Selasa, Mei 11, 2010

hidup bert 'Tuhan...

“cikgu, aku mau jadi artis.”

"Ok kelas, habis sudah waktu kita. Kamu boleh pergi ke kelas cikgu S******. Assalamualaikum… “kamu belajar rajin-rajin ye di kelas cikgu S*******. nanti boleh pandai, masuk universiti..lepas tu boleh kerja dan jadi orang yang berguna pada keluarga..” pesan ustazah kepada murid-murid yang akan bergerak ke kelas bahasa melayu.



Ana mengemas buku-buku di meja. “cikgu, aku besar nanti …. “ belum sempat si Ap**** mahu bercerita, percakapan dipotong oleh si Fa****. “aku mau jadi artis cikgu..macam mana nak jadi artis ye cikgu..? Tanya F*****. “o kamu mau jadi artis ye.. erm, kenapa mau jadi artis..? terus minda ini mencari perkataan dan jawapan yang sesuai untuk si kecil ini. “aku mahu buat mamaku tersenyum..? beritahu F*****. “susah kerja artis ni F*****. Sebab di negara kita ni belum ada orang yang betul-betul jaga agama apabila masuk dunia artis..lagi satu kita belum ada syarikat yang betul-betul menjaga nilai agama kita.. jadi cikgu risau nanti kamu terseksa dan susah..” ana mencari ayat yang sesuai.. terasa tinggi pula ayat yang diberikan. Moga-moga fahamlah kamu.. Sebenarnya kalau berdasarkan istilah, ‘artis’ Itu pelbagai bidangnya. Ada dalam bidang seni, muzik, nyanyian, dan lain-lain.. “belum sampai lagi tahap mahu bercerita tentang bab bidang-bidang artis ni pada kamu..” niat dibatalkan..

“la..nak jadi artis sebab mau senyumkan hati ibu ya? Macamnilah.. kamu mau buat mama kamu senyum kan.. dan dalam masa yang sama buat Allah murka.. boleh ke tu.? Ana tanya pada F******. Senyum-senyum dia menjawab “tak boleh cikgu. Erm, dua-dua kita kena jaga..sayang mama dan sayang Allah jugak..”
“erm, kalau macam tu aku mahu jadi cikgulah.. tapi mesti sakit tekak sebab kena banyak cakap dan berteriak kan cikgu..” dengan wajah berkeriut F****** berkata-kata..

“ha, tau pun ye..jadi cikgu ni susah… tapi takpela sebab halal dan banyak ganjaran jadi cikgu ni..” ana menyokong kata-kata F******.
Ap**** yang dari tadi hanya mendengar, menyambung kembali kata-katanya yang terputus dari awal tadi.. “aku mau jadi tukang cuci piring (pinggan) cikgu..” dengan wajah comelnya dia memberitahu kami berempat.. “owh ye ke..”. sedihnya dengar.. tapi ini lebih baik daripada kerja yang tidak halal.. “erm, jadi tukang cuci piring pun bagus daripada kita buat kerja yang tidak baik kan..”. Ana menyokong kata-kata Ap****. “Ya Allah, kurniakan kepada anak-anak kecil ini ilham dan kebaikan dalam agama Islam..dan kurniakan kepada mereka ruh Islam dan keupayaan untuk menghayati dan mengamalkan Islam..amin..” bisik hati kecilku..Allahuakbar.

Kami berempat keluar dari kelas.. lagipun mereka ada kelas. Nanti lambat pula ke kelas ..
F***** menarik daun pintu kelasnya.. “erm, kamu tak marahkan ustazah cakap begitu tadi..? risau juga akan melemahkan semangatnya pada agama.. “tak cikgu…” senyum-senyum dia menjawab.

“ok lah, cepatlah pergi sana, ramai dah tu tunggu kamu..” selalunya cikgu S******* dijalankan di sebelah kelas 6E..kelas yang paling hujung menuju ke bukit.. “kelas yang diisi dengan adegan denda mendenda..”

~Subhaanallah.. dan kadangkala terfikir untuk berputus asa.. namun, orang mukmin perlu jauhkan diri dari sifat putus asa.. Allah SWT sendiri telah berfirman di dalam al-Quran yang mafhum-Nya..”sememangnya manusia ini dicipta dalam keadaan keluh kesah dan lemah..” kita kena akui hakikat ini.. biarlah kepenatan dan kelemahan ini disandarkan serta dikembalikan kepada pemilik jasad ini.. ya Allah, kurniakan diri ini kekuatan dan kesabaran dalam meraih Cinta-Mu.. semoga usaha ini akan melahirkan insan yang mengenal erti hidup ber’Tuhan .. InsyaAllah.. amin ya Rabbal ‘alamin..

4 ulasan:

Akh asyraf Al-fandani berkata...

Alhamdulillah.Ana tertarik dengan situasi di atas mengenai seorang anak murid bertanyakan ttg 'ARTIS'.Jika boleh,tukar persepsi mereka ini terhadap artis,jadikan artis itu ada 2 kategori,pertama 'artis' dunia dan 'artis' akhirat.Dimana artis dunia hanyalah menghiburkan orang ramai dengan pelbagai cara yg membawa ummah jauh dr rahmat Allah swt disamping dimurkai olehNya mnkala artis akhirat adalah seseorang yg beraksi di atas pentas dunia,dimana manusia itu adalah pelakon utamanya,al-quran dan as-sunnah itulah skripnya,malaikat itu jurugambar,ISLAM itu jalan ceritanya,kiamat itulah pensudahan cerita,padang masyar tempat menerima anugerahnya,rasulullah saw adalah penerima anugerah yang terbaik,Allah swt adalah sebagai hakimnya,syurga dan neraka adalah Trofi yang diidam-idamkan.Marilah kita menjadi pelakon Allah swt yang terbaik dan bertaqwa.Melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan perkara yang mungkar.

Oleh itu,jadilah artis akhirat yang sentiasa memperbaiki diri agar
memperolehi ketaqwaan yang sebenar kpd Allah swt disamping mendapat trofi sbg pelakon terbaik dan beruntung.Wallahutaala 'alam.

Akhir kata,saya percaya sahabat dapat meneruskan perjuangan dan pengorbanan untuk tidak jemu mendidik ini dgn penuh semangat yang bersungguh disamping mengekalkan momentum yg ada.
Allahuakhbar!!!

~salam perjuangan~

Akh asyraf Al-fandani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Akh asyraf Al-fandani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
::muslihah zaki:: berkata...

alhmdulillah, Allah Ta'ala telah mengilhamkan pada sahabat-sahabat semua kekuatan untuk menghayati Islam..

"Oleh itu,jadilah artis akhirat yang sentiasa memperbaiki diri agar
memperolehi ketaqwaan yang sebenar kpd Allah swt disamping mendapat trofi sbg pelakon terbaik dan beruntung."

Tepat sekali, aspek inilah yang perlu kita tekankan pada anak-anak murid.. ~mencari TAQWA dan redha Allah adalah matlamat hidup seharian kita sebagai umat Islam~..

syukrn.siiru 'ala barokatillah.semua ini milik Allah..

salam perjuangn