Rabu, Mei 04, 2011

::Biskut dan Ammar..::

Apa ada pada biskut? Dan apa kaitannya dengan Ammar?:).. hati sedikit ‘tersenyum’apabila teringatkan Ammar dan biskut..

Ammar baru berumur 5 tahun..sekarang bersekolah di prasekolah. Ibunya merupakan rakan kerja ana..setiap hari Ammar akan ke sekolah bersama ibunya.. ketika moodnya baik, dia akan menceriakan semua orang disekelilingnya dan orang lain akan terhibur dengan gelagat serta keletahnya.. namun apabila tiba waktu dia ‘undercontrol’..haa..agak sukar untuk ‘mengawal’ keadaan tersebut..dan ibunya hanya membiarkan dia menyendiri atau merengek..mungkin ada sesuatu yang menganggu emosinya ketika itu..kita pun tidak tahu naluri seorang kanak-kanak. Kadang-kadang kanak-kanak akan menunjukkan emosinya apabila dia diancam atau diri terasa diabaikan ..atau mungkin juga dia kurang selesa dengan persekitarannya..



Berbalik kepada Ammar dan biskut..

Sekarang Ammar suka memberikan biskut pada ana.. ada Jacob..munchy’s, Choco dan lain-lain..semuanya biskut comel-comel..

“Terima kasih Ammar.” Ana mengucapkan terima kasih kepada Ammar ketika kali pertama Ammar memberikan ana biskut.. Ammar diam dan tidak respon apa-apa..

“Mus, dia takkan jawab kecuali kita ucap ‘syukran ya Ammar..” ibunya mencelah..
“Owh, baru ana tahu..rupa-rupanya Ammar takkan jawab ‘sama-sama’ kecuali kita mengucapkan dalam bahasa Arab..

Ok…”Syukran ya Ammar..” ana mengulang kembali ucapan terima kasih kepada Ammar..
“Afwan ya Ustazah..”comel aja suaranya..tersenyum.. Ammar dan ibunya terus berlalu ke prasekolah..  tersenyum dengan gelagat Ammar..

Sejak hari itu, ana akan menerima satu biskut dari Ammar..boleh dikatakan setiap pagi.. dan hanya perlu mengucapkan “Syukran ya Ammar..”.. kalau tak, Ammar takkan jawab…

Pada suatu hari, ana menerima telefon dari ibu Ammar…”Mus, ada bawa biskut x?”..
“xde kak, hari ni tak bawa pula..knape kak?” rupa-rupanya Ammar sedang menangis di prasekolah sebab dia lupa bawa biskut..
Begitulah sedikit kisah seorang kanak-kanak…

PERMULAAN KISAH..

Sebenarnya, ..hanya sekali sahaja ana memberikan dia biskut suatu ketika dahulu, natijahnya hampir setiap hari ana menerima biskut dari Ammar..Allahuakbar.. dan biskut-biskut tersebut masih disimpan di dalam beg..ada yang belum dimakan..:)…
Apa yang mencuit hati, sampai sahaja di bilik guru..Ammar sudah tersenyum-senyum menghampiri ana dan menghulurkan biskut..tersipu-sipu dia membawa biskut tersebut..ada satu ketika, sekiranya di meja ana ada rakan-rakan kerja yang lain, Ammar akan tawaf sampai ke belakang dan menghulurkan biskut dari arah belakang..Ammar sebenarnya seorang yang pemalu..jarang bercakap melainkan ada ‘sesuatu’ yang manarik perhatiannya..

Kadang-kadang dalam hidup ini kita akan belajar sesuatu nilai ‘insan’ dari seorang kanak-kanak..

Dan dengan satu kali pemberian yang kecil, kita dibalas dengan pemberian-pemberian yang tidak putus-putus..

Moga-moga Ammar sentiasa punyai hati yang bersifat ‘ihsan’ dan ‘lembut’ terhadap ‘insan-insan’ yang berhadapan dengannya..Ameen…

Sekian dahulu coretan untuk kali ini..

..tak lengkap coretan tanpa kembali kepada ayat Allah.. tangan search dalil-dalil di laman sesawang.. Alhamdulillah, terjumpa dengan ayat yang sesuai..

"Memberilah, maka anda akan menerima lebih banyak.

Allah telah berjanji bahwa setiap yang kita sedekahkan akan dibalas 10 kali lipat, 700 kali lipat, bahkan lebih dari itu. Lebih baik anda mengorbankan yang sedikit demi mendapatkan yang lebih banyak dari sisi Allah. (lihat QS. Al An’am ayat 160 dan Al Baqarah ayat 261).


musliha,.

Tiada ulasan: