Sabtu, April 09, 2011

::teruskan perjuangan...::

Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..hanya rahmat dan keredhaan Allah diharapkan sepanjang perjalanan ini..~

Berkata seorang sahabat.."kak, pernah dengar x lagu air mata mukmin?" waktu itu kami sedang menyiapkan kerja-kerja amal Islami..moga-moga amal ini diterima Allah dan dapat membentuk jiwa perjuangan di dalam setiap perjalanan hidup ini..

"kenapa dengan lagu tu? kami tanya sahabat tersebut..

"ha..best lirik dia..ana suka lirik die.." katanya..dan terus dia meniru nasyid tersebut..."..kalau buka kerana perjuangan, relaku berkelana mencari Tuhan..."..Allahurabbi, hanya hati yang mampu mentafsir lirik tersebut dan kepada SIAPA harus kupulangkan rasa syukur ini.. kesyukuran kerana terasa bahagia dengan jalan yang Allah kurniakan ini..Allahuakbar...

--off--- ( :) pengenalan post kali ini..) keinginan berkongsi di sini telah menggerakkan jari-jari ana untuk menaip petang ini..Allah menggerakkan hati.. tambahan ana mengambil kata motivasi dari ustaz Riduan mohamad Nor dalam buku beliau 'Cinta Di Langit GAZA"...

"Namun dalam sisi tampang yang lain, tersayat kebimbangan yang cukup tajam dalam kepala saya untuk mencurahkan suka duka pengalaman pahit manis sepanjang dalam gerakan membantu masyarakat, bimbang akan tergelincir dalam jurang riak yang membakar hangus pahala dan membumbung dengan rasa bangga diri. Populariti merupakan sesuatu yang harus dicurigai kerana ia mungkin mengheret kita ke jurang riak yang sum'ah, bimbang kita akan menjadi insan yang muflis di akhirat . Namun perasaan bersalah ini cuba diredakan dengan meyakinkan nurani saya bahawa pengalaman hidup mestilah ditulis kerana ia akan ditatap oleh generasi akan datang yang mungkin akan dapat memberi motivasi untuk sama-sama menuai bakti. Kelak sejarah akan membuktikan bahawa kita semua wujud untuk memaknai sebuah kehidupan yang sarat dengan pengulatan hak dan batil, Islam dan jahiliah, benar dan belot."

-----

pada sesi usrah suatu ketika dulu, ana tertarik dengan kata-kata seorang kakak "Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan dalam kesempitan"..Allah...

sahabat-sahabatku, membuat gerakerja Islam dan menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah ini adalah suatu kenikmatan dan kebahagiaan walaupun ia sarat dengan pelbagai mehnah serta halangan..namun, apa yang paling utama dalam perjalanan ini adalah bekalan 'takwa' dan 'ikhlas'...hanya ALLAH...biarlah tidak diiktiraf dunia asal kau tahu bahawa kerja buat kita untuk meraih Syurga-Nya...selagi diberi nikmat ini, peliharalah..mohonlah ketetapan hati untuk bersama menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah...

-----

Bukan semua yang diberi nikmat ini..nikmat berada dalam perjuangan.. namun, kita boleh pilih..di sana ada jalan untuk berada dalam perjuangan Islam.. dengan syarat, pasakkan dalam hati 'ikhlas' untuk bersama jemaah..andai di dalam hati sudah berniat selain Allah dan Rasul-Nya, mungkin natijah berjemaah tidak sampai kepada matlamat 'bahagia' yang kita inginkan..

-----

Hari ini kelihatan ramai dari kita melakukan gerakerja Islam atas pelbagai platform dan NGO..Alhamdulillah..semoga segala amal kerja itu mendapat 'bahagia' di SANA dan berada dalam landasan Sunnah Perjuangan Rasulullah..

sahabat-sahabat seperjuangan, peliharalah aqidah...

Perjalanan meredah laluan perjuangan ini mendidik ana untuk berfikir dan merenung hakikat perjuangan.. semua kita sedang berjuang..hatta kanak-kanak sekalipun berjuang..perjuangan itu berbeza ..bergantung kepada matlamat masing-masing..

Ingin sekali ana kongsikan tentang 3 'istilah' aqidah yang telah mencetuskan ana untuk berfikir terus-terusan tentang perjuangan..

--Akidah Islam---
----AkiDah PerJuanGan---
------AqiDah HaRAKi..---

ana terfikirkan bahagian akidah ini apabila melihat keadaan kehidupan ummat hari ini..serta kaitan hidup kita dengan kehidupan harian kita..tambahan pula, semua Muslim berjuang..namun perlu dilihat kembali, terdapat juga di luar sana yang berjuang namun tidak mengendahkan kemungkaran yang dilakukan 'orang-orang tertentu..ramai juga ahli-ahli agama yang berjuang atas dasat agama..namun, dalam sudut lain, mereka pejamkan mata dalam hal yang melibatkan kezaliman pemerintah..ini adalah hakikat.. dan akhirnya ana membuat kesimpulan untuk setakat hari ini bahawa hanya 'aqidah haraKi' yang boleh membentuk perjuangan sebenar sebagaimana perjuangan Rasulullah SAW..Allahuakbar...

sekian..

coretan petang..

musliha,.

~sebelum bertemu Syurga, pastinya kita kan bertemu dengan maUT terlebih dahulu...~

salam ceria dan tenang dalam iman..~

1 ulasan:

ZAITON MUHAIMIN berkata...

Semoga kita tsabat dalam jalan juang ini. Ada kala kita kuat, ada kala kita lemah. Mohon doa sahabat2 juga agar diberikan ketabahan dalam menghadapi segala mehnah. =)