Isnin, September 26, 2011

::Selesa tanpa formal..::

bismillah..

Astaghfirullahal 'azim
Astaghfirullahal 'azim
Astaghfirullahal 'azim

Selesa tanpa formal




Asal bekerja harus terutama bagi Muslimah/wanita..bukanlah menjadi sesuatu kewajipan..sekiranya disana ada keperluan, dibolehkan..

Suasana kerja hari ini sebenarnya banyak mementingkan profesional yang kadangkala terlalu formal untuk membentuk sesebuah ikatan persaudaraan..kadangkala kerana menjaga status atau pangkat juga menyebabkan ruang untuk berkenal-kenalan menjadi sesuatu yang dipandang pelik atau istilah mudahnya “mencuri masa kerja” ..mungkin terbawa-bawa dengan cara yang tidak Islamik..matlamat kerja Islam adalah tertumpu kepada kerja dan ibadah,jadi sebarang kerja akan memberikan keselesaan walau dalam keadaan apa sekalipun..namun, apabila sesuatu pekerjaan bermatlamatkan tujuan dunia semata-mata, maka kita akan jadi orang yang kurang peduli kepada perasaan..benarkah begitu?walau apa-pun, kita memang perlu “mencuri masa” untuk bersaudara..(kadang masih rasa terbatas untuk berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling apabila fokus kerja menjadi keutamaan dalam beberapa keadaan. Saya kurang selesa suasana formal walaupun berkhidmat dalam profesion yang formal..sentiasa cuba untuk perbaiki keadaan..akal yang berfikir sebenarnya menjadi pantulan kepada hati seseorang..mungkin rakan yang lain ada juga berperasaan sebegini.Cuma belum tunjukkan secara terang-terangan..

Satu lagi fenomena bagi guru..”jangan layan sangat budak-budak ni, nanti naik kepala”..selalu kita dengar kata-kata begini dari rakan-rakan guru..saya sendiri kurang pasti pendekatan tidak melayan murid ini perkara yang betul atau apa sebenarnya..janganlah semata-mata untuk memberikan kefahaman ilmu akademik, guru mewujudkan jurang dengan murid..sebenarnya dalam tidak sedar, pendekatan sedemikian memberikan kesan kepada perasaan dan tingkah laku kanak-kanak. Namun begitu, ini tidak bermakna mereka tidak beradab..pendidik perlu sentiasa tekankan adab berguru,adab sebagai pelajar,adab dengan orang tua,adab sebagai muslim..kalau kita kembali kepada sirah, Nabi merupakan guru, pendidik yang paling halus akhlaknya kepada kanak-kanak..saya rindu suasana pendidikan yang begitu.,.membina suasana pendidikan yang berada diatas landasan kenabian yang bertunjangkan tauhid kepda Allah ta’ala.. adakah ini soal keyakinan kepada sistem pendidikan secara Islam?


Setelah merenung kembali zaman sebagai kanak-kanak di sekolah rendah dulu bagaimana kita dilayan..bagaimana kita diajar…bagaimana kita dididik…terasa rindu yang amat.. pentingnya matlamat,adab,akhlak pendidik dalam membentuk generasi rabbani..insafi diri untuk menginsafi insan-insan lain..ya Allah,rindu untuk membina suasana pendidikan cara Nabi dan para Sahabat yang kesannya berpanjangan..
Walau apapun, sama-samalah mendidik generasi-generasi cilik untuk mengenal Tuhan dan mampu mengekalkan momentum sebagai Muslim..sesungguhnya hidayah dan taufik itu milik mutlak Allah ta’ala..namun, mujahadah dan kesungguhan hamba menjadi kayu ukur untuk diperkenankan oleh-Nya..

Tetaplah melayan perasaan kanak-kanak walaupun dirasakan tiada kaitan dengan akademik mereka..kerana itu semua akan membentuk keperibadian mereka di masa hadapan..tetaplah memberikan senyuman kepada mereka..”jangan takut jatuh status” =) senyum berpada-padalah..natural..

"senyum untuk mereka , mereka akan senyuman untuk kita.."

"insafi kelemahan diri untuk menginsafkan insan-insan lain.."



Sedikit renungan untuk pengunjung yang dikasihi dan buat diri yang dhoif ini..”
-bingkisan surah al-hujurat ayat 10-12-

“ sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

“ Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

Salam muhaasabah

Faqirah al-hawari..

~kelelahan di dunia yang sementara akan menjadi pengubat di Akhirat sana..namun, ketakutan untuk menghadap Ilahi di atas segala kekurangan, kelemahan diri sentiasa menekan hati,jiwa,perasaan sehingga melahirkan perasaan HARAP DAN TAKUT pada-Nya..Allahurabbi...moga Allah sentiasa memandu hati dan akal ini untuk terus mujahadah meraih taufik dan hidayahNya..moga sentiasa terpandu untuk 'menggabungkan' diri dengan cara dan petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam urusan peribadi,keluarga,masyarakat dan seluruh kehidupan..-manfaatkan hidup yang sementara..~

Tiada ulasan: