandum bantahan kepada penganjur. Salinan memo itu turut diajukan kepada menteri yang bertanggungjawab menjaga berkaitan hiburan. Kumpulan pembantah ini mewakili umat Islam yang menilai konsert sebegitu sesuatu yang mendorong maksiat dan mengundang kebejatan sosial. Lain pula hujah yang diberikan penganjur yang mempertahankan tindakan mereka. Paling menyedihkan ialah apabila pemimpin terbabit seakan membela hujah penganjur, Katanya, "Saya tidak nampak apa salahnya mereka berhibur, terutama bagi menenangkan fikiran setelah penat bekerja".



Ketiga-tiga kes yang disebutkan mewakili tiga kelompok beerbeza. Kes pertama berkaitan individu atau keluarga. Isunya hanya memberi impak kepada keluarga terbabit, atau masyarakat kecil sekeliling mereka. kes kedua pula dilakukan oleh sebuah organisasi dan kesannya agak menyeluruh. Manakala kes ketiga melibatkan institusi awan dan kerajaan. Kesannya sudah tentu sangat menyeluruh.

Meskipun berbeza tahap, ketiga-tiga kes memaparkan satu persamaan iaitu kekeliruan mengenai definisi maksiat. Garis pemisah pelanggaran hukum Islam dalam setiap kes tidak dilukis dengan jelas..

Puncanya sama. Ketiga-tiga pelaku tidak merujuk kepada pihak yang arif dan berautoriti dalam bab agama sebelum membuat keputusan masing-masing. Sebaliknya mereka lebih mengguna pendekatan akal dan pendapat sendiri bagi merasionalkan apa yang mereka mahu buat.

::bersambung..::