Khamis, Julai 14, 2011

::sepetang di Proton Servis::

Bismillah..

Kereta dan keperluannya..

Kadang-kadang rasa 'remeh' kerja-kerja servis dan cuci kereta .. selalu fikir "Allah, nantilah servis.." bertanggung-tangguh.. bukan sebab apa pun.. rasa 'remeh' sebab kena menunggu masa yang agak lama untuk 'kerja-kerja' servis tersebut.. :) tangguh selagi bacaan kilometernya tak melebihi apa yang tercatat di kad .. bila dah mencapai bacaan tu, kena lah servis juga..

Untuk mengatasi 'kelapangan masa' sepanjang menunggu kereta siap diservis, majalah dan laptop menjadi teman.. dan rasa terpanggil untuk mencoret tentang servis kereta hari ini..(sambil-sambil menunggu)..

Daripada tingkat bawah, beralih ke tingkat atas yang disediakan meja dan agak senang untuk menulis atau membaca berbanding di tingkat bawah yang menjadi tempat pengurusan antara premis dengan pelanggan..tidak selesa untuk membuat hal sendiri apabila berdepan dengan keadaan yang ramai di tingkat bawah..

Alhamdulillah, kosong di atas.. sunyi juga..

..dua tiga minit, datang seorang 'aunt' cina..

kami berbalas senyum.. tak tahu nak mulakan bicara..

akhirnya kami memulakan perbualan..

Aunt ni seorang 'surirumah' ..

..menarik..

sekadar bertanya tentang kehidupan harian beliau..

"kenapa aunt guna kereta ye?"..

"senang mau beli sayur..pegi pasar..

...kami berkongsi-kongsi cerita,, bagus juga aunt ni.. bersemangat walaupun telah agak 'berumur' dalam 50 an..

..dia bercerita tentang ahli keluarganya,anak-anaknya..

..hal-hal perumahan,..hal-hal sandakan..

:) kali pertama ada orang panggil ana 'amoi'.. rupa2nya amoi ni gelaran untuk 'pemudi' ..

"saya takut gelap .." kata aunt..

..kami pun beralih ke topik tenaga elektrik di kawasan sini..akhirnya aunt menyatakan 'ketidakpuasannya' tentang ketidaksamarataan antara tarif elektrif di sini dengan semenanjung.. "ana sendiri belum tahu berita perbezaan kadar ni".. xpelah, info baru..

..berkesempatan juga berkongsi tentang himpunan 'gelombang kuning' di ibu kota baru-baru ni..

"saya rasa tak betul tu.."kata aunt..

Aunt ini tidak setuju sebab mengganggu orang awam dan memburukkan suasana..

:) "tidak mengapa"..mungkin belum terdedah dengan isu sebenar..

"em, aunt mengundi?"

"ya, saya mengundi..saya undi ROKET punya tu.."

"ha, roket?" ..dalam hati terbayang-bayang 'siapa' yang bawa parti ROKET ni..

"owh.."

..sekian..

kereka pun dah siap servis..

SEDIKIT RENUNGAN..

"kenderaan ciptaan manusia pun memerlukan penyelenggaraan dan bekalan untuk terus berfungsi dengan baik, jadi kita manusia yang dicipta Allah juga memerlukan pengisian jiwa untuk teruskan hidup..jasad dan jiwa memerlukan 'BEKALAN'.. lagi jauh perjalanan, lagi banyak 'bekalan' yang perlu disediakan...Allahurabbi...salam mujahadah.."

Tiada ulasan: