Rabu, Mac 30, 2011

::mendidik@mengajar::

Assalamualaikum wbt..

salam ketenangan..



Alhamdulillah, tahun ini sudah masuk tahun kedua berada di bumi sandakan..3 disember 2009 melapor diri di sekolah..hari ini sudah 30 mac 2011..begitu cepat masa berlalu..apabila dimuhasabah balik, apa yang telah ana sumbangkan disini, terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan ..apa-pun, insyaAllah, berbekalkan ikhlas dan harapan untuk memberikan 'sinar'serta menjadi sebahagian 'mata-rantai' tugas Para Murabbi, semuanya dapat diteruskan .. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah Ta'ala di atas kurniaan nikmat dan rahmat ini..kadang berdoa, "ya Allah, biarlah aku susah dalam mendidik..itu lebih disukai daripada 'berbahagia' dengan kehidupan sendiri...kerana dengan kesusahan, kita akan rasa kemanisan 'berharap' kepada Tuhan.. tiada siapa lagi yang dapat kita harapkan melainkan Allah Ta'ala.. keyakinan ini semakin menambahkan rasa cinta pada Dia..kesusahan yang makin membuatkan diri rindu untuk berada di jalan Allah.. namun, kadang malu dengan kekhilafan dan kelemahan diri..lantas membuatkan diri ini terduduk dan tertunduk menginsafi diri.. keadaan ini lebih ana suka daripada tidak diberi apa-apa ujian.. ujian makin mendekatkan kita pada Pencipta.. diri akan sentiasa mengharapkan 'pandangan' Allah tidak kira waktu susah atau senang.. dan sentiasa mengharapkan 'diberi' nikmat iman ketika ditimpa musibah dan juga ketika saat menerima kebaikan..



Selama berada di sini, baru ana terasa susahnya untuk membawa seseorang kepada agama..berdepan dengan insan-insan yang agak berbeza latar belakang agama,sosial, budaya dan kehidupan sebenarnya merupakan satu cabaran kepada pendidik/pendakwah ni..inilah satu 'kebahagiaan'..namun, terselit 'ketakutan' sekiranya 'tidak berbuat apa-apa'.. Pemurahnya Allah kerana memberikan kita jalan untuk mendapat pahala.. Dia memberikan jalan untuk kita bersabar.. Dia beri kita jalan untuk rasa bersyukur..Subhaanallah, terlalu banyak sesuatu yang 'tersirat' di sebalik semua yang berlaku..



"mus, tak rindu famili?". kadang-kadang selalu juga soalan ini ditanya pada ana..:) siapa yang tak rindu keluarga sahabat.. terlebih rindu sudah ana ni.. hati dikuatkan..insyaAllah, apabila ana tiada bersama mereka, ana serahkan mereka pada Allah dan Rasul-Nya..diri juga tidak putus-putus mendoakan moga keluarga di kampung dipelihara iman dan dimudahkan segala urusan.. ana tahu umi abah rindu anak dia ni..takpe, ada ganjaran besar menunggu..insyaAllah..ana sentiasa bisikkan di hati, "umi, ku doakn agar Allah mnjadikan umi 'khaulah' di sisi-Mu..".. pahala seorang ibu yang membenarkan anaknya berjuang di sini..

Kita akan sentiasa tenang dan bahagia apabila tempat jatuhnya ketenangan dan kebahagiaan itu disandarkan kepada Allah serta sumbernya adalah Allah..moga tetap istiqamah dan tabah mengharungi kehidupan..

Sekian..

Musliha,

Sandakan.

Tiada ulasan: