Isnin, April 30, 2012

::PAS dan masyarakat majmuk::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Politik :)

"PAS dan masyarakat Majmuk"

Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? . Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR ?. Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat !.

Ahad, April 29, 2012

::Niaga dengan YAHUDI OK, tapi bukan Zionis::

Assalamualaikum wbt.

"Niaga dengan Yahudi??? boleh rupanya.. baca betul-betul,. mudah-mudahan lebih memahami,.

Niaga dengan Yahudi Ok, bukan dengan Zionis.



SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini. Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Sumber: Laman rasmi Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Jumaat, April 20, 2012

::Seminar Fiqh Siasah 060512::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,.

Hidupkan jiwa..segarkan minda..bangunkan ilmu..mantapkan kefahaman.. ~Pemuda Pemudi Acuan Alquran dan Sunnah.. insyaAllah,. Hidup dengan ilmu bakal mematangkan perjalanan dan membuka ruang yang terbaik dalam menempuh medan dakwah serta bermuamalah yang terbaik sesama manusia..insyaAllah,.

::Pentas Wanita 25 April12::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,.

Dijemput teman-teman blogger ke Pentas Wanita seperti yang dapat dilihat dalam banner dibawah..


Khamis, April 19, 2012

::keychain::

Assalamualaikum wbt..

"ustazah, nah hadiah untuk ustazah..." satu keychain kartun 'bergigi' dihulurkan oleh seorang murid.

"ape ni? bagi ustazah? hehe,kamu ni, bagi pula kartun gigi sengih ni.. ok takpe.. terima kasih...comel.." dalam hati tersenyum dengan sikap anak-anak ini. Murid-murid yang berwajah jernih. Masih punyai masa hadapan yang cerah. Saya amat yakin dengannya. Proses pembentukan diri dan sahsiah dalaman anak-anak ini sangat penting.

Selasa, April 10, 2012

::PAS bergabung dengan DAP boleh,kenape tak bergabung dengan UMNO?::

Assalamualaikum wbt.. Sedikit pencerahan tentang fiqh siyasah.

::PAS bergabung dengan DAP boleh, kenapa tak bergabung dengan UMNO?::

Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? .

::Pengorbanan seorang srikandi::

Assalamualaikum wbt..

Kisah seorang srikandi..

"Pengorbanan Zainab al Ghazali"


Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

::riadah jiwa::

Assalamualaikum wbt dan salam ketenangan buat jiwa-jiwa yang sentiasa berusaha untuk hangatkan momentum perjuangan dan motivasi hidup.

Salam penuh ceria ^^

Kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pengunjung teratak ini dengan sebuah video yang sangat menyentuh hati.. tiada lirik.. yang kedengaran hanyalah 'suara' piano. hayatilah dari hati yang dalam. Insan yang dikaitkan di dalam persembahan lagu ini adalah insan yang mengajarkan akhlak mulia kepada kita. Insan yang mengajarkan erti tawaduk serta rendah diri dalam menuntut ilmu.. insan yang cintakan agama dan insan yang berusaha meninggikan kalimah Allah. Terasa satu tamparan besar buat diriku apabila mengenangkan insan ini. Tamparan yang sangat besar. usahaku kecil untuk mendapatkan cinta insan agung ini. Siapakah diriku untuk meraih syafaatmu.. Setiap saat mengukuhkan azam dan tekad dalam diri untuk mengikutimu.. pandangan hatiku tersemat satu perasaan untuk terus meletakkan cinta padamu.. moga Pemilikmu terus beri kekuatan pada hati-hati kami untuk terus mengikutimu..

Dengarkanlah melodi ini.."piano cover..lau kana bainana".. (Andai Rasul ada disisi)..



Sekian:)