Jumaat, Oktober 28, 2011

::ilmu 'keisterian'?::

Assalamualaikum wbt.. menarik untuk dikongsi dengan para pembaca dan sahabat maya KM..besar tanggungjawab dan ilmu yang perlu ada pada seorang ketua kedua dalam keluarga..selamat membaca..

Khamis, Oktober 27, 2011

::coretan hati saya..::

Dengan rahmatNya dan kurniaNya saya mampu menaip lagi disini,. moga-moga ia menjadi sumber kebaikan untuk saya dan rakan-rakan maya yang dikasihi..insyaAllah, mudah-mudahan begitulah,.masih terlalu 'kekurangan' dalam bidang penulisan.. namun, InsyaAllah moga apa yang ingin disampaikan membawa kebaikan dan sesuatu yang bererti kepada kita semua,.

Selasa, Oktober 25, 2011

::Wahai Diri...::

Wahai Diri..

Airmata cinta mengerti
dunia adalah lakonan
semua memegang watak tersendiri
namun semua watak itu tiada akan berfungsi
jika tiada akan Ar-RahmanNya
air memegang watak menghilangkan dahaga
makanan memegang watak mengenyangkan
ubat memegang watak menyembuhkan
segalanya memiliki watak yang ditentukan
dalam lakonan kehidupan

Airmata cinta mengerti
amat malang kehidupan insan
jika tiada cahaya cinta pada hati
pandangan terpesona dengan segala watak
lalu terhijablah ia dengan hakikat
sehingga hidup tertipu dengan lakonan

Airmata cinta
akan memancarkan cahaya hati pada sinaran mata
maka pandangannya tembus melihat alam
sehingga segala lakonan akan terhapus
matanya menyaksikan kebenaran
Ar-Rahman menampakkan wajahNya
di sebalik segala watak lakonan

Wahai diri
engkau tiada boleh meninggalkan lakonan
tetapi jangan terperangkap dengan lakonan
banyakkan tangisan dalam kehidupan
agar hatimu mengerti dan mengerti
akan makna sebuah kehidupan
agar hati, akal dan pancainderamu mengerti
makna kalimah yang agung,.



sentiasa basahkan lidah dengan zikrullah,.

Faqirah Al-HawaRi..


kecintaan pada Allah,.

Rabu, Oktober 12, 2011

musafir lalu ..

Jari mahu mencoretkan sesuatu di keyboard ini. Tambahan pula baru mendapat 'green light' dan 'motivasi' berterusan daripada beliau. Terima kasih sahabat saya yang sehingga ke hari ini memberi galakan, sokongan untuk terus menulis..Syukrn rumet e222.. terlalu banyak kenangan bersama temanku ini..setiap detik bersamanya membuatkan diri ini tersenyum. Mengingat kembali sikap, perangai, kelakuan dia membuatkan diri tersenyum.

Selasa, Oktober 11, 2011

ayyash's notes

ayyash's notes

"Kepada sahabat2 yg bakal melengsungkan prnikahan,Selamat membina sebuah keluarga yang diredhai Allah.." jadilah pasangan yang takut kepada Allah dlm mmbina rumahtangga yg diredhai. Akhirat yg kekal abadi.rumahtangga adalah medan jihad.. moga ia menjadi ibadah kepada Allah ta'ala.. dedicate to syah.. mg Allah rhmati kamu shbtku..

Sila klik pada 'Ayyash's note utk mmbaca artikel panjang.. mg bermanfaat"..

::10 sahabat yang dijanjikan Syurga::

Assalamualaikum wbt.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, dan seluruh umat Islam ..syukur diatas nikmat yang dikurniakan.

Kali ini, saya teringat 10 nama sahabat yang dijanjikan Syurga oleh Nabi Muhammad SAW.