Sabtu, Ogos 06, 2011

::Usrah melahirkan rasa cinta kepada Allah::

Bismillah..

"Usrah" bukanlah perkara baru bagi mereka yang biasa berada dalam suasana tarbiyah atau didikan sesuatu organisasi/persatuan atau jemaah. Setiap Usrah mungkin berbeza dari sudut pendekatan dan pengisian, namun perkara asasnya adalah sama iaitu untuk mengikat hati anggota-anggota usrah dan membentuk individu yang memahami perjuangan sesuatu jemaah/organisasi serta 'berjalan' di lapangan selari dengan apa yang dikehendaki oleh dasar jemaah atau organisasi yang disertainya. Di dalam gerakan Islam pula, USRAH adalah tempat berkumpul anggota-anggota jemaah atas kesatuan akidah untuk mencapai matlamat akhir iaitu 'membentuk' sebuah negara Islam sebagaimana yang diwujudkan oleh Rasulullah SAW suatu ketika dahulu. Dengan USRAH inilah akan meneruskan 'pembentukan' mata rantai Sunnah Rasulullah SAW. Setiap anggota perlu memahami dan bersedia untuk ditarbiyyah agar dapat mencapai matlamat yang diperintahkan oleh Allah ta'ala.

KEFAHAMAN dalam USRAH akan menjadi mudah apabila kedua-dua pihak iaitu yang memberi dan yang menerima 'BERSEDIA' untuk ditarbiyyah dan 'MENDOKONG' asas-asas USRAH serta 'MELETAKKAN' diri dalam kalangan orang yang berjuang di JALAN ALLAH TA'ALA melalui perjalanan Sunnah ini.

Di samping itu, USRAH sangat menuntut kepada 'KESEDIAAN' menimba ilmu-ilmu yang akan menjadi pelengkap kepada pembentukan individu MUSLIM. Setiap anggota usrah perlu 'BERSEDIA dan SANGGUP' secara ikhlas menghayati dan beramal dengan ilmu yang diterima.

Usrah telah diperkenalkan oleh Hasan Al-Banna sejak awal penubuhan Ikhwanul Muslimin (tahun 1928). Sehingga kini memang banyak pihak yg memperjuangkan usrah. Usrah dianggap sebagai tulang belakang bagi pembinaan harakah Islam (pergerakan Islam). Malah, dalam teori pengurusan usrah terbaru, sekiranya sistem usrah diuruskan dengan baik, maka ia adalah asas bagi melahirkan kewibawaan dan pengurusan harakah yang terbaik. Ini kerana pelbagai aktiviti dan kegiatan da’wah dalam pelbagai suasana dapat dilaksanakan melalui usrah. Usrah juga dianggap sebagai institusi pendidikan yang lengkap bagi melaksanakan proses ta’lim, tarbiyah dan melahirkan individu-individu mithali.

Definisi usrah:

Dari segi bahasa, perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga. Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.

Dari segi istilah pula, usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan.

Sesuai dengan kalamullah yg Mz nyatalan di atas, kita perlu tolong menolong dlm kebajikan dan menghindarkan diri dari menolong dlm bentuk maksiat dan dosa. Harus juga kita fikirkan bagaimana cara utk kita menyelesaikan masalah2 umat kita pada hari ini terutamanya masalah social remaja yg semakin membimbangkan. Jadi dgn kaedah usrah @ halaqoh inilah akan membawa remaja2 kita pada hari ini utk lebih mendekatkan diri dgn ilmu2 agama. insyaAllah dgn adanya kaedah ini kita dpt mencapai matlamat melahirkan insane soleh dan solehah.

Tujuan Usrah:
Tujuan usrah ialah menghubungkan diri dengan Allah, merapatkan ukhuwah Islamiah dan kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam, mendalami fardu ain, meluaskan kefahaman terhadap Islam, dan memberi galakan dan bimbingan dalam ibadah kepada generasi muda.

Bukan sahaja kita mendalami ilmu2 agama termasuk mu’amalat ,malah dgn adanya usrah @ halaqoh kita lebih mendekatkan diri kita kpd Allah (taqarrub ilallah) secara total jika kita bersungguh2. Pada Mz usrah juga bukan sahaja mempelajari ilmu agama, malah lebih drpd itu. Sebagai contoh, riadah bersama2, makan bersama2, solat bersama2, melancong bersama2 dan byk lagi cara utk kita merapatkan lagi ukhwah sesama ahli usrah. Sangat indah bukan..?

Rukun Usrah:
Rukun pertama ialah berkenalan (taaruf) iaitu berkenalan sesama sendiri dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan berusaha menghindarkan sebarang kekeruhan yang merenggangkan persahabatan. Rukun yang kedua ialah bersefahaman (tafahum) iaitu bersefahaman dalam memahami Islam dan menghayatinya. Rukun yang ketiga ialah bantu-membantu (takaful) iaitu bekerjasama dalam amal makruf dan nahi mungkar, bersama-sama menggalakkan kebaikan dan bersama-sama menjauhkan kemungkaran.

Usrah akan menjadi lebih mudah apabila ada tiga rukun tersebut. Berta’aruf sesama sendiri boleh menguatkan lagi persaudaraan antara ahli usrah malah akan timbul rasa kasih dan sayang kerana Allah. Tafahum adalah meningkatkan persefahaman sesama ahli usrah dan meningkatkan kefahaman tentang Islam , menghayatinya secara syumul. Kesefahaman inilah akan menimbulkan semangat takaful @ ta’awun iaitu bantu membantu sesama ahli usrah dan tolong menolong dlm amar ma’ruf dan nahi mungkar. Malah jika ada ahli usrah yg memerlukan bantuan, wajib utk kita membantunya dlm erti kata mengurangkan beban ahli usrah tersebut. Setuju..?

Sangat indah apabila kita berkasih sayang krn cinta kita kpd Allah. Maka dengan adanya aktiviti usrah @ halaqoh sprt ini, kita akan menjadi manusia yg baik, malah akan memberi manfaat kpd manusia lain yg memerlukan pertolongan kita. InsyaAllah hidup kita akan indah seindah pelangi yg hadir selepas hujan. Moga sahaja apa yg kita lakukan akan mendapat barakah dan redha Allah..insyaAllah. (MZ_7 ramadhan 1432h)

::mengimbau kembali kesan USRAH pertama bersama Kak Najibatul Huda yang 'berlaku' pada tahun 2006. Subhaanallah, hanya sekali perjumpaan sahaja mampu mengikat hati ini dengan perjuangan Rasulullah SAW..moga Allah ta'ala menilai semua ini sebagai ibadah::

"pentingnya TUMPUAN HATI dan PEMBERSIHAN FIKRAH dalam memastikan kelangsungan SUNNAH NABI ini.."

Tiada ulasan: