Selasa, Julai 19, 2011

dariNya dan untukNya..

Bismillah..

"semoga setiap perkongsian akan membuahkan keimanan..mudah-mudahan...muhasabah dan peringatan untuk diri sendiri terutamanya"

..pemergian seorang Pimpinan Muslimat Malaysia, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Hj Ghazali sebenarnya memberikan satu 'perasaan' dan 'suntikan' kepada pendokong,pencinta dan penggerak Gerakan Islam di malaysia.. tiada perkataan yang layak diungkapkan untuk beliau melainkan mengenang semua kebaikan dan jasanya untuk ummat. Di dunia mungkin tidak disebut manusia..namun pemergiannya mudah-mudahan didoakan penghuni dunia dan di langit.. seorang mujahidah tidak memerlukan sanjungan dunia..tapi dia sangat TAKUT sekiranya menggunakan NIKMAT yang ada padanya pada jalan dan cara yang tidak HALAL dan diredhai..setiap detik denyut nadi dan nafasnya berfokuskan 'Allah taala'..seluruh hidupnya dalam 'penyembahan' kepada Sang Pencipta..cinta yang tulus untuk Allah..semua aspek kehidupannya akan diusahakan supaya di 'fokus' kan kepada Allah.. Allahuakbar..

Pimpinan Muslimat

Pengalaman mendengar cerita-cerita/tunjuk ajar dari pimpinan, ana merasakan aura/nur/cahaya yang ada pada mereka..dunia tidak mengiktiraf usaha mereka 'mendidik' ummah..namun di sebaliknya mereka terlalu 'prihatin' terhadap ummah.. berada di samping mereka membuatkan diri tersangat kerdil..tidak layak untuk bergelar 'seorang pejuang agama'..Allahurabbi...namun Allah telah berikan hikmah.. walaupun tiada yang menyebut usaha di dunia, namun Allah sentiasa ada untuk 'menilai' usaha kita...ya Allah, dari sekecil-kecil perkara hinggalah perkara yang besar...complete dengan cara hidup Islam.... hati yang SATU.. Solehahnya seorang mujahidah itu apabila segala uasahanya sentiasa mengharapkan pandangan Allah...segala ilmu diamalkan untuk diri sebelum 'diturunkan' kepada insan-insan lain...

Panjang sebenarnya proses 'pembentukan' diri mereka.. Allah akan sentiasa berkati dan membantu insan-insan yang berusaha untuk 'meraih' cintaNya.. jadikanlah insan-insan ini umpama Khadijah, Fatimah,Khaulah, Sumayyah dalam menegakkan agama-Mu ya Allah...Amin ya Rabb...Tulusnya cinta seorang srikandi...

Apabila direnung-renungkan, seluruh kehidupan mereka diusahakan untuk berada di dalam ketaatan serta mengharapkan'pandangan' Allah... dari aspek bekerja,berkeluarga,bermasyarakat,bermuamalah dan di dalam semua perkara...

ya Allah,kurniakan kami cinta setulus Khadijah..

Kurniakan kami hati setabah Sumayyah..

Kurniakan kami hati seikhlas Khaulah..

---HATI---

"apabila sentiasa diuji dengan banyak urusan, maka zikrullah dan istighfar perlu seiring dengan denyutan nadi dan hembusan nafas..."

Wallahua'lam..

moga menjadi syafaat di SANA..Allahumma Ameen..


FaQirah AlHawari

2 ulasan:

atie berkata...

semoga perjuangan kita walaupun sebesar zarah dirahmati dan diredhai Allah SWT...

::FaQirah alHawari:: berkata...

mudah2hn kak..prlu sntiasa muhasabh dn tetap fikir srta krja utk Islam..teruskn brsabar dgn jnji2Nya.itu yg pasti.jnji Allah jg lh yg mnjdi kkuatan,.