Sabtu, Mei 01, 2010

the hidden...

Puas berfikir "macammana la ye nak ajar bagi faham dan boleh buat ni..?.."apa yang menjadi halangan ilmu ni ye..? Allahuakbar..

-----

"ustazah, Allah yang ciptakan manusia kan?Allah jadikan manusia jahat dan baik kan? tapi kenapa Allah bagi kita dosa.padahal Allah yang buat kita jadi jahat..?Si comel Ap**** bertanya pada ana.. masyaAllah.

"macamni,ye memang Allah yang ciptakan manusia. tapi kita kena ingat. Allah bagi kita peluang dan jalan untuk jadi jahat dan baik. cuba tengok tisu ni, kalau ustazah bagi pada kamu, kamu boleh pilih kan samada mau ambil atau tidak kan? ..kebetulan ada tisu di meja ana. Dia angguk-angguk."moga-moga faham..

"kamu masih tak dapat lagi baca al-quran ni..bukan ke kamu dah belajar dari tahun 1?ustazah pelik la.dah enam tahun kamu belajar dan ikut kem bestari solat.tapi kenapa masih tak ingat huruf-huruf ni? tanya ana pada A*****.dan soalan ni selalu ana tanya pada murid-murid ana.majoriti menghadapi masalah yang sama. "rugi tak kalau kita tak padai baca al-Quran dan tak pandai solat?siapa yang rugi?.."kita"jawab dia..

"kamu solat jugak di rumah?".

"aku ndak solat ustaza..ndak pandai.. aku solat raya saja.."

"kamu sudah belajar dari tahun 1 lagi tu kan.."ana tekankan sikit suara.mahu tunjukkan seriusnya belajar solat pada mereka.

"ustazah ajarla aku"..

"insyaAllah ustazah ajar..tapi kamu juga kena tegok buku-buku yang kamu ada di rumah ye..tengok gambar orang solat macammana.." ya Allah, waktu untuk bersama mereka tidak banyak..

-----

di kelas lain..

sambil tangan menulis di white board,Allah SWT bagi ilham.. "erm, kamu main tak laga ayam tu..?ana buka persoalan untuk pelajar di kelas ana..

"ya ustazah..aku main.."jawab si Zul..

"ala, kenapa laga ayam. boleh ke tak kita laga ayam tu?..ada yang jawab boleh..ada yang jawab haram..(ana tak sebut haram..sekarang ni kena banyak guna logik dulu..)

"kamu tau tak kenapa agama kita tak bagi laga ayam tu...?sebabnya nanti ayam tu sakit..itu namanya menzalimi binatang..

"lagi satu, bolehke kita pakai duit sabung ayam tu?

"boleh ustazah, kita pakai untuk beli ubat untuk ayam tu.."alahai si Z**..

"haram kan ustazah pakai duit tu" jawab si A****. Alhamdulillah,tahu juga.sekurang-kurangnya boleh la ana panjangkan pebincangan ini untuk masa akan datang. Sekarang ana cuma perlu tahu 'tasawwur' mereka dulu..

kat sini laga ayam atau sabung ayam dipanggil 'GULANG MANUK' manuk tu ayam..

"kamu ndak boleh gulang manuk ye. tapi kalau 'GULAI MANUK' boleh..?usik-usik mereka..

-----

Cinta pada Allah yang SATU, insyaAllah kita akan berSATU..

Tiada ulasan: