Jumaat, September 23, 2011

::Masih ada kesempatan...::

Perjalanan ke suatu tempat sangat dituntut oleh Allah ta'ala.. kita dianjurkan melihat kejadian-kejadian alam, merenung ciptaan-Nya, merehatkan minda, mencari segala hikmah yang dapat mendekatkan diri kepada-Nya walau dalam keadaan apa sekali pun..

Seronok berjalan ke tempat-tempat baru..melihat orang sekeliling.. memahami kehidupan orang lain.. dan merapatkan persaudaraan.. saling bertegur sapa, menghadiahkan senyuman..dan memberi makna kepada hidup..

----

Perjalanan ke Kota Kinabalu yang memakan masa selama lebih kurang 6 jam memberikan satu pengalaman kepada KM..jalan yang berliku lebih kurang beratus-ratus kilometer panjangnya sangat menguji..ya Allah.. dalam hati dan kepala ni berfikir.."mungkin begini juga hidup..terasa banyak halangan, tetapi di penghujungnya kita diberi kerehatan juga..".. sama juga dengan jalan raya ni, bersimpang siur, tetapi akhirnya ada juga tempat berhentinya..



Perjalanan serampang dua mata:) moga sedikit usaha ini mampu memberi sesuatu yang bermakna kepada perjuangan ini..walaupun sedikit biarlah ia menjadi momentum untuk berbakti kepada ummat..kerdilnya saya ini..terlalu kerdil..

Dua hari kami berkampung di Kota Kinabalu.. kawasan yang agak luas.. bangunan pun cantik-cantik dah:).. pantainya amat menakjubkan..tapi tidak dapat singgah..hanya memandang dari pesisir pantai sahaja..Allah hebat..terasa kecil diri ni..apa sangatlah nak dibandingkan dengan nikmat-nikmat yang Dia berikan..malu diberi nikmat kalau masih tidak bersyukur..termasuk diri sendiri..kena banyakkan bersyukur..kita mampu bergerak kesana-sini pun kerana nikmat Allah ta'ala..tiada yang mampu menguasai diri ini melainkan Dia..

----

Dalam perjalanan pulang, singgah solat di masjid pedalaman..yang mana gerejanya terlalu banyak..em, sebab tu kita disuruh berjalan melihat alam ni..dapat tengok keadaan masyarakat luar..selepas itu,singgah pasar-pasar sayur..berkenalan dengan peniaga-peniaga:)..

Akhir sekali, singgah tempat ikan..'ikan special'..hebat Allah..



Sedikit renungan...

Imam al-Qurtubi berkata, “Hati yang istiqamah adalah hati yang sentiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah, baik berupa keyakinan, perkataan, maupun perbuatan, hati yang istiqamah adalah jalan menuju kejayaan di dunia dan keselamatan dari azab akhirat. Hati yang istiqamah akan membuat seseorang dekat dengan kebaikan, rezekinya akan diluaskan dan akan jauh dari hawa nafsu dan syahwat.

Tiada ulasan: