Jumaat, April 20, 2012

::Seminar Fiqh Siasah 060512::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,.

Hidupkan jiwa..segarkan minda..bangunkan ilmu..mantapkan kefahaman.. ~Pemuda Pemudi Acuan Alquran dan Sunnah.. insyaAllah,. Hidup dengan ilmu bakal mematangkan perjalanan dan membuka ruang yang terbaik dalam menempuh medan dakwah serta bermuamalah yang terbaik sesama manusia..insyaAllah,.


Jemput ke Seminar Fiqh Syariah^^..:

2012 adalah tahun Pasca-Islamisme; tahun di mana Gerakan - Gerakan Islam seluruh dunia bereksperimen dengan sistem demokrasi, menyesuaikan diri dengan persekitaran Islam-phobia, mematangkan diri dengan cabaran-cabaran semasa dan ‘berevolusi’ dengan jenama dan slogan yang menjadi zeitgeist seperti hak asasi manusia, kebebasan, tata-cara kelola yang baik dan selainnya. Ia bukanlah suatu perkara yang aneh kerana Politik Islam itu mempunyai dua dimensi yang berbeza; Thawabit dan Mutaghayyirat, Thawabit dalam asas perjuangan dan Mutaghayyirat dari segi teknikal dan pelaksanaan.

Sayangnya ‘evolusi’ yang berlaku ini bukanlah suatu perkara yang mudah diterima, ia memerlukan kefahaman Fiqh Siasah dalam adunan yang moden. Pendapat-pendapat lama perlu diberi nafas baru supaya Gerakan Islam dapat belayar di lautan massa.

Menyedari tentang itu kami dengan rasa prihatin berusaha menyumbang proses pencerahan terhadap ‘evolusi’ yang berlaku dengan mengadakan Seminar Fiqh Siasah 2012 ini, semoga segala kekusutan dapat dijernihkan seterusnya mempersiapkan penyokong Gerakan Islam menempuh masa hadapan yang mencabar.

Seminar Fiqh Siasah:
Sesiapa berminat, boleh hubungi no tertera :)

~MAHALNYA NILAI ILMU.. MAHALNYA SEBUAH KEFAHAMAN..MAHALNYA ITU MERAIH NILAI KEBERKATAN",~

Tiada ulasan: