Rabu, Mac 23, 2011

untuk sahabat-sahabatku,..

Assalamualaikum wbt..

Semoga kalian semua sihat dan dirahmati Allah..insyaAllah,..

Kali ini ana mahu menitipkan sesuatu buat sahabat-sahabat seperjuangan khususnya..

Kehidupan kita semakin jauh...ujian juga makin banyak..namun,semua itu didikan dari Allah..insyaAllah..berbahagialah diuji..doakan semoga kita tetap beriman tatkala datang ujian-ujian sebagai tanda kasih Dia..tentera dan pejuang amat memerlukan 'peringatan' dari Allah..peringatan-peringatan itu bertujuan untuk menguji tahapiman kita..insyaAllah..

"Orang-orang yang apabila dikhuatirkan oleh orang lain dengan mengatakan bahawa ramai orang telah berkumpul untuk menentang kamu dan kamu mestilah takut kepada mereka;namun orang-orang (yang beriman) tersebut (tidak sedikitpun takut) malah iman mereka semakin bertambah dan mereka berkata :"Cukuplah Allah sebagai pembantu kami. Dialah sebaik-baik penolong." (Oleh kerana keyakinan mereka itu), maka mereka sebaliknya mendapat nikmat dan kurnia Allah. Mereka tidak mendapat apa-apa kemalangan pun. Mereka mengikut jalan kerelaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.Semua gugatan (usaha-usaha menakutkan) itu ialah perbuatan syaitan yang cuba menakutkan golongan-golongan yang mendewa-dewakannya.Maka janganlah kamu takutkan mereka.Sebaliknya hendaklah kalian takut kepadaKu sekiranya benar kamu golongan beriman..-surah Ali-'Imran ayat 173-175..(aha..inilah ayat yang sepatutnya kita pegang...apabila mengaku cinta Allah..cinta Rasulullah..maka bersabarlah menerima segala yang datang dari-Nya..berbahagia dengan segala yang datang dari-Nya..kerana ganjarannya adalah Syurga..insyaAllah..renunglah sedalamnya setiap apa yang dikurniakan Allah,..bersyukur kerana masih beriman ketika diuji.. )

Untuk sahabat-sahabat dai..pejuang-pejuang agama Allah yang dirahmati serta dikasihi Kekasih Agung..

marilah kita sama-sama mewujudkan benteng diri sebagai mujahid-mujahidah yang menyerah diri kepada Allah ta'ala..serta menghiasi diri dengan akidah dan akhlak islami..dan akhlak perjuangan bagi melayakkan diri mendapat 'title' tentera Allah yang hatinya lurus dan ikhlas pada Allah..ihsannya tinggi kepada ummat manusia, mata hatinya hidup bersama Allah dan derap langkahnya semata-mata kerana Allah....

salam mujahadah..

jom kita berdakwah di bumi Allah dengan menjadikan diri sendiri sebagai sumber dakwah ...insyaAllah...

salam ukhwah,

musliha..

sandakan..

Tiada ulasan: