Ahad, April 29, 2012

::Niaga dengan YAHUDI OK, tapi bukan Zionis::

Assalamualaikum wbt.

"Niaga dengan Yahudi??? boleh rupanya.. baca betul-betul,. mudah-mudahan lebih memahami,.

Niaga dengan Yahudi Ok, bukan dengan Zionis.



SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini. Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Sumber: Laman rasmi Tuan Guru Haji Hadi Awang.