Selasa, Ogos 16, 2011

::dunia dia..::

"tengok tu...!!!" dia muncungkan mulutnya sambil kepala mendongak ke atas dengan tangan menunjuk sesuatu di atas.

"apa Bal?" tertanya-tanya juga.

"tu.." ditunjukkan sesuatu dengan jari telunjukknya.

"Owh.." rupanya ada belon corak kartun "Ben10" tersangkut kat pokok.

"Bal mau? " terkebil-kebil anak matanya melihat belon tu.

"mau" diangguknya kepala.

"tapi tinggi.tak boleh ambil.biar kat situ ja ya" diangguk juga kepalanya.



Masing-masing melayan perasaan sendiri.

"Bal buat apa pula tu" tangannya mengorek-ngorek pasir pantai.

"Aku mau bikin rumah?"tangannya terus menguis pasir-pasir dengan sebatang kayu.

"Owh, buat rumah apa kat sini" walaupun rasa tidak berapa logik, tetapi itulah imaginasi kanak-kanak.

"mau bikin rumah batu.." dia terus membuat corak-corak di permukaan pasir.Kepalanya menunduk ke bawah.

"he..nanti siap,bagitahu kakak ya...mesti cantik rumah Bal" tersenyum-senyum sipu.




Terus melayan imaginasi dia..

Satu lagi..

"Belum siap rumah Bal?"

"belum.."Tangan masih lagi menguis pasir-pasir tu.

"sekarang Bal buat apa pula?" nampaknya dia mengorek kawasan lain pula.

"mau cari buaya disini.Dalam ni ada buaya.."dikorek-koreknya pasir tu.

"Mana buaya?kakak tak nampak pun.." Mata ni buat-buat tengok kat dalam lubang pasir tu.

"Ada.."bersungguh-sungguh dia dengan imaginasinya.

Itulah dunia kanak-kanak, terus dengan 'kebahagian' mereka..

* Bal.. nama sebenar IQBAL.. sangat petah dan matang walaupun baru berusia 5 tahun*

"Comel"



Masa kecil-kecil dulu, keluarga rajin bawa kami adik- beradik ke pantai..dalam setahun insyaAllah kaki ini akan menjejak pantai.. "gembiranya kanak-kanak ketika itu" mungkin itulah perasaan kanak-kanak. Orang dewasa hari ini mungkin kurang menghayati 'keseronokan' kanak-kanak disebabkan masing-masing berusaha membangunkan keluarga dengan segala keperluan hidup. Kadang-kadang kena 'layan' juga dunia kanak-kanak. Mereka akan 'gembira' dan 'seronok' dengan layanan yang kita berikan.

-Catatan Kenangan-

2 ulasan:

Rintihan 'abid berkata...

bukan kakak la... tp makcik.. hehe

::FaQirah alHawari:: berkata...

muda lg la..;) dh blh jd makcik utk ulfah..