Khamis, Mei 06, 2010

Kita memerlukan qudwah dari Rasulullah..

Umat ini memerlukan-Mu ya Rasulallah…

Pagi Khamis begini, jadual mengajar ana seperti biasa di kelas 6E. kelas yang ‘kemungkinan’ dilihat berbeza dengan kelas tahun 6 yang lain. Kelasnya pun terletak di bangunan yang terpisah dari kelas tahun 6 yang lain. Mungkin bukan niat pihak sekolah ingin mengasingkan mereka.



Di awal pagi,memang sudah menjadi kebiasaan dan kewajipan guru kelas mereka Cikgu E**** akan masuk ke kelas dan bercakap gaya seorang ‘bapa’ kepada anak-anak beliau di tahun 6E. ana pula seperti biasa akan menunggu di beranda sehinggalah cikgu E**** keluar. Dia hanya mengambil masa seminit dua untuk bercakap-cakap dengan ‘anak-anak’ beliau. Selepas itu, ana masuk..

Murid bagi salam dan membaca doa belajar. Seterusnya, mereka ambil air wudhu’ dan ambil al-Quran. Hari ini ana tidak memantau mereka di tempat ambil wudhu’. Ana duduk di kelas sahaja. semasa ambil wudhu’ ni, mereka boleh main ‘tipu’.. ada yang tidak mahu buka kasut, mereka hanya sapu sampai telinga sahaja. ada juga yang hanya sapu di betis. Allahuakbar, kalau ana tidak melihat perilaku mereka saat itu, memang mereka akan melakukan cara begitu sampai bila-bila.

Sebenarnya bukan semua yang mengambil wudhu’ dan al-Quran. Beberapa orang murid masih di kelas, termasuk Al*** dan Zul*****. Mereka berdua ini memang mendatangkan ilham pada ana. Allah SWT sebenarnya sedang mentarbiah (mendidik) ana supaya bersyukur dengan apa yang ada dan menggunakan ilmu yang ana ada untuk dikongsi bersama mereka. “Al***, kamu solat tadi pagi.? Tidak perlu lagi bertanya perkara-perkara yang lebih besar dari solat. Dalam apa-apa hal sekalipun, utamakan solat terlebih dahulu. “ndak ustazah. Ndak pandai.” Selalunya memang inilah jawapan yang ana dapat apabila bertanyakan tentang solat. Apa yang ana belajar dan dapat buat kesimpulan ialah murid-murid disini perlu diajar bagaimana untuk solat dan mereka perlu diajak solat kerana di rumah masing-masing mempunyai masalah tersendiri. Kadang-kadang keadaan rumah yang kecil dan pelbagai halangan lain menjadikan mereka tidak terdedah serta tiada keinginan untuk solat. Ana terus bertanya pada Al*** “kenapa Al*** kamu ndak solat..solat subuh dua rakaat saja...kamu sudah belajar dulu..dari tahun satu lagi kan..? malas-malas sahaja Al*** menjawab pertanyaan ana. Tapi,ana perlu mendalami perasaan dan jiwanya untuk memberi dia harapan dan pendedahan baru dalam hidupnya. Mudah-mudahan. Kita usaha dan Allah SWT beri hidayah. Apa-pun, hidayah perlu dicari. Subhaanallah, situasi begini adalah tarbiah buat ana.

Sambung Al*** “lupe ustazah..dan aku ndak tau baca..” ye, ana akui dia tidak tahu membaca, kerana dia juga tidak boleh membaca tulisan Rumi. Di dalam kelas pun, bukannya dia menulis. Melukis saja kerjanya. “kamu minat melukis ye.? “kamu mau jadi apa besar nanti.? “polis?askar?bomba?. “kamu mau jadi polis ye..? Al*** anggukkan kepalanya..~perbualan berakhir kerana kami mahu belajar.. (rahsia akan terus di’selongkar’ untuk kebaikan bersama..insyaAllah~

Seterusnya kami belajar..tiba-tiba..

“ustazah,Nabi makan macam mana?berlari dua tiga orang murid 6E kearah ana yang sedang menulis di papan putih. Salah seorang menunjukkan tangan dengan cara mengambil makanan. “ustazah,Nabi makan macamni kan?tanya salah seorang dari mereka. “macamni, Nabi makan dengan guna tiga jari..sebab Nabi makan kurma. Macam sekarang kita makan guna kelima-lima jari macamni sebab kita makan nasi.” Ana tunjukkan keadaan jari cara makan nasi. “lagi satu, Nabi kunyah 40 kali kunyah.hehe,kamu pernah ke kunyah makanan macamtu. Ustazah pun tak pernah cukup 40 kali kunyah. Ustazah tau, kamu makan sekali kunyah terus telan kan?.” Mereka bertiga senyum.

“Nabi tidur macamni kan ustazah?.” Murid yang bertanya itu menunjukkan cara tidur dengan meletakkan tangannya disisi kepala dengan gaya sengetkan kepala. “haah, Nabi tidur dengan meletakkan tangan disisi kepala dan mengiring ke kanan..Nabi tidur di atas rusuk kanan.” Nanti pulang nanti kamu tidurlah ikut cara Nabi.

Selepas memberikan tugasan untuk latihan di dalam kelas, ana memandang ke tempat duduk murid di bahagian belakang, salah seorang dari mereka menunjuk-nunjuk botol minuman kepada kawan-kawan yang berada di bahagian tersebut. Kaki ana terus melangkah kearah mereka. “apa yang kamu buat ni.? Siapkan kerja yang ustazah bagi dulu. Nanti lain kali kamu mainlah. Sekarang ni waktu belajar. Belum sempat ana meneruskan kata-kata, “ustazah, Nabi minum macamni kan.? masyaAllah,rupa-rupanya mereka sibuk bercerita tentang cara Nabi minum. Murid tersebut memegang botol dengan meletakkan beberapa jarinya di bawah botol dan dia menggunakan tangan kanan. Dalam hati, “erm,betulke macamtu ye.?” Ana pun tidak pasti sebenarnya. “ok, mari ustazah tunjukkan cara minum dalam Islam. Yang tadi sudah betul. Itu kalau kita guna tangan kanan. Contohnya kan, kalau kamu mahu minum guna tangan kiri pun boleh. Tapi tangan kamu mesti diletakkan begini.” Ana mengambil botol minuman tersebut dan menunjukkan cara memegang botol sekiranya mahu minum guna tangan kiri. “kamu pegang botol dengan tangan kiri, tapi tangan kanan kamu mesti ‘menampung’ botol ni..”.

Sebagai usaha untuk membentuk mereka juga, ana telah membawa sebuah majalah ‘Solusi’ ke kelas..majalah ini memang sentiasa ada bersama ana. Ana tidak meminta murid membacanya. Ana hanya letak di meja. Niat di hati mahu menarik mereka untuk membaca isi majalah yang bagus untuk amalan harian sebagai Muslim dan menjadikan mereka lebih dekat dengan Allah SWT.. Alhamdulillah, majalah ini dapat menarik beberapa orang murid untuk membaca..dari bahan bacaan majalah tersebutlah, mereka akan bertanya dan soal pelbagai soalan. Sebenarnya dari sudut ‘pemberatan’ bahan bacaan ini, majalah ini mungkin dilihat kurang sesuai dengan murid sekolah rendah. Pada awalnya ana sendiri mempunyai persepsi sedemikian. Namun, apabila melihat mereka berminat membaca bahan yang ada di dalam majalah tersebut telah memberikan ana satu tanggapan yang berbeza kepada kanak-kanak sekolah rendah. “ilmu tidak mengenal usia..hidayah Allah SWT juga tidak mengenal usia..”

“ya Allah, bersihkanlah hatiku dari kebatilan dan ikhlaskanlah hati ini agar aku mampu menyampaikan risalah Nabi-Mu yang suci ini..

Ummat perlu bermujahadah dalam mengamalkan Islam.. Allah SWT telah menyempurnakan Islam sebagai agama untuk kita dan Dia meredhakan kita dengan Islam.

Dan kita hidup dengan agenda Tuhan..

Apa-apa sahaja yang dilakukan biarlah tidak terkeluar dari landasan redha-Nya..

Oleh itu,nasihat kepada sahabat-sahabatku yang takut akan dihantar mengajar ke negeri borneo ini.. sebenarnya kehadiran ana, kamu dan kita semua kesini memberikan satu ‘kehidupan baru’ kepada umat di sini..insyaAllah.. pinjaman yang kita berikan akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik ..

“senyum da’ie menuju mad’u..”




Kalau sudah tidak mampu senyum dengan ujian dan rintangan yang diberikan, sekurang-kurangnya senyumlah bagi mengingati pemberian Tuhanmu..

2 ulasan:

Fatin Farhana berkata...

sungguh menarik kisahnya..=)

Fatin Farhana berkata...

sungguh menarik kisahnya..=)