Khamis, Ogos 11, 2011

::Kebersamaan...::

::Tanamkan Semangat Kebersamaan dengan Kondisi Dunia Islam::

Petikan buku CDRHAB:

Pemikiran dakwah Imam Hasan Al-Banna, boleh jadi memenuhi benak fikiran dan hatinya (Tsana). Tapi Tsana menyatakan, "Saya tidak pernah melihat ayah dalam keadaan marah di rumah." Menurutnya, yang dibina oleh Hasan al-Banna adalah suasana tafahum, iaitu saling memahami. Walau bagaimanapun, Hasan al-Banna tetap menanamkan rasa kebersamaan yang tinggi kepada keadaan kaum Muslimin terutamanya kepada mereka yang berada di Palestin. Ada satu peristiwa yang paling mampu membuat raut muka Hasan al-Banna berubah kerana memendam kesedihan sekaligus kemarahan. Peristiwa itu terjadi pada tahun 1948, ketika pasukan al-Ikhwan terlibat dalam perang di Palestin.

"Saya tidak akan lupakan selama-lamanya bagaimana pandangan mata ayah. Ibu bersama makcik dan nenek saya berada di sebuah ruangan, bersama-sama membuat kuih-muih untuk menyambut hari raya. Ayah memandang ibu dan berkata, "Ya ummu Wafa, apakah engkau akan membuat roti sedangkan ada 12 orang kader al-Ikhwan gugur di Palestin...." Selepas itu ayah meminta salah seorang pembantunya mengemas semua peralatan membuat roti dan kuih. Ibu saya tidak meneruskan usaha membuat roti dan sejak hari itu, ibu memang tidak pernah membuat roti lagi di rumah. Ibu setidaknya pernah membuat biskut, tetapi tidak pernah membuat roti, bahkan sehingga selepas ayah meninggal dunia."

Sumber: CDRHA, Bab Didikan Hasan al-banna kepada anak-anaknya. Muka surat 58. Terbitan: Alam Raya Enterprise.

...HALUSNYA PERASAAN SEORANG DA'IE YANG MENGHALUSI PERSAUDARAAN ISLAM...

Tiada ulasan: