Selasa, April 19, 2011

::Bantuan dari LANGIT::

~selamat membaca dan menghayati....~

"Terlalu banyak cerita-cerita yang menerjah kuping telinga saya tentang kehebatan dan bantuan Allah SWT kepada pejuang-pejuang Palestin. Allah mendengar doa dan munajat umat Islam seluruh dunia. Saya terpana mendengar cerita kehebatan bantuan daripada Allah, kisah ini menambahkan keimanan dan keyakinan kita terhadap agama Allah SWT,..

Di antara kisah yang sangat menarik untuk di kongsi bersama ialah bagaimana pilot jet F16 Israel yang ingin terbang rendah di langit GAZA membatalkan hasrat mereka apabila ternampak lembaga putih yang tingginya mencecah awan di langit. Tentera Zionis juga melihat ribuan manusia berjubah putih lengkap bersenjata dengan segak. Inilah tentera malaikat yang turun membantu pejuang-pejuang Islam sejak zaman dahulu lagi.

Di medan Badar Al-Kubra, Allah telah menurunkan tenteta malaikat bagi membantu pejuang Islam yang jauh lebih kerdil berbanding dengan musuh, medan Badar pada 17 ramadhan tahun 2 Hijrah menyaksikan pertembungan yang sengit. Generasi al-Quran mengharungi medan tempur dengan lapar dan dahaga, apatah lagi dengan alat persenjataan yang jauh lebih kerdil berbanding dengan musuh. Seramai 70 orang musyrikin mekah telah berjaya dibunuh dan 70 orang yang lain telah berjaya ditawan oleh tentera Islam. Peristiwa ini memberikan motivasi kepada pejuang Islam di sepanjang zaman bahawa jumlah kekuatan poersenjataan bukanlah faktor mutlak untuk mencapai kemenangan kerana di sana ada faktor lain yang paling utama.

Peristiwa Perang Ahzab pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah juga menyaksikan bantuan dan pertolongan kepada pejuang-pejuang Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW. Tentera Islam yang berjumalah seramai 3000 orang terpaksa berhadapan dengan kekuatan tentera musuh seramai 10,000 orang yang dipimpin oleh Abu Suffian bin Harb. Musuh bergabung tenaga yang terdiri daripada Kafir mekah, Kabilah Bani Ghaftan, bani Murrah, Yahudi Bani An Nadir, bani Quraizah dan lain-lain lagi.

NAbi SAW dan para sahabat telah menggali parit dan kubu bagi menghadapi kekuatan musuh yang berlipat kali ganda. Dalam peristiwa perang ini Allah SWT telah menurunkan tentera malaikat yang membantu pejuang-pejuang Islam sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran.

Briged Al-Qassam yang merupakan sayap ketenteraan HAMAS seringkali diberikan pertolongan oleh Allah SWT. Pemuda-pemuda yang terpilih sahaja yang layak menyertai pasukan ini. Antara syarat yang asas ialah mereka mesti mendapatkan kelulusan imam masjid tempat tinggal yang boleh membuktikan bahawa mereka adalah pemuda yang berakhlak, mesti menghafal 40 hadith, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, menghafal al-Quran, tidak merokok dan sentiasa melazimi solat berjemaah. Dalam hidup saya, belum pernah saya melihat pemuda-pemuda yang sangat menyintai zikrullah. Pemuda Palestin sangat menitikberatkan persoalan persiapan akhirat.

Prasyarat kemenangan yang telah mereka pasak dalam diri mereka akhirnya mmebenihkan hasil. Kematian syuhada disertai aroma kasturi menebar di persekitaran, memberikan sebuah makna kepada pejuang bahawa peminangan mereka kepada bidadari telah diterima. Ada kuburan lama yang digali untuk menempatkan jenazah baru, tetapi jasad para syuhada yang sedia ada tidak reput malah berbau wangi.....Allahuakbar.... ~moga Allah berkati dan rahmati mereka...~



sumber: muka surat 1105, Travelog Aktivis kemanusiaan...'CINTA di langit GAZA'..hasil tulisan ustaz Riduan Mohamad Nor..Penerbit JUNDI RESOURCES..

Allahuakbar,..

bersihnya hati para pejuang di bumi anbiya'..

:) semoga dapat ambil 'ruh' perjuangan dan contohi sifat-sifat mereka...kerana Allah semata... salam perjuangan...

Tiada ulasan: