Ahad, April 24, 2011

::bersama mereka membuatkan kita bersyukur..::

..perjalanan kerana dakwah dan hidayah..

(AHAD)~pagi-pagi hari..:)

..dapat mesej..”Salam. utk makluman gotong royong pasti saidina ali 8 pagi ini. D jemput utk sama2 menjayakannya. TK..(ringkas dan padat mesej k.nani..guru pasti saidina Ali…)..

“berkira-kira mahu duduk di rumah sahaja hari ini…semalam baru habis sukan di sekolah..”em..xpelah…pergilah..insyaAllah ada sesuatu di sana nanti..

..bersiap dan gerak ke saidina ali..:) sejam lewat..

Sampai saja di pasti…beberapa orang ibu sedang bersarapan di ruang hadapan pasti..bapa-bapa di belakang… ana melangkah ke tempat ibu-ibu tersebut berkumpul..

“Assalamualaikum…maaf lambat kak..dah lama mula? Tangan menyalami ibu-ibu ini..
“baru ja ustazah..jam lapan tadi..”jawab kak riana selaku pengerusi JIBG pasti Saidina Ali..

..ana duduk bersama mereka..kelihatan di dalam pasti, 2-3 orang ibu sedang mengecat dinding pasti… bau tiner dan cat memasuki hidung ini..:) “biaselah bau cat…”

…ana turut menjamah makanan yang disediakan.. memang tidak membawa apa-apa ‘buah tangan’ untuk mereka…kedai kueh dekat rumah tutup hari ini..

Sambil-sambil makan, mendengar mereka bercerita.. dengan longhat sabahnya..tersenyum je diri.. mahu mencelah..tapi tak berapa faham juga celoteh yang bersambung-sambung antara mereka ini..”xpelah, dengar jelah..”

..sampailah pada sembang-sembang tentang hal anak-anak mereka di pasti..

Salah seorang ibu ini bersuara…”aku mahu mereka boleh baca bila aku mati ..tak mau mereka baca benda lain..”maksud benda lain tu merujuk kepada bacaan ayat-ayat di sebuah tadika bukan islam yang telah disuarakan oleh seorang ibu sebelum ini…”biarlah mereka belajar agama masa kecil..”tambah ibu tadi.. ana tersenyum sambil mengangguk..”bagus dah tu kak…budak-budak kecil mudah masuk apa yang kita ajar…”ana menambah.. “iya..kalau dah belajar akhirat ni insyaAllah pandai sendirilah hal dunia tu..”tambah dia lagi…ana tersenyum dan terpegun.. lontaran kata-kata dari ibu ini membuatkan ana begitu tertarik dengan beliau.. melihatkan kepada penampilan dan luarannya, sudah tentu kita tidak akan menyangkakan bahawa ‘ayat-ayat’ sedemikian akan keluar dari bicaranya.. Allahuakbar.. “betul tu kak..insyaAllah. bila diajar akhirat, dunia akan mengikut dengan sendirinya…”sekadar menambah.. Ibu muda ini juga bercerita tentang masa depan anak-anaknya.. Baru tahu, rupa-rupanya suaminya telah meninggal dunia tahun lepas..

“Ada hikmah bapanya meninggal..aku lihat sendiri masa tu kita perlukan agama..mengaji..”katanya..

“biarla aku hantar anak-anakku ke tadika Islam..biar dapat agama”tambah beliau..
Allah..hidayah Allah kepada mereka ini.. mereka mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka..terbaik bukan sahaja untuk dunia tetapi untuk akhirat juga..
“nak, biarkah kau tak jadi doctor ke engineer ke arkitek ke..tapi kalau kau dapat jadi imam muda pun sudah cukup..”sempat dia kongsikan bicara bersama anaknya sebelum ini kepada kami..

“xpe kak, insyaAllah besar nanti dia boleh dapat kerja-kerja tu.yang penting ada agama.. besar nanti bolehla jadi doctor, engineer, tu..”

..besar jasa dan sumbangan ibu bapa ini…bersungguh-sungguh mereka membangunkan keceriaan dan kemudahan di Pasti..

Teringat kata-kata Pengerusi Jemaah Ibu Bapa dan Guru Pasti Saidina Ali pada mesyuarat pertama bulan Febuari yang lepas..”Sekolah (pasti) ni tanggungjawab kita..kita tak dapat peruntukan dari mana-mana..maka ibu bapa sendirilah kena menyumbang untuk sekolah ni.. kita tak sama macam tadika lain yang dapat peruntukan..kita berdiri sendiri..”

Hari ni juga ada kata-kata dari kak Riana yang membuatkan ana tersenyum dan terharu…”guru-guru Pasti ni gajinya kecil..tapi ganjarannya besar..

Alhamdulillah…melihatkan senario begini di sebuah penempatan yang jauh dari ‘biah Islamik’ bagai menarik mutiara jernih mengalir di birai mata kita..semua ini kan melembutkan hati para daie untuk ‘berjalan’ di dalam kalangan mereka-mereka ini..





















~berjalan mencari hidayah dan mengenal erti syukur kepada Allah ta’ala~

salam ceria dan salam ketenangan :)

Tiada ulasan: