Sabtu, Ogos 13, 2011

::Muhasabah tugas::

Berkata al-Imam "Sesungguhnya tugas melebihi masa yang ada"

Para pengunjung@pembaca sekalian,marilah kita sama-sama muhasabah tugas-tugas yang ada. Ambil masa menekuni kerja-kerja wajib dan harus yang ada dengan tenang. Semak tugas-tugas yang belum selesai samaada tugas sebagai individu atau daie. InsyaAllah, tekunilah tugas-tugas tersebut dengan baik..usaha untuk meng'amanah'kan diri mengurus tugas-tugas harian. (",) (yang akan diHISAB nanti...)



---menapis diri dengan amanah yang diberi---

---tekuni satu-satu tugas---

---yang belum selesai, cuba selesaikan---

---mainkan peranan dalam diri..

---walau banyak peranan samaada sebagai anak, pelajar, rakan, pekerja, daie dan sebagainya, yang penting perlu tahu IDENTITI@PERSONALITI@PEMBAWAAN.. (saya lebih suka tekankan di sini sebagai daie..semua kita daie.. kenal identiti diri..terutama 'pekerja-pekerja' Islam, tawaquf sejenak mengenali identiti sendiri supaya dapat bergerak di medan lapangan dengan jiwa 'besar', memandang semua manusia sebagai mad'u, memandang kehidupan dengan tenang, supaya dapat menguruskan segala perjalanan harian dengan 'mengharapkan' penilaian Allah.---

insyaAllah, segala usaha akan dinilai Allah ta'ala..


::pastikan ada saat bersama al-Quran::


::ada masa urus diri::

"Sesungguhnya Allah Maha Teliti akan setiap apa yang kamu lakukan".

PS: perbaiki hubungan dengan Allah..perbaiki hubungan dengan makhluk. "Berbicara dan mencatat tidak semudah 'melakukan' dengan anggota. Namun usaha untuk melakukan dengan sebaiknya perlu ada dalam diri. Inilah proses yang perlu kita bina. "bina dalam alam realiti".

"Tugas sebagai Hamba dan Khalifah tidak akan habis sehingga Allah memanggil kita pulang keSANA.. dan begitu juga bagi ahli GERAKAN ISLAM, tugas menegakkan ISLAM takkan pernah habis sehingga TERTEGAKNYA DAULAH ISLAM yang 'TERCIPTA' pada zaman Rasulullah SAW suatu ketika dahulu..

"Akhir sekali, salam tsabat/tetap di jalan ini.. selamat belajar memahami agama secara keseluruhan.. dan kepada yang telah diberi nikmat ini, banyak-banyakkan bersyukur kerana kamu telah diamanahkan membawa Sunnah BAGINDA..bagi yang belum merasai, teruskan mencari dan menghayati SIRAH serta Sunnah dan fahami tujuan HIDUP yang dianugerahkan Allah kepada kita. Fahami juga APA TUGAS UTAMA yang dilalui oleh Nabi-nabi ALLAH sepanjang zaman"

HALAKAN SEGALA-GALANYA PADA JALAN DAKWAH KEPADA ALLAH

YAKINLAH DENGAN JANJI-JANJINYA

wallahua'alam

~(",) tazkirah pagi~

Tiada ulasan: