Selasa, Mac 19, 2013

Coret-coret

Bismillahirrahmanirrahim.. pada pagi yang tenang ni, jari begitu teruja nak mencoret sesuatu di 'rumah' yang hampir usang sudah ni. Tengok-tengok last post 30 januari 2013.. Allah, hampir dua bulan tidak berbuat apa-apa pada laman ini. Status pun dah bertukar. Dari belum kahwin, alhamdulillah sudah berkahwin rupanya tuan punya blog ni. Allah, kehidupan sebenarnya sangat bermakna. Umur juga makin bertambah. Kini, usia penulis dah sampai ke angka 27 tahun. Jom jalan-jalan kat blog :)

28 Oktober 2012



Nak berkongsi dengan teman-teman pengunjung di laman saya ni. ha, 28 Oktober 2012, penulis telah selamat diijab qabulkan serta telah sah bergelar isteri kepada seseorang. Kejap je masa berlalu ye. Dah 5 bulan bergelar suami dan isteri. Besar pemberian dan pemurahnya Allah yang telah mengurniakan seorang pasangan yang menjadi teman susah dan senang di dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah ini. Matlamat perkahwinan tidak lain dan tidak bukan semata-mata meraih redha Allah taala dan mencari ketenangan. Di dalam perkahwinan ini, kita akan berusaha menunaikan hak-hak agama yang dituntut ke atas kita.. saling lengkap melengkapi. Saling memudahkan. Saling memenuhi seruan Allah. dan macam-macam lagi. Yang paling penting, nak pimpin tangan hingga ke syurga Allah. Mohon doa dari semua. Nak ajak teman-teman doakan semua muslimin dan muslimat supaya sama-sama bawa pasangan berpimpin tangan hingga ke Syurga. Sahabat-sahabat yang belum kahwin pun kita turut sama-sama mendoakan ye. Saya sayang anda semua kerana Allah. InsyaAllah, mana tahu kita akan bersama di SANA nanti. doakan ye..

Saya suka dengan ayat ini.. pemurahnya Allah kan..

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

(ar-ruum : 21)


Sesungguhnya saya sangat bersyukur dengan anugerah ini. Sebab kita tahu, pernikahan bukan sekadar nak hidup kat dunia. Kalau boleh, nak sama-sama hingga ke SANA. Moga-moga Allah kurniakan kasih-sayangNya yang berkekalan serta dijauhkan daripada perkara-perkara kufur sepanjang meneruskan kehidupan ini.

Em, selepas beberapa bulan kahwin, terpaksa berjauhan dengan suami. Sedih hati. Sebab pasangan ni bagainya nyawa kita. Ibarat hilang separuh dari kehidupan. :) sekadar luahan. ^____^ (berjauhan kerana tuntutan kerja).. ya Allah. Mohon kekuatan. Mohon dipermudahkan segala urusan saya dan suami. Semoga teman-teman yang lain juga dipermudahkan urusan. Dengan izin Allah, moga mudah semua urusan kita. Rasulullah SAW pun tak boleh berjauhan dengan isteri Baginda. inikan pula kita manusia biasa :)..

Suami saya ibaarat nyawa saya ^_____^

Alhamdulillah.

Sekian coretan pendek pada pagi ini. Santai post ni.

Tiada ulasan: