Jumaat, Julai 06, 2012

::Azan,mekap,lagu...::

"Sedap juga suara.." bisik dalam hati.

Selepas memujuk, merayu, meminta dan memanggil murid-murid lelaki yang boleh melaungkan azan di hadapan kelas,akhirnya terpujuk juga seorang murid ke hadapan kelas. Sedap juga suaranya.

Sebelum boleh 'menempatkan' dia di hadapan, saya telah mendengar 'suara' azan semua murid lelaki di dalam kelas tersebut. Dalam ramai-ramai yang 'diuji' itu akhirnya saya jumpa seorang murid yang boleh azan dan ingat keseluruhan azan berbanding murid-murid lelaki yang lain. Dia juga merupakan seorang 'penyanyi' di kelas tersebut dan sebenarnya terkenal dengan 'suaranya' yang 'baik' ^^.

Terpegun murid-murid lain mendengar..khusyuk pula mereka ni.. Saya senyumk dalam hati. Walaupun mereka ni terkenal dengan kelas yang 'istimewa' dan terkenal dengan sifat 'hyperactive'..namun, 'kelawakan' dan kelucuan' menyebabkan saya suka mencari 'sesuatu' yang tersembunyi di dalam diri mereka untuk dijadikan bahan bualan dan sebagai 'daya tarikan' untuk menarik perhatian mereka. Rata-rata rakan guru yang lain juga mempunyai pandangan bahawa murid kelas ini 'tidak minat belajar' .. hmm, bagi saya mereka ada sesuatu. ^^.

Selepas murid tersebut azan, dia iqamat.. "wahh, tertarik dan menarik kamu ni.." senyum-senyum yang lain..

Sebaik selesai 'sesi testing' azan, saya beri mereka nota tentang lafaz iqamat..

Di meja belakang, beberapa orang murid lelaki sedang menulis..khusyuk..tapi tidak diam dengan bercerita.. "Ai, kamu ni belum siap kerja.tapi mulut juga buat kerja.."..

Bukan setakat bercerita..ada kedengaran yang sedang 'menyanyi'..

NADA CINTA~~~" wahh, lagu apa tu? saya bertanya..

hehe,rupa-rupanya cerita sinetron dari indon. Ish ustazah pun tak tahu. "tv berapa tu.."

Mulalah mereka bercerita tentang channel sinetron tersebut. "Orang lelaki pun tengok cerita cinta-cinta ni? saya sekadar mengusik. Dia terus mengangguk. "advancenye budak sekolah sekarang. Kecik-kecik dah pandai minat cerita-cerita macam ni^^...

"em, kalau suruh azan kamu lupa..tapi lirik lagu ingat ye.."ayat sindiran.

"Lepas ni ustazah nak dengar kamu azan..senangnya je tu...lagu Nada Cinta suda hafal..ha, sekarang mesti boleh lah hafal azan.."memujuk sebenarnya ni. Selepas itu, kelihatan dia cuba hafal azan.

Tamat kisah murid lelaki..murid perempuan???

^^murid perempuan ceritanya apa lagi kalau bukan mekap-mekap ni.

Memang mereka tiada alat mekap dan barang kosmetik. Apa mereka guna?:)

---

Dua tiga orang murid perempuan memegang beberapa batang pensil warna. Apa lagi, seorang dari mereka 'bertugas' sebagai 'jurumekap'.. apa lagi.. dilukiskan mata kawannya dengan pensel warna. Saya awalnya sekadar melihat gelagat mereka. hmmm. "macam saya dulu-dulu juga kot..awal remaja..suka nak mencuba.."

"kamu pergi cuci warna di mata tu.. ada racun tu..mana ada orang guna pensel warna di mata..pensel tu guna untuk mewarna..tak cantik lah.."saya suruh pergi cuci warna di mata yang nampak 'merah-merah' bagaikan celak mata.

hmm, pelbagai kerenah. Inilah gelagat kanak-kanak sebelum mereka membesar untuk menjadi matang. Mereka akan mencuba segala yang dilihat di mata mereka. Itulah fitrah kanak-kanak. Apa yang mereka terima,itu yang akan mereka ikut. Untuk menerapkan nilai baik sangat-sangat perlukan kefahaman terhadap dunia mereka. Kerana anak yang kecil inilah akan membesar sebagai orang muda suatu hari nanti.

Perkembangan kanak-kanak~~

Fasa mereka menerima semua input yang sampai kepada mereka~~

Sekian untuk pagi ini..bersambung..insyaAllah..

Nak jadi murabbiah@pembimbing yang memahami mereka..kurniakan diri ini ilham ya Allah..

-faQiRah aLHawaRi~

Tiada ulasan: