Rabu, Oktober 12, 2011

musafir lalu ..

Jari mahu mencoretkan sesuatu di keyboard ini. Tambahan pula baru mendapat 'green light' dan 'motivasi' berterusan daripada beliau. Terima kasih sahabat saya yang sehingga ke hari ini memberi galakan, sokongan untuk terus menulis..Syukrn rumet e222.. terlalu banyak kenangan bersama temanku ini..setiap detik bersamanya membuatkan diri ini tersenyum. Mengingat kembali sikap, perangai, kelakuan dia membuatkan diri tersenyum.

Izinkan saya bercerita tentang kamu sahabat.. beliau seorang yang pemalu..tetapi terlalu baik,sangat prihatin kepada keperluan sahabat-sahabat yang lain dan senang menghulurkan bantuan.. seorang yang suka menelaah, pembaca novel, suka ziarah sahabat-sahabat, seorang yang tidak kisah apabila barangan diguna pakai oleh orang lain, sangat menghormati para pensyarah,suka membantu adik-adik,senang membantu dalam perjuangan,walaupun kadang kedegilan beliau diajak ke mesyuarat-mesyuarat atau program rasmi sedikit menguji kesabaran saya.. dan yang paling diingati sahabat-sahabat, teman kita ini tidak suka menjawab panggilan telefon..alasannya kesian orang yang membuat panggilan kehabisan kredit..inilah sifat paling halus sahabat seorang ni. Saya suka bercerita tentang beliau kerana kini setelah berjauhan kami senang berterus terang dan boleh terima kekuarangan dan kelebihan masing-masing. Terlalu banyak pengajaran hidup apabila kita bermuhasabah kekurangan dan kelebihan dengan sahabat yang memahami perjuangan kita. Teman ini merupakan teman yang sentiasa menegur, mengkritik, dan menyokong apa yang saya lakukan. Orang yang kerapkali mengganggu tidur saya dengan berceloteh impian serta harapan hidup serta harapan bersama perjuangan Islam.

Suatu ketika dahulu, sekiranya tidak ada aktiviti dalam kampus atau keperluan lain, beliau akan mengheret saya menziarahi sahabat-sahabat sekitar bandar Kuala Lumpur. Disanalah kami akan 'merantau'. Masa yang ada digunakan sebaiknya. Ketika itu, pelbagai adegan berlaku. Terjadi juga tabiat 'berkampung' di kedai-kedai buku sekitar Midvalley, Alamanda Putrajaya, Syabab Bangi dan meronda ke tempat-tempat lain. Semuanya memberi makna kepada hidup. Andai tiada tambang kereta atau komuter, kami akan 'sharing2'.. saling tampung menampung untuk menuju ke destinasi.

Usrah..
Part yang tidak boleh dilupakan.. teman ini merupakan seorang yang suka berkongsi..seorang yang suka mencari bahan rujukan.. walaupun malu-malu menuturkan kata..masih lemah lembut berkongsi ilmu.

e222..
Disinilah bilik operasi kami, bilik makan, bilik melepaskan kelelahan, bilik belajar,bilik bergerak kerja dan semua tertumpu di sini..bilik masak e220 lah:),puan musafir punya.. Apabila bermula musim assignment,exam,gerakerja dakwah, ketika inilah ada yang dipaksa berjaga malam. waktu untuk bertungkus lumus menyiapkan kerja. beliau tempat saya berbincang,.

famili,.
Teman ini orang yang rapat dengan keluarganya..kalau setiap minggu boleh pulang ke kampung, pasti dia pulang,. walaupun penat, mampu lagi dia tersenyum.. apa yang kami paling ingat, balik sahaja ke kampus, pasti ada bersamanya tomyam dan kek batik..:) riuh memanggil jiran-jiran menjamu selera..

Kini, walaupun tiada depan mata,saya mula belajar mengenali teman ini sebaiknya.. sahabat adalah cermin kepada sahabat.. moga Allah rahmati beliau.

Bertemu berpisah kerana Allah Syah..

"kisah hidup yang tak kan pernah berakhir.."


Sama-sama renungkan.. kata-kata hikmah persahabatn yang dicoretkan HAMKA dalam buku "Falsafah Hidup"

1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan

2. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap buat menjadi sahabat orang

3. Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu

4. Kesenangan hidpmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran

5. Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang

7. Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah

8. Jika engkau memeberikan sesuatu kepada sahabatmu, bererti memeberikan kepada dirimu sendiri

9. Pengubat jerih hidup manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat

10. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.

11. Teman yang ’ berudang di balik batu’ terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan, yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu

12. Cemburu perempuan kepada perempuan, memutuskan tali persahabatan

13. Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, alamat bahawa umurmu telah lepas dari zaman bercinta.

Bila diperhalusi, sukarnya diri sendiri untuk menjadi sahabat sejati kepada teman-teman yang ada.. sahabat yang baik ialah sahabat yang mempunyai sahabat yang tetap di dalam hidupnya.. Subhaanallah,.

Mahu menjadi sahabat fillah,
Faqirah Al_Hawari

Tiada ulasan: