Ahad, April 25, 2010

Cerita I****..

"Ustazah,abang sedaraku pemabuk." dia minum..

tiba-tiba si I**** bersuara di sebelah ana.

"ha, minum ape I****. Betul ke kamu ni? ana sengaja bertanya pada dia.


"dia minum arak ustazah..kaki pukul lagi. dulu abang-abangku yang lain pun minum jugak,tapi sekarang x minum dah. " Ana merenung wajahnya.

"kamu tinggal dimana?" ana tanya dia.

"di kampung istimewa? ana senyum .

"la, kalau kampuang Istimewa memang istimewalah orangnya,mesti takde gaduh2 kan?hehe,ana memberikan semangat pada I****.

"jangan cerita kat sapa-sapa ye ustazah."

"ok2.Tapi ustazah nak tanya lagi tau lepas ni."ana nak tahu lebih lanjut lagi cerita I**** dan keluarganya.

"itu saja ustazah..xde dh" tak nak bagitahu pula dia.

"eh mane ade, ade lagi yang ustazah mau tahu. Lepas ni kamu cerita ye". Ana pun meneruskan mendengar bacaan al-Quran murid di depan ana ni..

I**** ni bagus,suka bertanya hal-hal kehidupan dan ilmu..

-----
Sebenarnya apa yang ana nak kongsikan disini ialah permasalahan sosial yang berlaku dalam kalangan murid-murid, pelajar-pelajar dan anak-anak muda yang ana lihat di tempat ana mengajar ni. Kebanyakan anak-anak di kawasan ni hidup dalam keadaan serba kekurangan, makanan yang mereka makan tidak dikenapasti punca halal-haramnya,suka berhibur, ada juga yang tidak dapat dikenalpasti ibu-bapanya, ibu bapa bercerai, tinggal dengan saudara mara, pergaulan bebas, suka bergaduh (di sekolah ana pun begitu juga. mereka sangat sensitif apabila disebut nama bapa masing-masing), dan banyak lagi.

Keadaan ini membuatkan ana berfikir, kenapa mereka jadi macam ni?. Inilah yang menjadi persoalan. Apa tindakanku?..

"mereka perlukan orang agama disini kak.." seseorang memberikan jawapan pada ana.

"pelikla kan, takkan la kawasan ni xda orang yang bagi kesedaran.padahal dalam malaysia juga."macam-macam pandangan keluar dari sahabat-sahabat.

"x pelik pun, klau pelik tak lah budak-budak tu boleh pakai baju yang mcm2 fesyen.." ini lagi yang menjadi perhatian ana. Fesyen dan hiburan mereka up-to-date..this mean mereka bukanlah ketinggalan zaman...

Walau apapun yang terbentang di depan ana kali ini, ana perlu berusaha untuk memperbaiki mereka. Sasaran ana kali ini adalah murid-murid ana. Mereka akan membesar menjadi generasi pemuda-pemudi masa akan datang. Biarlah mereka membesar dengan jati diri yang kuat. Biar hidup mereka ada matlamat. Biar hidup mereka ada tujuan.

Kalau hendak dilihat dari sudut pencapaian akademik, tidak ramai yang boleh membaca. Apa yang ana dapat daripada perbualan dengan rakan-rakan guru, kebanyakan murid disini adalah dari kekuarga pendatang. Bahasa mereka di rumah bukan bahasa melayu. bukan juga bahasa sabah. Jadi, kesannya pada awal pembelajaran mereka belum boleh menguasai aspek bertutur dengan baik. Malah sebutan huruf-huruf al-quran pun belum boleh dikuasai dengan baik. Kadang-kadang putus asa juga guru yang mengajar. Tapi kita yang diberi amanah oleh Allah SWT ni tidak ada pilihan untuk membuang mereka.

siapa lagi yang akan bersama menjadikan hidup mereka 'bertujuan' kalau bukan kita..

Pernah juga ana lihat di lereng bukit beberapa orang budak menjunjung dan membawa bungkusan menuju ke beberepa buah rumah sedangkan ketika itu murid-murid SK G** sedang mengikuti perhimpunan pagi. MAsya Allah,.

Kita yang diberi kurniaan ilmu oleh Allah SWT ni WAJIB men'jaga' mereka..

potret anak-anak yang mencari rezeki untuk hidup..





ni anak-anak yang mencari rezeki dalam pasar umum kat pekan sandakan .. mereka ambil uoah bawa barang. Mereka akan bergerak kepada kita yang sedang membeli.

"kak, mau letak barang..kak, mau letak barang? er, untuk yang kali ini kami minta mereka bawa sebab banyak barang yang nak dibawa..

"erm, kamu x sekolah ke? ana tanya mereka..

"ndak kak. dia sorg saja yg sek.."

mungkin kita yang melihat akan membuat tafsiran yang tidak elok tentang masa depan mereka. kerana hati kita akan membuat kesimpulan apa yang kita nampak..

Tiada ulasan: