Sabtu, April 09, 2011

::'tanam' akidah???..::

Assalamualaikum wbt..

Pertama-tama sekali, salam perjuangan..ya Allah, lembutkan dan tundukkan hati kami dalam meneruskan agenda pentarbiyahn diri untuk menuju Akhirat-MU..(mata mahu tidur..tapi hati masih ber'gerak'untuk menitipkan sesuatu di 'teratak' KM ini..)..Allah datangkan 'tentera'-Nya malam ini..HUJAN..

..jumaat petang bermulanya program Islam untuk adik-adik sekolah men ST Sung Siew..tidak dapat hadir petang tersebut, hanya melibatkan diri di dalam slot Latihan Dalam Kumpulan pada malamnya sahaja..petang jumaat menaip modul..modul Aqidah..atas bantuan sahabat, Alhamdulillah siap modul..terasa berat nak bina modul ni..bab-bab aqidah.. awalnya pembinaannya memang lari dari tajuk kuliah yang disampaikan ustaz, maklumlah modul dibina tidak berdasarkan tajuk khusus..apapun, semua itu dapat di'murni'kan..apa yang penting, cara penyampaian setiap fasilitator perlu jelas serta dapat difahami adik-adik..kesimpulannya, modul perlu dibina untuk menyampaikan sesuatu agar mudah difahami..(ana membayangkan adik-adik tu besar-besar..jadi mula lah fikir bagaimana nak sampaikan semua ni..)..rupa-rupanya majoriti baru tingkatan 1..enjoy-enjoy lagi adik-adik ni..maklumlah baru lepas sekolah rendah.. turun tangga pun masih ada yang menjerit, termasuk pelajar lelaki ~..

...semasa modul dilaksanakan pada malam tersebut, fasi yang banyak 'memberi'.. adik-adik ada juga yang bertanya.. dalam sesi ni, paling penting, tekankan tentang aqidah pada Allah..tanamkan awal-awal.."tekankan syahadah..sentiasa perbaharui syahadah.."..

Disini ana dapat lihat apa sebenarnya yang menjadi faktor utama kepada pembinaan aqidah dan akhlak mereka ini..salah satunya adalah persekitaran keluarga..di sekolah mereka belajar..tetapi hilang apabila bersama keluarga..subhaanallah..maka pentinglah bagi kita yang 'bersama' mereka ketika ini 'menanam' kaedah untuk mereka semai akidah dalam diri..apabila sudah ada 'sesuatu' pegangan dalam diri,insyaAllah mereka akan 'selamat' untuk meneruskan kehidupan...

..."sifirnya. aqidah ni ibarat akar pokok..kuatnya akar tu bergantung kepada sejauh mana kita jaga..kalau kita siram, lagi suburlah akar tu..tapi bila kita biarkan,layulah ia dan bila-bila masa boleh tumbang.. dan "kamu jadilah seperti 'ikan' ..tidak berubah rasa walau di mana ia berada.. "dan sentiasalah merasakan Allah ada.." dan jagalah hati kamu.. "orang lain takkan dapat curi hati kita..sebab hati tu hanya ada dlm badan kita.."..

"sentiasa buka tafsir al-quran..walaupun xtahu baca,tengok maksud-maksud dia..semua tu kata-kata Allah.."

Subhaanallah...subhaanallah...subhaanallah...

---berbalik pada HUJAN malam ini---

---lebat
-----seolah merintih..
------apa petandanya??
-------mesej dari Allah??

...bunyi hujan ni makin membuatkan kita muhasabah diri..melihat ke belakang...semak urusan hidup yang lepas-lepas..

...petang tadi sempat juga limpas 'lalu' tepi pantai, air pasang.. "merenung dalam diri..membaca mesej kejadian alam..."tiada masa untuk 'berpangku tangan'..cuma mengharapkan hidup-hidup yang dilalui dipenuhi dengan agenda-agenda tarbiyah dari Allah ta'ala.. terlalu penting untuk menjadikan hidup kita dalam 'skop' atau lingkungan 'tarbiyah' .. tarbiyah boleh lahir melalui: ~kita sendiri yang mencetaknya, atas desakan keadaan, dan dari Allah ta'ala itu sendiri.. ikhlaskan diri untuk mentarbiyah diri .. tarbiyah bukan sahaja berbentuk dasar, tapi ia juga berbentuk praktikal..iaitu bagaimana kita persembahkan kehidupan harian kita untuk Allah..ia merangkumi 'bagaimana' kita mengurus rutin harian tanpa abaikan perasaan 'berTuhan'..perasaan ber'Tuhan' ketika bersendirian, perasaan ber'Tuhan' ketika bersama keluarga, perasaan ber'Tuhan' ketika bersahabat, perasaan ber'Tuhan' ketika bermasyarakat...semua perkara ini perlu sentiasa dimuhasabah..apabila kita sentiasa muhasabah perkara-perkara ini, secara tidak langsung kita akan cuba memenuhi hak-hak mereka yang bersama kita..

~sama-samalah kita mendidik diri~

Wallahua'alam

-banyak lagi yang perlu di'renung-renungkan'-

salam ceria dengan Iman dan Islam~

Tiada ulasan: