Selasa, Oktober 11, 2011

::10 sahabat yang dijanjikan Syurga::

Assalamualaikum wbt.

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, dan seluruh umat Islam ..syukur diatas nikmat yang dikurniakan.

Kali ini, saya teringat 10 nama sahabat yang dijanjikan Syurga oleh Nabi Muhammad SAW.

Pernah suatu ketika dulu, abang-abang fesi menyoal adik-adik di dalam sebuah tamrin. :) Masing-masing kelam kabut mencari jawapan.. "kamu ni, berapi bercakap pasal perjuangan, pasal gerakan, bila tanya pasal sahabat, semua tak tahu!" ayat provokasi.. adik-adik semua berdiam diri.. kakak-kakak fesi pun turut memerahkan minda ni, mengingat kembali nama-nama para sahabat tersebut.

Sama-samalah kita mencari sebab kenapa mereka dijanjikan Syurga. Antara keperibadian dan komitmen mereka kepada Islam sebenarnya menjadi kayu ukur yang meletakkan nama-nama mereka di dalam senarai sahabat yang dijanjikan Syurga Oleh Nabi.Kecintaan yang sebenar-benarnya kepada Allah ta'ala sehingga melahirkan jiwa yang rindu Syahid, jiwa yang sentiasa segar dengan ruh Islam, jiwa yang sentiasa segar untuk meninggikan kalimah tauhid, jiwa yang berusaha memartabatkan perintah Allah di muka bumi. Kecintaan sejati adalah apabila dapat meletakkan perintah Allah di hadapan serta dapat menegakkan kalimah tauhid di dalam kehidupan. Bukan mudah untuk melaksanakan seruan ini melainkan berbekalkan ilmu, pengalaman, mujahadah serta keyakinan yang benar kepada janji Allah ta'ala. Hati yang sebegini sangat jernih dan bening dalam melangkah. Setiap saat kehidupan dan hembusan nafas memikirkan tentang Islam. Segala rintangan dihadapi dengan tenang serta mengharapakan petunjuk Allah ta'ala. Orang-orang yang cintakan Allah sentiasa seiring dalam imannya mentauhidkan Allah. Segala rintangan dan halangan dimuhasabah supaya tidak menjejaskan keimanan.

Alhamdulillah, sama-sama kita hayati nama dan kisah para sahabat ini. Antara 10 orang tersebut ialah:

1-Abu Bakar As-Siddiq
2-Umar bin Al-Khattab
3-Usman bin Affan
4-Ali bin Abi Tolib
5-Abu Ubaidah AL-Jarrah
6-Talhah bin Ubaidillah
7-Saad bin Waqqas
8-Said bin Zaid
9-Abdur Rahman bin Auf
10-Zubair bin Awwam

(Dalam hal ini, terdapat kemusykilan rakan pembaca tentang nama-nama sahabat ini.. ada atau tidak sumber berkenaan mereka. InsyaAllah, disini ada dinyatakan sumber hadis tersebut.Sekiranya sahabat pembaca mempunyai sumber lain yang lebih soheh, boleh kongsikan disini.Sama-sama kita mencari ibrah untuk lebih mendekatkan diri dengan sirah para Sahabat supaya lebih dekat dengan Sunnah..)

Sumber hadis:

10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut :


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو

Ertinya : “ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )

Salam perjuangan,

faqirah Al_Hawari.

"hidup untuk Islam , mati kerana memuliakan Islam"

"Setiap hembusan nafas yang berusaha mentauhidkanNya..Allah permudahkanlah.."

Tiada ulasan: