Khamis, April 04, 2013

Coretan Baru

Alhamdulillah..

astaghfirullah.. kali ini saya kena banyak-banyak mohon ampun. Hati terlalu cepat sensitif dengan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan. Bukan sekadar dalam hal-hal sendiri tetapi dalam hal masyarakat sekalipun. Orang-orang yang berkuasa, berkepentingan dan ada pengaruh kelihatan sewenang-wenangnya mempergunakan apa yang mereka ada untuk menindas golongan bawahan. Sebenarnya sesuatu yang amat perit apabila kita merasa penindasan tersebut. Tambahan pula, hari ini bukan semua manusia yang bertugas sebagai pemimpin belajar untuk memahami orang-orang bawahan. Hasilnya lahirlah pekerja atau staf yang kurang produktif, kurang bersemangat, rasa jatuh maruah, tidak bermotivasi dan seumpamnya. Saya mula memikirkan 'apa sebenarnya yang mempengaruhi kuasa kepemimpinan seseorang? Adakah cukup hanya sekadar mempunyai wang serta hanya berdaya mengarahkan sesuatu sudah dikira pemimpin yang betul?

Andai berterusan begini.. boleh jadi mereka yang tidak berdaya mengawal kesabaran akan..

~ kurang menghormati ketua.

~ bekerja sekadar tugas dan tidak sepenuh hati.

~ mengetepikan nilai ibadah dalam sesuatu kerja.

~ Kurang semangat untuk memberikan 100% kerjasama kepada organisasi.

~ Tidak mampu berkhidmat dengan baik.

Namun, keadaan-keadaan ini hanya mampu diatasi apabila semua pihak memahami tanpa meletakkan kepentingan peribadi dalam sesuatu urusan yang melibatkan semua. Kepercayaan perlu diberikan kepada mereka yang berikan kepercayaan kepada kita. Cubalah memahami. Tambahan lagi, andai kita Muslim ingatlah bagaimana Islam mengajar kita menguruskan manusia. Lembutnya Rasulullah SAW dalam meneladani semua umat. Indahnya begitu.

Salam sayang

Tiada ulasan: